Dalam perjalanan, Eve nur Afrina hanya diam.
Fazrin hanya senyum. Dia tahu Eve terlalu risaukan keluarga Cikgu Azlee.
Dia nampak betapa kasihnya Eve Nur Afrina kepada ibu Hana. Mereka lebih daripada ibu dan anak. Meskipun bukan saudara tapi mereka sangat akrab.
Fazrin tersenyum mengingatkan Evni. Evni juga begitu apabila ibunya datang ke sekolah.Fazrin lihat mereka sangat mesra dan sayangkan Evni tapi entah apa silapnya, Evni mengambil jalan singkat.
Air mata jantannya turun, dan dia menangis sedikit. Dia melap air matanya sendiri dan melihat Eve Nur Afrina yang masih termenung.
Sebaik sahaja sampai, mereka membeli barang makanan dan minuman. Eve tersenyum melihat dua kanak kanak lelaki yang berlarian di pasaraya itu.Apabila diperhatikan, wajah mereka sama seperti kembar.
Fazrin melihat betapa gembiranya Eve Nur Afrina melihat mereka. Tiba-tiba salah seorang jatuh, yang seorang lagi membantu kembarnya untuk berdiri.
Kasih sayang adik beradik kembar itu menyentuh hati setiap orang.
Termasuklah Eve Nur Afrina. Dia memandang mereka sambil tersenyum tapi mata menunjukkan yang lain. Dia kelihatan sedih.
Fazrin:" saya ada baca artikel."
Eve:" Artikel apa?"
Fazrin:" Artikel tentang kembar.."
Eve:" Yakah?"
Fazrin:" iya, kalau salah seorang ibu bapa ialah kembar, dia berpotensi untuk dapatkan anak kembar juga."
Eve:"Iyala tu..."
Fazrin:" Betul, anak kita pasti comel macam ibunya. "( teruja )
Eve:" Anak kita? hahaha"
Fazrin:" Saya tak bergurau. Suatu hari nanti, saya akan kahwini kamu dan kita akan ada anak sama sama..."
Eve:"Iyalah tu, berangan lah.."
Fazrin:" Tak berangan lah. betul betul nak ada anak kembar. "
Eve:" ok, ok. berapa orang???"( berseloroh )
Fazrin:"10 orang anak!"( teriak )
Semua orang melihat Fazrin dan ketawa.
Fazrin:" Jom balik..."
Eve:" hahaha okay.."
Mereka pun pulang. Fazrin dan Adrian membantu Puan Hana memasak dan mengemas. Yang lain pula tengok rancangan televisyen beramai-ramai.
Setelah siap masak, mereka pun membantu kemaskan meja makan. Mereka makan dengan lahapnya kerana sedap sambil bercerita.