Seminggu kemudian
Cuaca mendung beberapa hari ni.
Langit tak keluarkan matahari, hujan pula asyik turun sepanjang masa. Sampaikan nak keluar pun terhalang.
Ramainya habiskan masa dekat dalam termasuk pengawal keselamatan sendiri.
Semuram cuaca, semuram itu lah suasana Istana Genovia.
Putera Mahkota tiada di istana sejak tiga hari lepas kerana kursus beliau di jabatan ketenteraan. Jadi wakil raja.
Raja Josiah sendiri ada lawatan di beberapa buah negara luar negara.
Test ketiga yang sepatutnya di langsungkan dua hari terpaksa di batalkan gara-gara Ratu Annastasia jatuh sakit.
Dua orang puteri pula lesap entah kemana. Tiada kelibat langsung dekat istana tu.
Kecuali yang seorang itu.
Orang yang jenisnya memang tak kisah duduk dekat dalam tempat tertutup berbulan lama tanpa keluar atau tidak berbuat apa-apa.
Di mana-mana dapat di lihat para dayang ke hulu hilir melakukan kerja masing-masing. para Butler pula bersepah dekat setiap penjuru istana bermalasan. Memandangkan orang yang sepatutnya supervise mereka turut menghilang tanpa jejak, maka terbiar la istana itu.
Pada waktu ini, jam sudah masuk 3 petang, tapi suasana dekat luar seperti waktu senja. Adalina keluar dari biliknya sambil pegang buku tebal dekat tangan. Berpakaian simple iaiti hoodie, skinny jean lusuh dan rambutnya di sanggul malas dengan dua batang pensel. Nak cari makan dekat dapur tempat dia selalu singgah kalua bosan.
Kenapa dapur?
Well dekat dapur semuanya boleh dapat.
Gosip?Free. Tak payah beli majalah atau bazirkan data.
Makanan? Berlambak, tiga generasi belum tentu boleh habis.
Cuci mata? Semua jenis ada. Tinggi. Rendah. Hitam manis. Putih melepak. Handsome. Muka pecah tembok. Bulu mata pendek. Kening tebal. Tangan berjari runcing. Urat timbul berselirat. Bersepah!
Punching bag? Pilih je. Semua boleh. Ada buncit. Perut rata macam papan basuh kain. Tegap. Kurus kering macam ikan bilis kalau ditiup angin.
Kuli? Jangan cakaplah. Tunjuk mana. Semua beratur tolong ambikkan.
Sedang Adalina berjalan merentasi koridor itu, dia ternampak tiga orang butler lelaki sedang merokok dan sandar malas di dinding. Berborak akan sesuatu yang tidak jelas. Sekali bila dia dah dekat baru dia dengar.
"Kau tengok perlawanan malam tadi?"
"Gila tak tengok. Gempak gila!"
"Kan aku rasa keputusan dia orang tukar pemain, memang idea terbaik."
Seronok betul berborak. Dia orang tak ada kerja apa nak buat. Merokok lagi tu. "Seronoknya. Borakkan apa?"tegur dia sambil silangkan tangan ke dada.
Melompat terkejut tiga orang tu sampai tak sengaja campak putung rokok dekat lantai lalu di pijak sebelum berdiri tegak seperti askar memberi hormat.
Bersama renungan seriusnya mata Adalina naik turun menilik penampilan mereka. Selekeh! Berbau rokok! Apa mereka fikir mereka sedang lakukan ni?Kalau ya pergi la tempat lapang dan terbuka sana. Tak hormat kawasan istana ke!
"Tuan puteri."sapa mereka.
"Tak payah nak bertuan puteri bagai dengan aku. Kau orang bukannya respect aku pun sebagai perempuan."getus Adalina serta merta sewaktu berkerut kening.
Mereka ketap garis nipis di bibir sambil tundukkan mata ke bawah.
"Ni aku nak tanya, kau orang ni dah memang tak nak kerja dekat sini langsung ke apa?Asal melepak?Tak ada benda nak buat ke?"tangan yang di silangkan turun ke bawah. "Mana Bendahara Loui?Bukan ke dia sepatutnya supervise kau orang sekarang ni?"tanya Adalina.
Butler pertama angkat mata lalu memandang puteri yang persis seperti orang biasa. Langsung tiada imej orang berada. Simple tapi kemas. "Beliau tiada dalam istana selama beberapa hari ini tuan puteri."
"Tak ada?"tanya Adalina dengan terkejut. "Ke mana dia pergi?"
"Kami tak tahu. Dah dua hari kami tak Nampak dia dalam istana ni."kata butler kedua pula.
"Betul tu. Kami bukan saja melepak macam ni. Cuma kami tak tahu nak buat apa lagi memandangkan cuaca hujan begini."jawab butler ketiga.
Adalina lepaskan keluhan Panjang. Dia pandang tiga orang di depannya silih ganti. Kalau dekat Istana Ronia. Biasanya ayahanda yang serahkan dia pengurusan istana padanya. Sebab tak percayakan orang biasa handle istana. Dan dekat sini takkan la dia kena handle jugak. Baru nak honeymoon sekejap.
"Habis tu jabatan dayang siapa yang handle?"tanya dia lagi.
"Ketua Dayang Carla, dayang peribadi ratu."jawab butler pertama. "Dia yang handle."
Adalina termenung sekejap memandang ke lantai. Dayang Carla?Hm..aneh. Kenapa dia macam pernah dengar. Entah la. Dalam dunia ni bukan seorang dua pakai nama tu. "Fine...sekarang ni arahkan semua butler berkumpul dekat lobi Utama. dalam masa 10 minit. Kalau aku tahu tak ada siapa berkumpul dekat situ. Siap-siap pack bagasi berhambus dari sini. Faham?"
"Baik tuan puteri."angguk mereka bertiga dengan patuh.
"Dah pergi berpecah. Kumpul semua butler yang ada sekarang."gesa Adalina dengan muka tak puas hatinya.
Mereka bertiga pun mencicit lari merentasi koridor tersebut dengan lekas.
Sementara Adalina dekat situ berdiri sekejap, termenung memandang ke hujung koridor dengan kening mencerlung. Tak pasal-pasal betul. Takkan la dia nak biarkan keadaan ni berterusan. Nanti huru hara pulak istana ni. Dengan ratu yang sakitnya, putera mahkota entah ke mana, raja tak ada. bendahara menghilang bagai. Bersama dengan langkah berat, Adalina berpatah balik ke biliknya untuk tukar pakaian. Takut kalau dia nanti pakai baju biasa, orang tak pandang respect dekat dia pulak.
Satu kerja lagi nak pujuk dia orang jadi pekerja baik.