Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 45 - 45. Shrek Kiss

Chapter 45 - 45. Shrek Kiss

Dia bermimpi.

Mimpi yang indah sebenarnya.

Dalam mimpi tu dia berada di sebuah taman yang penuh dengan bunga-bunga. Rama-rama berterbangan di sekitarnya.

Ekoran terlalu cinta pada buku, dia bermimpi yang dia sedang membaca sebuah buku di sebuah bangku dekat taman tu.

Seronok punya seronok dia tengah baca, tiba-tiba ada bunyi hentakkan tapak kaki kuda dari kanan taman tu.

Dia pun palingkan kepala ke kanan untuk tengok siapakah yang datang. Sekali bila dia pandang sesuatu yang besar dan gergasi berada di atas kuda itu.

Perlahan-lahan kuda itu berhenti di depan bangku itu sebelum yang menunggangnya turun dari situ.

Dia yang nampak susuk badan besar dan berwarna hijau itu, terus bangun dari situ dengan mata terbutang.

"Tuan puteri Adalina saya datang nak melamar tuan puteri..."sapa Shrek dengan sengih gigi yang kuningnya.

What the f*ck!

Cepat-cepat dia sentakkan matanya terbuka dengan cemas. Dan terbuka saja mata dia perkara pertama dia nampak adalah mata kelabu di atasnya.

Disebabkan terkejut dengan apa yang dilihat, tangan dia naik lantas mengenai muka itu.

PAP!

"Argh!"

Dalam keadaan mamai dan terkejutnya, Adalina bangun dari baring dia. Matanya terbutang luas. Nafasbya naik turun kencang."Putera Mahkota?"sebutnya lepas sedar siapa yang dia nampak tadi. Terperanjat dia!

"Untuk apa tu?"tanya Addison sambil gosok mukanya sakit yang dipukul oleh Adalina tadi. Dia tak buat apa pun. Cuma tengok muka tidur Adalina je. Tak semena kena tampar pulak.

Berasa letih tiba-tiba, kepala Adalina tertunduk ke bawah semasa dia meraup muka dengan sebelah tangan. Siapa suruh! "Yang awak stalk saya macam pervert tu kenapa. Tak nampak ke saya tengah tidur."keluh dia dengan suara bangun tidur sambil tu.

Addison turunkan tangan ke bawah lepas tu. Dia yang bersila sebelah kaki dekat atas katil kemudiannya mengesot rapat ke Adalina. Setelah itu dia usap kepala Adalina dengan lembut. "You okay?"

Sambil pejam mata kerana masih mengantuk, Adalina angkat kepalanya. "Umm."jedanya dia dengan mamai.

Addison yang nampak peluang tu terus dekatkan mukanya ke depan lalu mengucup laju bibir Adalina tanpa fikir apa-apa.

Chup!

Mata Adalina terus terbuka. Dia kerutkan kening. Disebabkan dia masih belum sober dari tidur petang, otak dia agak kelabut sikit. Jadi fikirannya tak jelas. Apa yang baru berlaku tadi?Did he just-

Addison tersengih selepas itu. Rindu! "Saya dengar apa yang berlaku dekat sini sepanjang ketiadaan ayahanda." beritahunya sambil buat muka selamba.

"Hah?"nganga Adalina dengan muka bingung tak faham. Jangan beritahu dia Addison baru saja kiss dia dan lelaki ni berlagak macam tak ada apa-apa yang berlaku.

"Saya tahu apa yang berlaku dekat istana sepanjang masa ayahanda tiada."ulang Addison lagi dengan sabar.

"Apa yang awak dengar...?"tanya Adalina sambil menguak rambut yang menutupi sebahagian wajah dia ke belakang dengan letih lantas menguap. Nak tidur lagi rasanya!

Melihat muka bangun tidur Adalina buatkan hati Addison tergamit. Secara instinct dia pun angkat tangan lalu cubit pipi Adalina dengan perlahan sebelum tarik pipi yang dicubit dekat padanya sebelum dikucup pula pipi tu. Suka dia dengan Adalina bila dekat macam ni!

"Aish..seriously! Stop kissing me!"renggus Adalina sambil tolak muka Addison jauh dari dia. Lelaki ni ganggu tidur dia semata nak kiss aje ke? Pergi cari tiang sana la kalau macam tu! Urgh!

"Everything...."jawab Addison semasa tangan Adalina melekap dekat muka dia nak jauhkan dia dari muka tu. "Termasuk la dari hal Puteri Andalusia keluar dating bersama dengan Bendahara Loui sehingga la Puteri Dania keluar dari kawasan istana dan pulang ke negerinya tanpa kebenaran lalu tinggalkan awak sendirian di istana bersama bonda saya yang sakit.."

Huh!? Keningnya terangkat tinggi. Adalina pandang ke Addison dengan matanya yang sedia bulat itu menjadi lebih bulat bila dia membutang mata. Dia bukan terkejut macam mana Addison boleh tahu. Tapi dia terkejut mengenai kenyataan yang Puteri Dania boleh keluar negeri begitu saja dan Puteri Andalusia keluar berfoya-foya dengan Bendahara Loui sampai ketahuan?

"Mereka apa?"tanya Adalina dengan nada tak percaya. What the hell! Party popper betul. Habis rosak semua rancangan dia nak gunakan mereka. Dan sekarang mereka gali kubur sendiri dan buatkan semua ni tidak lagi menyeronokkan!?

Addison palingkan kepala ke kiri dimana kot dia berada lalu selukkan tangan dalam poket kot tersebut sebelum keluarkan satu kotak baldu berwarna biru tua darinya."You heard me. Saya tak nak ulang dua kali sebab ingat semua itu buatkan saya marah."kata dia sambil tu.

Adalina menjuling mata menyampah. Dia orang tu kan...kalau nak buat hal pandai-pandai la cover. Ini tak buat salah jelas-jelas dekat depan mata macam ni. Entah apa-apa!

"Nah. Buah tangan untuk awak, Adalina. Dan juga sebagai tanda terima kasih sebab tolong tengokkan istana dan juga bonda untuk saya sewaktu dia sakit."kotak itu di sua ke Adalina dengan senyuman lebar.

Adalina capai kotak tu lalu di buka serta merta dengan kening berkerut. "Apa bendanya ni?"

"Custom made necklace. Saya reka sendiri design tu dalam satu malam dan hasilkannya keesokkan harinya."beritahu Addison.

Adalina pandang rantai bertatahkan berlian itu buat seketika. Disebabkan dia bukan penggemar barang kemas dan tak pandai nilaikannya hanya mengangguk kepala. "Hah. Okay." balasnya acuh tak acuh sebelum tutup kotak tu. "Ni saya nak tanya, siapa yang beritahu semua tu?"dia pandang semula ke Addison.

"Jason. Dia ketua pengawal keselamatan diraja dekat sini. Dia yang perhatikan semua dan maklumkannya kepada saya memandangkan ayahanda sibuk."jelas Addison.

Adalina buat muka tak suka lepas tu. Hish! Lelaki menjengkelkan tu ke? Dasar si mulut tempayan betul. "What ever. Saya nak sambung tidur. Nanti keluar tutup pintu semula." arahnya mahu gerak untuk baring.

"Eh-eh..sekejap." Addison pegang lengan Adalina cepat-cepat.

"Apa lagi?"renggus Adalina dengan kening berkerut.

"Awak tak rindu dekat saya ke?"tanya Addison yang nak sangat dengar perkataan rindu keluar dari mulut tu.

Lengannya di tepis rimas."Hish..Uncle sorang ni kan. Nak beromantik sekalipun ikut la timing...orang tengah ngantuk macam ni sibuk tanya rindu ke tak...memang marah la jawabnya...dah la. Keluar sana. Ganggu betul." Adalina tarik selimut lalu di bawa ke dadanya sebelum letakkan tangan ke atas mata untuk tidur.

Addison tarik muncung merajuknya. Sedih hati dia. Beria masa dia dekat sana asyik terfikirkan Adalina saja. Sementara Adalina sikit pun tak teringat dekat dia. Bersama bahu jatuh hilang semangat, dia bangun dari situ lantas atur langkah keluar dari bilik dengan langkah yang berat.

Adalina yang sedang baring pulak curi-curi intai ke belakang badan Addison. Tersengih jahat dia kemudiannya.

Muahahahaha...Padan muka. Siapa suruh tinggalkan dia sendiri dan handle semua seorang diri sementara orang lain berhibur. Rasa sikit sakit tu. Biar serik tak buat lagi. Nanti kalau rajin dia pujuk la si Uncle tu.

Sekarang apa yang penting dia nak tidur. Nak claim balik waktu rehat dia yang terganggu beberapa hari sebelum ni yang dihabiskan untuk istana dan Ratu Annastasia.