Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 59 - 59. Degil Macam Kotoran Degil dekat celah gigi!

Chapter 59 - 59. Degil Macam Kotoran Degil dekat celah gigi!

"ADALINA BLOOM!"

Berdentum kuat bunyi suara laungan dalam istana Ronia dengan suara lantang wanita itu.

Sampaikan orang yang sedang baring menerima rawatan facial di muka pun bangun dengan mengejut hingga buatkan timbunan timun yang di letakkan pada muka oleh Dayang Nina ikut terjatuh.

"Apa tu?"tanya Adalina sambil pandang ke arah pintu biliknya dengan mata terbuka luas.

Dayang Nina dan dua orang lagi dayang ikut pandang ke arah pintu bilik tersebut. Mereka semua seperti meerkat yang baru nampak pemangsa terkam mangsa secara langsung berdiri dekat situ buat seketika tidak bergerak.

Beberapa saat berlalu dengan senyap tanpa apa-apa yang berlaku. Jadi Adalina hanya jungkit bahu dan gerak untuk baring semula. Mungkin dia salah dengar agaknya!

Dan pada masa itu la pintu bilik itu terbuka seluas-luasnya hingga buatkan semua di situ melompat terkejut sebab tersentak dengan tindakan itu.

Adalina kembali duduk melunjur dekat situ Bersama mata terbutang luas. What the heck!

"Apa semua ni?"tanya Permaisuri Fiona semasa berjalan masuk ke dalam bilik tidur memegang ipad di tangan dan ketuk skrin itu berkali-kali dengan berang.

"Apa bendanya?"tanya Adalina dengan kening berkerut. Hish..orang tuanya ni kan..terpekik-pekik. Naik tekanan darah tu nanti baru tahu. Suka sangat agaknya sakit. "Perlu ke bonda terpekik-pekik macam tu sekali?"

"Mana bonda tak terpekik-pekik kalau ini perkara pertama yang bonda lihat lepas bukak mata, artikel kamu Bersama Putera Mahkota Angelus!"marah Permaisuri Fiona dengan berang sewaktu berdiri mencekak pinggang di tepi katil itu.

"Huh?"nganga Adalina sewaktu turunkan kakinya dari katil lalu capai ipad dari tangan bondanya dengan paksa. "Cepatnya?"tanya dia.

Permaisuri Fiona lepaskan dengusan tak percaya dia lepas dengar. "Apa kamu kata?Cepatnya?Hei ini bukan soal cepat atau tidak cepatnya gossip seperti ini tersebar. Kamu tahu tak apa yang kamu telah lakukan?Kamu sendiri tahu apa isu kita dengan keluarga Angelus?Dan kamu apa?Keluar dengan anak sulung mereka?Memangnya tak ada lelaki lain ke?Sanggup lagi bonda biarkan kamu Bersama dengan orang biasa dari anak keluarga Angelus ni!"dengkingnya dengan berang di situ sambil tunding jari ke arah jendela merujuk 'orang biasa' yang di sebutkannya tadi.

Adalina berdengus. Dia pandang lucu ke bondanya. "Okay apa...biar dia ikut rasa tempiasnya sekali. Kan selama ni mereka fikir keluarga mereka la yang paling perferct dan terbaik.sekarang rasakan sendiri."balasnya dengan bersahaja setelah melihat gambar dimana dia Bersama dengan Lucile di kelab dimana dia dan lelaki itu berdiri rapat seakan mahu kiss malam semalam. Entah macam mana la gambar ni boleh tersebar. Cepat sungguh ia di post.

"Yang kamu nak libatkan diri dengan mereka kenapa?Tak boleh ke dalam sehari tu kamu tidak timbulkan masalah. Dan lihat sekarang pelbagai artikel dan komen telah di berikan kepada kamu. Itu dan ini...mana nak letak muka ni?"bebel Permaisuri Fiona sewaktu capai ipadnya dari tangan Adalina dan mula tunduk memandang skrin tersebut dengan kening berkerut.

Malas nak ambil kisah dengan semua itu, Adalina pula kembali berbaring mahu menyambung facial session dia. Bukan sekali dua dia terlibat dengan semua scandal ni. Nanti lama-lama surut la."Bonda...bonda lupa ke hari ni bonda ada temu janji dengan pihak hospital mengenai dana bonda tu?"selorohnya dengan nada malas dan mata terpejam.

Elok Permaisuri Fiona nak naik angin lagi, dia yang dengar terus mengatup mulut memikirkan sesuatu buat seketika sebelum menahan nafas terkejut. "Ya tak ya...oh my gosh! Bonda lupa mengenainya."Permaisuri Fiona dengan kalut pandang kanan dan kiri mahu berpaling tapi tak tahu nak macam mana. Sebelum dia pergi sempat lagi dia pandang ke Adalina dan berkata. "We not done yet young lady!"tegasnya.

Adalina yang sedang baring itu angkat tangan lalu melambai malas ke Permaisuri Fiona. "Ya-ya...what ever. Bye..Have a good day!"halaunya.

Oleh kerana sudah terlambat Permaisuri Fiona terus bergegas keluar dari bilik tu dengan langkah yang lekas.

Bilik tidur itu pun kembali tenang dan senyap kepada sedia kala tidak lama selepas itu. Buatkan mereka semua di situ pun sibukkan diri dengan kerja yang tertangguh tadi. Dayang Nina yang sedang manicure kuku tangan Adalina ketip dengan berhati-hati kuku berkata.

"Tuan puteri ke yang sebarkan gambar tu?"tanya Dayang Nina.

"Tak ada kerja ke saya nak buat semua tu. Paling taknya paparazzi atau mereka yang nak tengok saya jatuh.."jawab Adalina dengan malas.

Dayang Nina berhenti sekali lagi lalu angkat kepala untuk memandang Adalina. "Jadi betul la tuan puteri keluar Bersama Putera Mahkota Lucile Angelus tu?"

"Nope. We just met. I don't have any intention to be with him."Adalina berkata tanpa membuka matanya. "And just look at him make me piss off!"getusnya dengan benci.

"hati-hati tuan puteri. Jangan sampai benci tu jadi suka. Ronia dan Angelus masih lagi dengan isu perang dingin mereka. Kalau sesuatu terjadi antara tuan puteri dan putera Lucile. saya tak rasa tuanku raja dan permaisuri akan izinkan tuan puteri Bersama dengan dia."pesan Dayang Nina semasa tunduk mengilap kuku Adalina pula.

"Hmm. Tahu."jeda Adalina dengan Panjang dan perlahan. Mana mungkin la dia nak suka pada Lucile. Gali kubur sendiri namanya tu!