Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 56 - 56. Izin

Chapter 56 - 56. Izin

Dentingan garfu dan pisau berlaga di permukaan pinggan saja yang kedengaran dekat dalam ruang makan tu masa tiga beranak tersebut nikmati makan malam mereka. Biasanya mereka bercakap saja ketika di meja makan, memandangkan mood masih belum pulih sepenuhnya, orang yang biasa bercakap tidak bercakap. Buatkan suasana di situ agak janggal dari biasanya.

Dayang dan butler di situ berdiri tegak memerhati tiga orang itu dengan tekun.

Adalina yang duduk dekat sebelah kanan meja sebelah bondanya lirik ke arah ayahandanya buat seketika sebelum ke bondanya pula. Tepi mukanya di topang dengan tangan kanan ke atas meja itu. Agak-agak kalau dia tanya tentang Aiden, apa reaksi mereka ya?

Patut ke tak patut dia tanya?

Nak masuk 7 tahun Aiden pergi tinggalkan keluarga ni tanpa berita dan khabar. Adalina ingin tahu sangat dimana keberadaan lelaki itu. Entah hidup entah sudah meninggal, entah sihat entah sakit, dia mahu tahu mengenainya.

Jadi patut ke dia tanya?

"Anakanda mahu keluar bersama Kian nanti."maklumnya sambil mengunyah makanan dalam mulut perlahan-lahan.

"Keluar la."balas Raja Eden semasa tunduk memandang makanan.

"Tak nak tanya ke anakanda hendak ke mana?"soala Adalina lagi sambil menjungkit kening.

Ratu Fiona yang sedang menyuap makanan ke dalam mulut pandang ke Adalina lalu mengunyah makanan itu beberapa kali sebelum berkata. "Kalau kami tegah kamu tetap akan pergi bukan?"

Adalina tersengih. "Well...obviously."balasnya semasa menguis sisa makanan yang dia tak lalu nak makan sebab selera dia agak terganggu sikit sejak sibuk beberapa hari ni. Yalah sibuk uruskan hal bondanya, uruskan tesis klien yang dia masih terima order dari ramai pelajar university dan kolej. Sibuk alihkan perhatiannya dari terus fikirkan soal Addison. Semua tu gunakan tenaga yang banyak!

Raja Eden menggeleng kepala kesal melihat anakandanya. "Pergi la sana. Kamu nak terbalik ke nak tertonggeng ke nak apa. Buat la. Bukannya tak cukup cerita tak baik tentang kamu di luar sana. Kalau kamu buat hal sekalipun ayahanda rasa paparazzi pun dah bosan agaknya nak ekori kamu.."

"Ahahah.."Adalina tertawa mendengar komen ayahandanya. "Ada ke cakap macam tu..apa la ayahanda ni. Ingat anakanda ni apa?Ninja apa nak terbalik dan tertongeng bagai.."katanya dengan sisa ketawa dan senyuman di bibir.

"Dah memang betul pun, kamu tu bukannya boleh duduk diam jadi orangnya. Tak masalah cari kamu, kamu yang cari masalah dulu."tambah Ratu Fiona.

"Ouch..."Adalina buat gaya seperti dadanya di tikam bila dengar komen dari bondanya tadi.

"Drama.."Raja Eden menjuling mata menyampah sebelum capai gelas berkakinya lalu disisip air kosong darinya sedikit

Ratu Fiona kembali menyambung makannya.

Adalina yang lihat ibubapanya kembali kepada sedia kala tak jadi nak tanya tentang Aiden. Rasanya dia kena handle semua ini sendiri. Lagipun dia kan tuan puteri. Dia masih ada privileged sebagai seseorang yang mempunyai kuasa untuk lakukan sesuatu tanpa di hokum.

"Betul ni anakanda boleh keluar dengan Kian sehingga lewat malam...tak kira ke mana sekalipun?"tanya dia sekali lagi inginkan kepastian.

"Kamu nak ayahanda haling ke?"tanya Raja Eden berbaur ugutan.

Laju-laju Adalina menggeleng kepala. "Eh tak adalah. Saja anakanda tanya. Sebagai konformasi. Mana la tahu kan ayahanda dan bonda akan berubah fikiran kemudian membantah dan kenakan tindakan pada anakanda pulak nanti."sengih dia sambil menayangkan barisan gigi.

Ratu Fiona hanya buat muka. Mengada! "Oh ya hari tu bonda dengar Putera Mahkota Genovia datang ke sini. Mahu apa dia?"

Raja Eden yang sedang menyuap makanan ke dalam mulut pandang ke Adalina ingin tahu jugak. Hari tu dia dimaklumkan tapi tak sempat nak tanya apa yang berlaku semasa Putera Mahkota Addison ada di sini.

Adalina pandang orang tuanya dengan sengih mengejek."Bagi ucapan takziah dan maaf untuk apa yang berlaku pada keluarga kita. Itu je. Nothing special."jawab Adalina dengan muka selamba bersahajanya.

"Iya ke. Ayahanda tak tahu dia nak datang. Ayahanda tahu pun lepas ayahanda pulang ke istana."

"Bonda pun.."

Adalina palingkan kepala ke kanan nak larikan muka terkejutnya dari di kesan oleh mereka. Addison datang sini tak beritahu ke?Haish

"Sesuaut berlaku ke antara kamu berdua sewaktu kamu ada di sana?"soal Ratu Fiona tiba-tiba.

Tersentak kepala Adalina lepas tu. Dia buat muka bingung dia. "Hah?"nganga dia. Soalan cepu mas betul! "Apa maksud bonda?"

"Yalah...kamu dengan dia tersuka antara satu sama lain ke dia luahkan rasa suka pada kamu ke kamu tersuka dia ke...something like that?"tanya Ratu Fiona lagi dengan muka bersemangat ingin tahunya.

Adalina telan air liur gemuruhnya lalu tersenyum sambil menggeleng kepala menafikannya. "Tak ada la. Nothing happen between us.. I just my mind own business."nafinya dengan menyakinkan. Dia tak nak buatkan ayahanda dan bondanya rasa serba salah kalau dengar perkara sebenar. Eloknya biar dia seorang saja yang tanggung semua ni.

"Bagus la kalau begitu. Ayahanda risau saja rancangan ayahanda menyuruh kamu Tarik diri secara tiba-tiba buatkan kamu dan putera mahkota terganggu ke apa."ujar Raja Eden pula.

Adalina tersenyum nipis. "Jangan risau la. Tak ada apa-apa yang ayahanda perlu risaukan. Semuanya okay je masa anakanda Tarik diri hari tu."tipunya semasa pandang ayahandanya beritahu dia tak apa-apa melalui renungannya.