Chereads / Unforgivable ( Melayu Sabahan ) / Chapter 14 - chapter 14

Chapter 14 - chapter 14

Khabar angin semakin buruk hingga memaksa pihak sekolah buat keputusan untuk menghentikan Cikgu Azlee. Cikgu Azlee dipanggil untuk perbincangan. Eve Nur Afrina juga dipanggil kerana perlu dibuang sekolah.

Eve:"Cikgu jangan buat keputusan terburu-buru, siasat dulu. "

Cikgu Azlee:" Iya, lagipun Tuan tahu saya adalah penjaga Eve, bukan? Semua kabar angin itu tidak betul. Eve Nur Afrina Noah ialah anak angkat saya."

Eve:" Ya, beliau ialah ayah angkat saya. Memang saya selalu buat hal ketika kelas beliau, tapi itu semua agar semua orang belajar dengan gembira."

Tuan Azam:" Baiklah, saya akan siasat hal ini. Kamu berdua keluar."

Eve:"Baik, terima kasih cikgu."

Cikgu Azlee:" Terima kasih, Tuan."

Mereka berdua keluar dan betapa sedihnya Eve Nur Afrina rasakan. Dia tak mahu cikgu kesayangannya sedih. Dia melihat buat pertama kali Cikgu Azlee kelihatan sedih.

Eve:"Cikgu, maafkan saya .."

Cikgu Azlee:" Tidak, bukan salah kamu. Salah mereka yang tak suka lihat kamu baha..."( jatuh )

Eve:"Cikgu!!!!!!"

Staff yang lain dengan laju datang ke arah mereka dan Tuan Azam juga keluar dari pejabatnya.

Salah seorang cikgu menelefon ambulans dan tak beberapa lama kemudian, pasukan paramedik sampai dan memberikan bantuan pernafasan kecemasan kepada Cikgu Azlee.

Kemudiannya membawa beliau ke hospital bersama Eve Nur Afrina.

Di hospital.

Sebaik sahaja sampai di hospital, para doktor dan jururawat membantu memeriksa beliau.

Eve Nur Afrina menelepon keluarga cikgu Azlee. Mereka sampai dengan penuh tergesa-gesa dan panik.

Puan Hana:"Eve, mana cikgu ?"

Eve:" Di dalam lagi, ibu..."

Puan Hana:" Mengapa ini semua terjadi???" ( teriak )

Eve:" Maaf, maafkan saya ibu.."

*pakkk* Puan Hana menampar Eve Nur Afrina.

Eve:" Ibu? "( terkejut )

Puan Hana:" Berhenti menangis, kamu harus buat orang yang menyebar fitnah itu semua terima akibatnya! "

Eve:" tapi cikgu kata tak boleh.." ( menangis )

Puan Hana:" Kamu sayangkan ibu dan ayah Azlee bukan? Sanggup kamu biarkan kami menderita, Eve?" ( teriak )

Eve:" Tak. Tak.."

Puan Hana:" Atau kamu mahu ayah meninggal ?"

Eve Nur Afrina terdiam. Perkataan itu membuatnya tersedar bahawa dia tidak ingin sesiapa yang dia sayang, meninggalkan dia lagi.

Dia lap air mata dan menuju ke tandas. Dia betulkan rambut, bersihkan wajahnya dan memakai sedikit "lip tint". Dia pandang ke cermin dan berkata " Unforgivable.. ".

Dia pun keluar dan tersenyum kepada Puan Hana.

Eve:" Ibu, ibu jangan risau. Ibu tenang dan doakan ayah Azlee baik baik sahaja." ( senyum )

Puan Hana:" Baiklah, pergilah kamu. Ibu dan makcik kamu akan tunggu ayah..."

Eve:" Baik. Saya sayang ibu, saya tak pernah ada ibu tapi ibu Hana lah mengajar saya tentang sayang.."

Puan Hana memeluk Eve Nur Afrina dan mencium dahinya. Dia turut sayangkan Eve sebagai anaknya sendiri sejak anak-anak yang lain sudah dewasa, hanya Eve Nur Afrina anak yang sentiasa menghibur hatinya.

Dengan itu, Eve Nur Afrina meminta diri untuk pergi ke sekolah. Dia tidak lagi menangis malahan tersenyum bangga.

Eve:" Aku tak akan biarkan kau hidup senang Adha. Setitis air mata yang keluar dari Ibu Hana bagaikan lautan api untuk kau, Adha..." ( bercakap sendiri )