Memang betul Puteri Adalina ini seorang yang sadis dan sinis. Tapi semua orang jugak tahu yang Adalina ini adalah seorang tuan puteri yang sangat bertanggungjawab dan bijak. Cuma ada masa tu, kena pandai macam mana nak ikut mood puteri ini. Dan tak ramai yang boleh handle Puteri Adalina sama macam mana orang Istana Ronia handle.
Mereka bukan saja boleh buatkan Adalina patuh pada mereka malah mereka juga boleh buatkan Adalina kawal tantrum dan tidak memberontak pada mereka seperti mana yang Adalina lakukan pada orang lain termasuk Raja Eden dan Permaisuri Fiona sendiri.
"Dayang Nina!"Adalina depakan tangan dia seluasnya mahu memeluk wanita yang sudah di anggap sebagai sebahagian dari hidupnya.
Dayang Nina yang sedang membawa lipatan kain bersih itu tersenyum lebar. "Tuan puteri.."sapa dia sambil serahkan lipatan itu kepada dayang di sebelahnya.
Dengan langkah riangnya Adalina berlari ke dalam pelukan Dayang Nina sebelum memeluk tubuh wanita itu erat-erat. RIndunya dia! "Apa khabar."tanya dia dalam pelukan itu.
Dayang yang tolong pegangkan kain lipatan tadi berdiri dekat situ sambil perhatikan lagat dua orang itu Bersama senyuman senang di bibir.
"Sihat...tuan puteri macam mana?"
Adalina angguk kepala. "Tengok la siapa.."katanya dengan bangga.
Dayang Nina usap belakang kepala Adalina dengan kasih sambil tersenyum lebar. "Mana bagasi tuan puteri?"
Adalina menjungkit bahu. "Entah..saya tak tahu. Sibuk ke?"dia pandang akan dayang di sebelahnya dengan kening terangkat ingin tahu.
"Tak ada lah. Saya baru saja tukar cadar katil tuan puteri dan bersihkan kamar tidur tadi. Saya tak sangka tuan puteri akan tiba secepat ni.."jawab Dayang Nina. "Jadi saya tak sempat nak sediakan makanan untuk tuan puteri."
Adalina menggeleng kepala. "Tak apa. Saya pun tak lama dekat sini. Saya nak keluar nanti."
Dayang Nina angkat kening terkejut. La baru balik dah nak pergi semula? "Ke mana?"
"Kediaman datuk saya. Bonda dan ayahanda kata nak bertolak esok. Tapi saya rasa baiknya saya gerak sana hari ni. Risau pula kalau saya lambat-lambat."jelas Adalina. "Jadi saya mintak tolong ya. Pack kan barang saya untuk beberapa hari saya menginap dekat sana nanti."
Air muka Dayang Nina berubah menjadi mendung seketika. Tak sempat dia nak bercerita dengan tuan puterinya ini. Sudah kena berpisah semula. "Baik tuan puteri. Akan saya uruskannya nanti."
Adalina tersenyum senang semasa menatap wajah Dayang Nina. "Glad to see you again Nina."dia kembali memeluk dayang nina dengan hati yang sebak mahu menangis. Tapi dia tegarkan juga hatinya supaya tidak mudah menangis di depan umum.
Dayang Nina yang membalas pelukan itu berkerut kening. Entah kenapa hatinya berasa tak sedap. Ada sesuatu yang Adalina sembunyikan kepadanya, tapi tidak mahu beritahu. "Saya pun tuan puteri."balasnya setelah itu.
Adalina memejam mata dan merehatkan dagunya di bahu Dayang Nina sambil memegang belakang bahu tu erat-erat. Dia harap keputusan dia kecewakan Addison ini betul. Semua ni demi datuknya dan juga ibunya. Dia tak sanggup lihat ahli keluarganya terluka gara-gara hasad dengki orang padanya.
Kalau bukan sekarang, dia akan balas semula apa yang orang telah lakukan kepada dia. Buat masa sekarang dia akan focus pada keluarganya dahulu.
"Anakanda.."panggil Permaisuri Fiona dekat belakang tak lama selepas itu.
Adalina pun lepaskan pelukan dari Dayang Nina lalu jauhkan diri dari wanita itu. "Jumpa nanti."pamitnya.
"Baik tuan puteri."Dayang NIna dan dayang satu lagi beri tunduk hormat pada Adalina sewaktu puteri itu berlalu pergi ke arah Permaisuri yang menunggu di hujung koridor.
Dalam diam. Dayang Nina pandang belakang badan Adalina yang semakin lama semakin menjauh dari dia. Dia tak tahu kenapa, tapi apa yang dia boleh buat adalah, berdoa yang semuanya akan baik-baik saja. Dan Puteri Adalina akan kuat menempuh semua ujian yang menimpanya di masa depan kelak.
"Dayang Nina...Dayang perasan tak air muka Puteri Adalina tadi?"tanya Dayang Bea di sebelahnya.
Dia palingkan kepala ke sisi lalu mencapai lipatan kain tadi dari tangan tu. "Kenapa dengan air muka tuan puteri?"tanya Dayang Nina.
Dayang Bea buat muka tak pasti. Dia sendiri tak tahu nak cakap macam mana. Tapi dari matanya dia boleh Nampak Puteri Adalina seperti mahu menangis. "Macam dia nak menangis?"
Dayang Nina lepaskan hela Panjang lepas mendengarnya. "Nampak."jawabnya dengan mendatar.
"Saya susah hati lihat semua ni terjadi pada Puteri Adalina...saya nak sangat lihat dia gembira seperti dulu-dulu.."Dayang Bea peluk lipatan kain rapat ke dadanya.
Dayang Nina tidak berkata apa-apa lagi. Bukan Bea seorang, dia pun berharap Puteri Adalina akan gembira dan kembali kepada puteri yang dulu suka tersenyum dan ceria. Tapi dia tahu, semua itu takkan terjadi setelah apa yang telah menimpa Putera Aiden. Puteri Adalina terlalu bonding pada abang sulung puteri itu. "Jom la kita pergi."ajaknya sewaktu kembali meneruskan langkahnya untuk ke bilik cucian untuk basuh semua cadar yang sedang di pegangnya.
"Baik."sambut Dayang Bea dengan patuh.