"Bonda cakap apa?"tanya Lucile dengan kening berkerut hendak marahnya.
Permaisuri Diana silangkan tangan sambil buat muka bitch dia saat palingkan muka ke kanan. "Ya bonda yang sebarkan berita tak baik mengenai dia ke paparazi dan media."ulangnya sambil tu.
Mulut Lucile ternganga sedikit semasa dia pandang tak percaya. What the hell! Bonda dia yang buat semua kerja ni selama ni? "Tapi kenapa?What have she did to you till make you act like this?"
Permaisuri Diana pandang ke Lucile sambil berdengus mengejek. "Kamu tanya kenapa?Of course la demi Dania. Kamu tahu tak Adalina tu buatkan adik kamu sering menjadi pilihan nombor dua. Mana saja ada Adalina adik kamu pasti akan terpinggir. Lepas bonda dapat tahu dia bakal tercalon sebagai isteri putera mahkota, bonda sedaya upaya sebarkan semua berita tak benar mengenai dia supaya Dania dapat sokongan bukannya dia.."
"Tapi bukan dengan cara sakiti anak perempuan orang lain."Lucile tunding jari ke permukaan meja makan tu dengan geram. "Cuba kalau Dania yang berada di tempat Adalina. Bonda rasa apa?Tak ke sedih kalau anak yang baik dan tak pernah buat orang di katakan sebagai perempuan murahan kerana gambar dan video yang di ambil tanpa kebenaran macam ni.."marahnya. Memalukan betul la sikap bondanya. "Bonda ingat bonda ni budak sekolah ke nak buat perangai childish macam ni?"
Permaisuri Diana mencebik bibir merajuk lepas dengar anak lelakinya berkata begitu. "Yang kamu tu keluar dengan Puteri Bratty tu kenapa. Kan tak pasal-pasal orang bergosip mengenai kamu dengan dia!"bidasnya pula.
"Kami tak ada apa-apa pun. Mereka saja buat cerita. Dan bukan itu isunya sekarang bonda. Apa yang berlaku antara kami, urusan Lucile. Bonda jangan masuk campur."marah Lucile lagi hingga tegang urat lehernya.
Permaisuri jelingkan mata ke Lucile lepas dengar. Menyampah dia! Di bela saja la Budak tu. Tak emak tak anak. Dua-dua menyakitkan hati!
"Anakanda mahu minta maaf pada Puteri Adalina dan keluarganya."arah dia.
"Kenapa bonda kena berbuat begitu?"Dia duduk tegak dari sandarnya. "Mereka memang layak pun terima semua ni. Dari dulu sampai sekarang berlagak macam mereka seorang saja pemerintah dalam negara ini. Buatkan Negeri Angelus ini seperti sisa saja di mata semua orang...tahu la mereka ada pemerintahan yang lebih baik dari negeri kita...no! Bonda takkan minta maaf!"tegas Permaisuri Diana.
Terdiam sekejap Lucile buat seketika dengan jawapan bondanya. Terkejut dia lepas dengar cerita yang selama ini bonda di adalah punca kenapa berita yang bukan-bukan mengenai Adalina tersebar. Bukan setakat itu saja, bonda dia juga yang pisahkan persahabatan Adalina bersama Dania hanya kerana cemburu akan spotlight yang Adalina terima tapi tak Dania yang sentiasa dianggap sebagai sidekick Adalina.
"Adinda Dania tahu tidak apa yang bonda buat ni?" tanya Lucile selepas itu.
"Mana mungkin la bonda nak biarkan Dania tahu mengenai hal ni. Kalau dia tahu sah-sah Dania akan tarik diri dan paksa Adalina untuk bersama dengan putera mahkota."cebik Permaisuri Diana dengan benci.
Berasa tak percaya dengan apa yang di dengar, Lucile menguak rambutnya ke belakang lalu sandar ke kerusi itu dengan keluhan panjang. "Apa nak jadi dengan bonda ni?Kalau ayahanda tahu tentang hal bonda tahu apa akibatnya?Bonda telah menyebabkan berlakunya salah faham di antara dua buat negeri hanya kerana perasaan cemburu bonda terhadap Ronia yang langsung tak usik atau apa-apakan Angelus."lafaznya dengan perasaan malu. Jadi selama ni salah faham yang berlaku di antara dua negeri adalah hanya kerana rasa iri bondanya saja.
"Ayahanda kamu tentang hal ni juga. Kamu tak perlu leteri bonda lagi sama seperti ayahanda kamu."renggus Permaisuri Diana.
"Habis tu kenapa tak minta maaf?"tanya Lucile lagi dengan jengkel. Haih.. cakap dengan bondanya ini seperti bercakap dengan budak-budak betul la! Penat!
"Buat apa nak minta maaf. Biar saja la situ."Permaisuri Diana menjegil mata tak percaya.
Oh my god! Lucile tepuk dahinya lalu menggeleng kepala tak tahu nak cakap apa!
"Fine...kalau bonda tak nak minta maaf. Biar Lucile sendiri yang minta maaf pada mereka."dia bangun dari situ untuk keluar dari ruang makan tu. Dah tak selera nak makan atau teruskan perbincangan ini bersama bondanya.
"Apa?Lucile...jangan kamu lakukannya!"Permaisuri Diana berdiri sambil pukul permukaan meja itu.
Lucile tidak hiraukan panggilan itu. DIa hanya berjalan keluar dari situ dengan langkah berat dan kepala tunduk kebawah kerana malu dan kesal.
Terus terduduk semula Permaisuri Diana lepas tu. Dia gigit bawah bibirnya dengan geram sambil berkerut kening tak suka. Haish! Macam mana la puteranya boleh tiba-tiba nak tanya tentang apa yang dia lakukan pada Adalina! Tak pasal-pasal dia beritahu semuanya!