Keadaan kembali tenang tapi tidak buat Eve tenang. Dia merasa gelisah dan takut. Dia tak lagi senyum atau berbual dengan orang lain,
seolah-olah dia menutup dirinya dari orang dan berada di dunia sendiri.
Meskipun, Cikgu Azlee sudah sembuh dan kembali ke sekolah, dia masih tidak bercakap, hanya bercakap sedikit sahaja, itupun hanya dengan Afikah dan Fazrin.
Dia takut difitnah lagi, takut akan kehilangan Cikgu Azlee jikalau bercakap dan mesra dengannya.
Afikah:" Hey, jangan macam ni. aku bercakap bagai mahu rak, kau hanya ya ya saja.."
Eve:" maaf.."
Afikah:'' jangan risau lah. tiada siapa akan pisahkan kau dengan keluarga Cikgu Azlee."
Eve:" ya.."
Afikah:" aduu... Eve, bercakap lah baaa... "
Fazrin:" Eve, jangan macam ni. ok?"
Eve:" iya.. " ( termenung )
Mereka berdua terpaksa membiarkan Eve Nur Afrina sendirian. Mereka berjumpa dengan Albert dan yang lain, mereka juga bingung apa yang ingin dilakukan kepada Eve Nur Afrina.
Reno pula merasa bersalah kerana hal yang dia lakukan dahulu terhadap Eve Nur Afrina.
*rinnngggg* bunyi telepon Eve Nur Afrina.
(tertera nama ibu Hana)
Eve:" Ibu?'"
Puan Hana:" Iya, anak ibu apa kabar ?"
Eve:" Baik..."
Puan Hana:" Nanti petang ke sini, ok?"
Eve:" Tapi.... "
Puan Hana:" Dah lama kamu tak datang ke mari. Ibu rindukan kamu sayang.."
Eve:" Saya juga tapi Ibu, mungkin ini jalan terbaik buat kita , Ibu.."
Puan Hana:" Tak, kamu harus datang ke mari. Kalau tak, Ibu tak nak makan.."
Eve:" Ibu... jangan macam tu bah.."
Puan Hana:" Biarlah, anak ibu tak sayangkan ibu lagi kan? "
Eve:" Tak, saya sangat sayangkan Ibu.."
Puan Hana:" Kalau macam itu, datang lah ke sini..."
Eve:" Saya.... "
Puan Hana:" Eve ?"
Eve :" Baiklah, saya datang... "
Puan Hana:" Baguslah sayang... Ibu nak memasak lauk kegemaran kamu sekarang, sayang , hati-hati ya?"
Eve:" Iya ibu.. "
* panggilan ditamatkan *
Eve Nur Afrina merasa sangat serba salah tapi dia tidak mahu Puan Hana membahayakan kesihatan dengan tidak makan.
Afikah:" Eve, kau jangan risau. kami semua akan ikut kau ke sana..."
Eve:" Boleh kah ?"
Afikah:" Boleh bah.. ramai ramai lebih baik, kan ?"
Fazrin:" Iya, lebih baik. "
Eve:" baiklah, marilah .."
Mereka pun bersiap sedia dan kemaskan buku untuk ke rumah Cikgu Azlee. Dengan kereta Renno dan kereta Fazrin, mereka gunakan sebagai alat pengangkutan ke sana.
Fazrin takut hal buruk akan terjadi kepada Eve Nur Afrina jikalau menggunakan bas. Mereka menuju ke sana dengan berpandukan arah yang ditunjukkan oleh Eve Nur Afrina.
Rumah cikgu sebenarnya dekat sahaja tapi di dalam kawasan. Agak susah jikalau tidak mengetahui jalan.
Setelah 10 minit, mereka sampai di hadapan rumah Cikgu Azlee. Rumahnya kelihatan besar dan cantik. Cikgu Azlee belum pulang daripada sekolah. Cuma Puan Hana di dalam rumah.
"assalammualaikum "
Puan Hana terkejut menerima begitu banyak tetamu tapi sangat gembira kerana akhirnya berjumpa dengan Eve Nur Afrina.
Eve:"Ibu, maaf. saya bawa kawan kawan saya ke sini..."
Puan Hana:" Tak apa apa , tapi.... "
Eve:" Kenapa ibu? "
Puan Hana:" Kamu boleh ke Giant tak ? belikan ayam, daging dan minuman ?"
Eve:" Ok, ibu. "
Puan Hana:" Nah, belilah dua kilogram ayam dan tiga kilogram daging.. yang lebih, belilah minuman yang kamu suka.. " ( serahkan duit )
Eve:" Baik, ibu. " ( mengambil )
Fazrin:" biar saya tolong temankan?"
Eve:" Okay... "
Mereka berdua pun menuju ke Giant yang berada 10 minit jauhnya dari rumah.