Bila dekat tak di pandang
Bila jauh baru la nak cari
Itu la yang Raja Eden dan Permaisuri Fiona rasakan bila anakanda mereka menjauh dari mereka buat sekian lamanya. Dan selepas berbulan lama mereka tidak melihat wajah yang selalu saja buatkan hari mereka ribut dan tekanan darah mereka naik akhirnya dapat juga mereka temuinya.
Penantian selama empat jam yang menyeksakan dua orang berakhir apabila limosin yang membawa puteri mereka tiba di depan laman istana.
Permaisuri Fiona peluk erat lengan Raja Eden sewaktu memerhatikan limosin hitam itu berhenti di depan anak tangga pintu masuk. Apabila ia berhenti, pengawal istana bergegas ke arah pintu kereta belakang lalu buka pintu itu dengan tertib.
Muncul seorang lagi pengawal yang menghulur tangan untuk menyambut penumpang kereta itu.
Maka satu tangan hinggap di atas tapak tangan pengawal tersebut lalu diikuti dengan kaki bertumit tinggi memijak jalan bertar itu dengan perlahan-lahan. Keluar la insan berambut biru berdress baby blue dari tempat duduk belakang itu.
Permaisuri Fiona yang lihat sudah menekup mulut sebab tak dapat nak bending betapa rindunya dia terhadap anaknya yang seorang ini. Air mata mula bergenangan di kelopak. Pasti Adalina hidup susah di tempat orang sendirian.
Raja Eden sendiri yang lega pun tak boleh nak kawal air mata dia dari keluar, nak tak nak dia ketapkan gigi sebab nak elakkan dirinya terlalu menonjolkan emosi di depan orang. Hanya tuhan saja yang tahu betapa leganya dia dapat lihat anak perempuannya pulang dalam keadaan sihat dan selamat.
Setibanya Adalina di depan pasangan itu, dia kemudiannya tersenyum nipis. "Dah kenapa muka tu?Macam sambut orang mati je?"selorohnya dengan bersahaja.
Terus terhambur masa tu jugak air mata Permaisuri Fiona lepas dengar suara tu. Rindunya dia. "Anak bonda...."dia hulurkan tangan lantas menarik Adalina ke dalam pelukan. "Maafkan bonda nak.."ucapnya setulusnya.
Adalina ketawa. Dah kenapa pulak ni?Buang tebiat apa parents dia ni. "Uh..okay."balas dia dengan kekok sambil tepuk belakang badan tu. Lantas dia kerling ke ayahandanya. "Kenapa dengan bonda ni?"tanya dia pandang Raja Eden.
Raja Eden yang dengar Permaisuri Fiona menangis itu mencebik bibir sedih sebelum tunduk memicit batang hidung sebelum kepala tu terhenjut-henjut kerana menangis.
Dumbfounded dengan keadaan itu, Adalina pandang tak percaya. "Lah..dah kenapa pulak ni?"tanya dia. "Ayahanda pun?"dia hulur tangan sambil tepuk bahu tu. Tak tahu nak buat apa bila dua orang tuanya mula menangis. Patutnya dia yang menangis tapi orang lain pulak yang mendahului dia. Sekarang dia nak buat apa kalau macam tu?Ketawa?
"Kamu pasti susah di sana kan?"tanya Permaisuri Fiona sewaktu jarakkan diri dari Adalina. Lantas badan, pipi, rambut dan leher Adalina di pegangnya dengan kasih. Ingin pastikan tiada luka atau Lebam di situ.
"Mana ada...anakanda tak apa-apa. Mereka dekat sana jaga anakanda dengan baik.."nafi Adalina dengan kening mencerlungnya. Macam mana ni?Tak sana drama, sini berair mata. Lemah betul la. "Anakanda tak apa-apa la. Jangan la menangis."dia angkat tangan lalu seka air mata dari pipi bondanya dengan perlahan-lahan. Sayang jugak ya orang tuanya terhadap dia. Ingatkan tak saying.
"Kamu dah makan?"tanya Raja Eden dengan suara serak sedihnya.
Adalina yang dengar soalan itu terus berdekah ketawa. "Ahahaha.."yalah masa dia nak sarapan dekat istana Genovia tadi pun tak jadi lepas dapat call dari ayahandanya. tertanya-tertanya la dia, kenapa la setiap kali dia nak makan mesti ada yang nak ganggu."Sure...why not. Anakanda pun tengah lapar ni."beritahu dia Bersama sisa ketawa dia.
"Ayahanda pun sama...dah beberapa hari tak lalu nak makan."
Adalina menggeleng kepala. Haih...apa lah dia nak buat dengan keluarganya ini. Kadang benci kadang sayang. "Datuk macam mana?"tanya dia setelah itu.
Permaisuri Fiona bersuara. "Kita akan lawat baginda esok. Hari ni anakanda rehat la terlebih dahulu."beritahunya sambil usap rambut Adalina.
Adalina pandang wajah bondanya dengan renungan redup. Pasti bondanya susah hati dengan berita datuknya sakit. Yalah, bondanya adalah anak kesayangan datuknya. Kalau dia berada di tempat bondanya dia pun akan turut risau. "Okay.."angguknya dengan perlahan.
Oleh kerana terlalu rindu, Permaisuri Fiona kucup pipi Adalina sebelum peluk badan tu sekali lagi. "Lain kali bonda takkan hantar kamu keluar lagi..duduk la kamu dalam istana ni buat apa kamu nak."
Adalina ketawa lagi. Sumpah. Dia betul-betul tak faham apa yang ada dalam fikiran ayahanda dan bondanya sekarang ni. Masa dia ada bukan main anti lagi terhadap kewujudan dia di dalam istana ini. Dan sekarang bila dia menjauh dan tiada di sini, mereka mahu dia ada di sisi pula.
Haih.