"Dayang Nina, boleh tinggalkan kami sebentar?"tanya Adalina tanpa alihkan matanya dari Addison. Dia takut sekiranya! nanti dia dah takkan ada peluang lagi unyuk pandang muka ini.
"Baik tuan puteri."patuh Dayang Nina serta merta sebelum dia berpaling dari situ dan keluar dari ruang tamu Utama istana dan tutup pintu Bersama sebaik saja keluar dari situ.
Maka tinggal la mereka berdua di situ. Seorang mendiamkan diri, seorang lagi termenung memandang wajah tu.
Oleh kerana tidak tahan dengan kebisuan Adalina, Addison nekad untuk bersuara terlebih dahulu. Dia pandang serba salah ke Adalina. Dia patut lebih peka dalam hal ni. Tapi dia alpa dan terlepas pandang. "Maaf kerana baru hari ni saya datang untuk pay respect di atas pemergian tuanku bekas raja."ucap Addison semasa jalan mahu menghampiri Adalina.
Adalina berdiri di situ dengan riak wajah tiada perasaannya. "Tidak mengapa. Sememangnya kami tidak menjangka orang luar untuk terlibat sekali dalam urusan keluarga kami."jawabnya dengan nada mendatar.
Addison buat muka seakan terasa sebaik mendengarnya. Entah kenapa dia rasa Adalina seakan mahu memulaukan dia. "Adalina, sebenarnya saya-"
"Maafkan saya, sekiranya putera mahkota ingin menemui ayahanda dan bonda saya. Mereka tidak dapat hadirkan diri buat masa ini. Ayahanda berada di luar daerah atas urusan kerjanya. Bonda saya dalam keadaan tidak mengizinkan untuk keluar menemui sesiapa. Sekiranya putera mahkota ingin mengutuskan sesuatu, saya akan panggilkan Bendahara untuk berurusan dengan tuanku."kata Adalina dengan nada mendatar tiada emosinya.
"Adalina apa ni?"tanya Addison dengan muka sedihnya. Kenapa Adalina berubah sikap dingin seperti ini terhadap dia?Apa salah dia pada Adalina. Sepatutnya dia yang marah pada Adalina. Sebaliknya dia yang datang ke sini untuk menemui Adalina memandangkan Adalina dalam keadaan bersedih. Dan ini yang dia dapat?Layanan dingin?
Adalina masih dengan ekspresi tanpa emosinya sewaktu memandang Addison. Dia tak boleh berurusan dengan Addison buat masa sekarang. Sebab dia ada rancangan lain yang perlu di lakukan. Demi lindungi Addison dari terkena tempias nama buruknya dan kesan tindakannya nanti, dia perlu jauhkan Addison dari dia awal-awal.
Lagipun berita mengenai pencalonan isteri Addison sudah pun di maklumkan dalam media sosial seminggu selepas majlis pengebumian datuknya di langsungkan. Ratu Annastasia yang buat makluman itu via facebook live diraja. Yang mana mendapat sambutan baik dari semua orang termasuk la rakyat negeri Ronia sendiri.
Walaupun sakit dia kena jugak beritahu ni!
"Anggap saja apa yang berlaku antara kita tak pernah terjadi."Adalina beritahu dengan nada mendatarnya. "Anggap kita tak pernah jumpa apatah lagi saling mengenali." katanya lagi. "Lagipula, putera mahkota sudah pun dijodohkan dengan Puteri Dania. Eloknya kita jaga batas pergaulankita berduaa agar tidak menimbulkan khabar angin tidak enak." pesannya.
Addison tercengang.Keningnya berkerut sewaktu dia pandang tak percaya ke Adalina. "Apa awak kata?Lupakan?"tanya dia semula. "Awak gila ke apa?Mana mungkin la saya nak buat semua tu. Lagipun saya dengan Dania-"
Dia tak nak dengar apa-apa mengenai Dania. Hati dia sakit bila dengar nama tu. Dan selagi niat dan rancangan dia belum terlaksana selagi tu dia takkan rasa puas hati. "Sekiranya tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu."Adalina cepat-cepat berpaling dari situ.
Addison terus dapatkan Adalina bila nampak Adalina berpaling darinya. Dia lari lalu capai lengan Adalina sebelum paksa badan tu menghadap dia semula. "Saya belum habis bercakap dengan awak Adalina."
Apabila dia dipusingkan macam tu sekali, Adalina tahan nafas terkejutnya lalu dongak memandang Addison dengan mata terbutang. Terkejut dia sebab cengkaman tangan Addison kuat. Mujur tak tertanggal bahu dia ni.
"There's nothing we need to talk about."balas Adalina sambil pegang tangan Addison yang ada di lengannya. Mahu leraikan jari jemari tu dari terus mencengkam.
"But I do!"deram Addison sambil menarik Adalina mendekat padanya.
Kaki Adalina terjengket sikit lepas dirinya di tarik macam tu. Tanpa berkedip dia pandang mata Addison dengan perasaan membuak-buak rindu. Mahunya dia sandarkan badannya ke dada itu. Tangannya minta menyentuh pipi itu untuk di usap dan bibir itu mahu dikucupnya. Sedaya upaya dia kawal dirinya supaya tidak kelihatan seperti wanita terdesak.
Bersama renungan berangnya, Addison tatap wajah Adalina dengan nafas naik turun kencang kerana hilang sabar dengan sikap Adalina yang acuh tak acuh dengannya seakan mereka berdua ini adalah orang asing. "Saya mahukan awak Adalina. Bukan orang lain. Kenapa awak tak boleh nak faham."bisiknya depan muka Adalina sambil berkerut kening tak puas hati.
Mata Adalina gerak kanan dan kiri sewaktu membalas renungan dalam Addison sambil menahan nafas terdesaknya. Terdesak mahukan Addison juga. "Tapi ada yang mahukan awak lebih dari saya mahukan awak..."jawab dia selepas itu.
"Kalau macam tu rampas saya..buatkan saya jadi milik awak. Apa susahnya."bisik Addison dengan lebih keras sambil dekatkan lagi mukanya ke muka Adalina.
Dia tak boleh lakukannya. Cukup la apa yang dia telah hadap selama ini. Dia tak nak tambahkannya. Bondanya sendiri masih bersedih. Dia tidak mahu buatkan bondanya lebih tertekan. "Buang masa saya. Awak fikir saya tak ada kerja lain ke untuk main rebut-rebut seperti anak kecil?"
Addison pegang lengan Adalina sebelah lagi lalu di cengkam kuat kedua-dua belah lengan atas tu dengan terdesak. "Masih belum terlambat lagi"
Adalina pandang bibir Addison sebelum tundukkan matanya ke bawah. "Lepaskan la saya Addison."mintanya dengan nada merayu.
Dengan muka tercengangnya, Addison pandang Adalina berharap Adalina akan pandang dia dan Tarik balik kata-kata itu. "Awak serius ke nak saya lepaskan awak?" tanya dia dengan suara terketar-ketar. Dia terkejut sangat!
Jangan lepaskan dia. Kekang dia. Bawa dia pergi dari dunia ni. Dunia yang memenjarakan kebebasan dia untuk bersuara."Ya.."angguk Adalina dengan perlahan.
Bersama muka sedih yang kecewa, Addison pun turunkan tangannya dari lengan Adalina sambil pandang muka Adalina sebelum lengannya jatuh ke sisi dengan lemah longlai tiada tenaga.
Tanpa memandang muka Addison, Adalina kemudiannya palingkan badannya ke arah pintu dan mula melangkah menjauhkan diri dari situ.
Tidak bergerak atau berkata apa-apa Addison pandang langkah Adalina bersama perasaan kecewa dan retak seribunya. Sesaat Adalina membuka pintu bilik itu. "Awak akan menyesal Adalina."laung Addison pada masa itu.
Adalina yang dengar hanya terus menarik daun pintu itu dan melangkah keluar dari ruangan tamu Utama itu tanpa teragak-agak.