Kepalan penumbuk di bawa naik ke depan permukaan pintu tanpa berlengah.
Knock!
Knock!
"Masuk!"suara lelaki menyahut dari dalam bilik tidur serta merta. "Pintu tak kunci."
Tombol pintu itu dipulas ke bawah sebelum daun pintu itu di tolak ke dalam dengannya sebelum melangkah masuk ke ruangan itu.
"Ya ada a-"Kian berhenti bercakap bila dia pandang ke depan pintu bilik tidurnya dengan kening terangkat sebab terkejut. "My goodness. Ad."dia yang sedang duduk melunjur atas katil menghadap ipad tadi terus turunkan kaki dari katil dan bangun dari situ.
"Miss me?"Adalina silangkan tangan ke dada sambil menarik sengih meleretnya.
"Bila kau sampai?"Kian hampiri Adalina lalu Tarik sepupu kesayangannya itu ke dalam pelukan lalu mengucup dahi tu dengan mata terpejam.
Adalina tersenyum tawar. Sedaya upaya mengawal emosi dia yang tak berapa stabil sekarang ni sejak keluar dari Istana Genovia. Dia tak tahu kenapa dia rasa macam ni. Apa yang dia tahu sejak dia tiba di Ronia, fikirannya hanya memikirkan wajah itu saja. "Baru je."
"Bonda dan ayahanda kau ikut sekali?"tanya Kian selepas jarakkan diri dan berdiri depan Adalina sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluar,
"Ha'ah. Dia orang jumpa atuk dulu. Nanti lepas dia orang baru aku."jawab Adalina dengan mendatar.
Kepala Kian terlentok ke kanan lepas dia perasan ada perubahan angin di sekitar Adalina sekarang. "Aku dah dengar semuanya sepanjang tiga bulan kau dekat Istana Genovia. Dan juga alasan kenapa kau boleh ada dekat sini sekarang ni."
Adalina hanya jungkitkan kening tak kisah lalu palingkan kepala ke kanan. Tangan masih bersilang di dada.
"Semangat la sikit. Kumbang bukan seekor, perigi bukannya sebuah.kau ada banyak lagi masa untuk bercinta dan cari calon suami pun..."pujuk Kian sambil tepuk kecil tepi lengan Adalina nak beri semangat.
"Bukan itu yang aku fikirkan.."Adalina hadapkan mukanya semula ke Kian dengan renungan letihnya.
Kian mengerutkan kening. "Habis tu pasal apa?"
"Angelus."Adalina pandang serius ke Kian semasa sebut nama keluarga Dania.
"Kenapa dengan keluarga Angelus?"
Adalina tersenyum sambil selak anak rambutnya ke belakang telinga."Kau tahu,aku sebenarnya cuba control diri aku dari tak buat apa-apa. Tapi memandangkan aku dah terpandang muka kau, ianya buat aku trigger nak timbulkan masalah."
Kian buat muka tak faham. "Apa yang kau cuba katakan ni?"Kian garu belakang telinga sebab terasa gatal.
"Apa aku cuba katakan sekarang ni adalah, aku nak buat sesuatu pada keluarga Angelus yang telah letakkan keadaan datuk melarat sampai macam ni dengan sebarkan fitnah yang tidak benar mengenai aku. And for that I need your help."senyum Adalina.
"Apa rancangan kau?"tanya Kian.
"Well...memandangkan dia orang buat aku macam seorang puteri yang suka berfoya-foya dan suka bertukar ganti lelaki, apa kata aku berikan dia orang satu dalam keluarga dia orang?"Adalina pandang ke Kian dengan renungan penuh muslihatnya.
Kian kecilkan matanya semasa membalas akan renungan itu. "Kau nak aku buat apa untuk tu?"
Buat seketika Adalina termenung memandang ke bingkai gambar dia Bersama Kian dekat atas almari sebelah katil. Dia imbas semula pada hari dimana malam dia hadiri ke parti dimana Castila punya teman lelaki buat parti hari lahir. Ingat lagi pada orang yang Adalina pernah langgar bahu dengan? Ya...orang itu.
Dia alihkan matanya dari bingkai gambar tu ke Kian lantas tersenyum manis. "Aku dengar, Puteri Dania ada saudara lelaki dan abang yang tua setahun dua dari dia?"dia jungkit kening sebelah kanannya dengan nakal. "Aku nak kau kaitkan aku dengan mana-mana lelaki dalam keluarga tu."
Mata Kian terbuka luas sebaik dia mendengarnya.
"Kau apa?"
"Cuma ini je aku boleh balik apa yang bonda Puteri Dania dah buat dekat aku sejak awal lagi. Kau setuju atau tak?"renungan gelap di berikan ke Kian oleh Adalina.
Kian lepaskan keluhan pendek sebelum diam buat seketika. Dia berkira-kira akan risiko dan akibat yang bakal Adalina terima sekiranya Adalina silap langkah. "Bila kau nak mulakan?"tanya dia.
"Secepat mungkin sebelum Puteri Dania di satukan dengan Putera Mahkota. Aku nak buat drama sikit untuk keluarga tu nanti."sengih Adalina dengan meleret.
Kian mengangguk patuh. "Aku cuba."
"Thank you."sebut Adalina.
"Kau pergi la jenguk atuk sekarang. Dari hari tu dia asyik cari kau..sebut nama kau dalam tidur sampai menangis."gesa Kian setelah itu. "Sampai tak makan tak minum gara-gara risaukan kau."beritahunya lagi.
Adalina lepaskan hela nafas Panjang dengan muka kesalnya. "Aku pergi dulu la kalau macam tu."dia berpaling keluar ke arah pintu.
"Um...biliknya dekat tingkat dua pintu nombor tiga sebelah kiri tangga tau."pesan Kian sewaktu perhatikan Adalina keluar dari biliknya. Dan bila sepupunya telah pergi, bahu Kian jatuh hilang semangat. Dia pandang risau ke pintu bilik dimana Adalina lalu tadi sebelum berpaling ke arah katil dan kembali ambil tempat di situ dan sambung semula apa yang dia lakukan tadi.