Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 43 - 43. Mogok ke Merajuk

Chapter 43 - 43. Mogok ke Merajuk

"Uhuk!"batuknya bila tekak dia yang perit mula gatal dan mencucuk. Ditambahkan lagi dengan pening kepala, langsung tak membantu keadaan dia untuk bangun dari baring dan mencapai minuman. "Uhuk."batuknya lagi sambil berkerut kening tak selesa.

Mahu tak mahu, dia buka mata lalu bergerak untuk ngiring ke kanan dimana almari sebelah katil berada. Di situ ada segelas air kosong di letakkan Dayang Carla sebelum keluar tadi. Jadi dia angkat la tangan hendak mencapainya. Namun tak tercapai. Sebab badan dia lemah sangat. Kepala dia pening.

"Uhuk.."batuk Ratu Annatasia semasa gagahkan badan untuk bangun dari baringnya dan menggapai gelas dari tepi katilnya.

Dua inci saja lagi jari dia nak sampai ke gelas tu. Jadi dia ngesot la ke tepi sedikit. tapi entah macam mana, tangan yang di tinggungkan pada bantal tergelincir lalu buatkan badan dia hilang keseimbangan dan bergelongsor mahu terjunam ke lantai.

Seakan ada kuasa, masa itu la, seseorang meluncur dekat tepi katil betul-betul depan Ratu Annatasia hendak terjatuh lalu menyambut badan itu tepat pada masanya.

Melututnya Adalina sebelah kaki dekat sebelah katil tu sambil pegang lengan dan tepi tulang rusuk Ratu Annatasia bertemu muka dengan wanita itu. "My god! Old woman! Are you trying to hurt yourself or what?"sebut dia dengan mata membulat terkejut. Bapak ah! Senak dada wei. Nasib baik dia sempat tadi. Kalau tidak mahunya insiden ngeri belaku tadi.

Ratu Annastasia pandang Adalina dengan mata tak berkedip. Dia terkejut.

"Tuanku...tuanku tak apa-apa?"baru la Dayang Carla muncul di sebelah Adalina sambil menatang dulang berisi makanan.

Perlahan-lahan Adalina gerakkan badan Ratu Annastasia lalu sandarkan semula badan itu ke katil. "Apa yang tuanku nakkan?"tanya dia sambil tu.

Ratu Annastasia kerling ke gelas di atas almari tu.

Adalina yang Nampak pandang ke gelas tersebut lalu memandang Ratu Annastasia. "Minum?"tanya dia.

Ratu Annastasia mengangguk kecil.

Dayang Carla berdiri dekat situ perhatikan Adalina. Entah apa pulak Adalina nak lakukan pada ratunya. Jangan di apa-apakan sudah.

"Boleh...boleh blah."sebut Adalina sewaktu duduk dekat katil sebelah badan Ratu Annastasia baring. Melihatkan keadaan sakit Ratu Annastasia buatkan hidup dia boring dan tak seronok. Tak ada kawan gaduh. Tak ada kawan nak cari pasal dan di sakat.

"Tuan puteri...ini bukan masanya."tegur Dayang Carla yang tidak suka cara Adalina bercakap dengan orang tua macam tu.

Adalina berdengus nak ketawa. Dia pandang ke Ratu Annatasia. "Dia tak kisah. Jangan risau la. Mana makanannya."dia toleh ke balik bahunya lalu suakan tangan .

"Tuan puteri nak buat apa?"Dayang Carla jungkit kening ingin tahu.

"Mandikan dia..."loyar Adalina lagi sambil pandang bosan ke Dayang Carla. "Kau ni suka la tanya soalan obvious. Sah-sah la aku nak bagi dia makan. Tanya lagi..hish."

"Oh..maaf."Dayang Carla suakan dulang itu dekat pada Adalina sambil bongkok sedikit.

Ratu Annastasia pandang Adalina dengan kening mencerlung tak Sukanya. "Apa kamu buat di sini?Keluar sana. Jangan tambah sakit saya."

Adalina yang sedang ambil mangkuk berisi bubur entah dia tak tahu apa namanya perlahan-lahan palingkan badan ke Ratu Annastasia lalu tadahkannya di depan dia sebelum pandang wanita itu. "Believe or not. Saya nak sangat keluar dari sini. Okay.Tak payah suruh saya sanggup keluar sendiri."kata dia sewaktu kacau isi bubur tu untuk sejukkannya.

"Kenapa tak keluar kalau macam tu?"renggus Ratu Annastasia sambil mencebik bibir menyampah,

Setelah yakin ianya boleh dimakan Adalina sudukan sedikit lalu di bawa ke depan mulut Ratu Annastasia. "Nak buat macam mana, saya suka duduk dekat sini dibandingkan dari Ronia sendiri. Tuanku tahu ini la kali pertama saya enjoy duduk lama-lama dekat suatu tempat?"

Ratu Annastasia pandang sudu depan mulutnya lalu ke Adalina dengan perasaan menggerutu jengkel. Budak ni nak merawat dia atau nak tambahkan sakit dia kepada tenat? Mulut tu cili nanti baru tahu. Sakit hati betul.

Tadi kan, masa Adalina nak masuk dapur, dia terdengar perbualan Jeremiah dengan Dayang Carla tentang Ratu Annastasia tak nak makan. Itu yang dia ke sini. Nak paksa orang tua ni makan sama ada nak atau tak. Kan, nanti mati dia nak menjawab satu hal lagi.

"Makan la sikit. Isi perut tu. Badan tu bukannya muda lagi. Jadi tak payah acah-acah mogok makan bagai ni. Tak ada untung pun." komen Adalina lepas dia perasan Ratu Annastasia pandang sudu tu tapi tak nak buka mulut.

Seakan ditampar dengan komen itu, Ratu Annatasia pun buka mulut nak membalas.

Sekali tu Adalina ambil peluang untuk sumbat sudu tu ke dalam mulut Ratu Annastasia. "Um. Pandai pun bukak mulut...ingatkan tak pandai tadi."sakat Adalina lepas mulut Ratu Annastasia terkatup dengan sudu sekali.

Dayang Carla yang lihat terus ketap bibir dan tundukkan kepala sebab nak kawal dirinya dari ketawa.

Elok nak marah Ratu Annastasia berasa lucu sendiri dengan keadaan itu. Dia hampir nak tersengih sewaktu buka mulutnya dan lepaskan sudu itu sebelum telan bubur yang masuk ke dalam mulutnya. Tak guna betul punya Budak!

Adalina sendukkan satu lagi sudu bubur lalu di bawa ke mulut Ratu Annatasia. "Nah ada lagi ni. Tak baik membazir.Ahh..nganga."aju dia.

"Kasar la kamu ni. Saya ni orang sakit tahu, berlembut la sikit. Begini ke kamu layan bonda kamu sewaktu dia sakit?"gerutu Ratu Annastasia.

"Bonda saya?Hah. Kalau dia sakit, saya tak berani dekat. Dia tu kalau sakit macam singa betina nak beranak. Angin sepanjang masa. Tak padan dengan sakit bonda saya akan lemparkan tantrum pada semua orang. So tuanku patut bangga sebab dapat layanan istimewa saya.."dia sua sudu berisi bubur dekat pada bibir Ratu Annastasia lagi.

Dan bila Ratu Annastasia buka mulut nak bercakap, Adalina sumbat secara paksa sudu itu ke mulut tersebut. Menghalang wanita itu dari bercakap.

"Ahahah...comel je. Macam baby makan."komen Adalina lepas Nampak cara suap dia yang tak boleh blah. Kesian ratu.

Ratu Annastasia tak dapat nak komen apa-apa. Dia hanya mampu telan bubur yang di suap ke mulutnya itu. Dari satu sudu ke dua sudu sampai la mangkuk itu kosong.

Dan sepanjang masa itu dua 'kemesraan' dua orang itu dirakam oleh rakaman CCTV yang tersembunyi di atas penjuru siling bilik itu.