Flashback....
Dua hari selepas pengebumian bekas raja....
"Wei...bila kau nak mulakan rancangan kau untuk susahkan keluarga Dania tu?"tanya Kian yang sedang baring di atas katil Adalina pada waktu malam itu.
Adalina yang sedang duduk di meja menghadap kerja dan timbunan buku berkata. "Kau dah jumpa siapa calonnya?"
"Kalau aku beritahu kau okay tak?"
"Siapa?"
"Um..Kau ingat lagi tak lelaki yang pernah tegur kau dekat parti hari tu?"
"Lucile?"
"Ha'ah."
"Kenapa dengan dia?"
"Dia adalah anak sulung keluarga Angelus. Dia kawan dengan aku sejak tahun pertama dekat university tempat aku belajar."
Adalina berhenti dari menaipnya. Dia pandang ke skrin komputernya buat seketika sebelum jengahkan kepala ke arah katil untuk pandang Kian. "Serius?"
"Ha'ah...tapi nak trick dia untuk sukakan kau susah sikit. Dia bukan jenis yang sukakan perempuan yang terhegeh-hegeh hendakkan dia...dia lebih prefer pada perempuan yang susah nak dapat dan jual mahal."beritahu Kian.
Adalina topang bawah rahangnya dengan tangan kiri lalu tersenyum. "I'm listening."beritahunya.
Kian ngiringkan badannya lalu menopang kepala dia menghadap Adalina gaya madam besar. "Kalau kau nak dia tertarik pada kau, jual mahal secukupnya. Kalau boleh kau gunakan alasan kenapa kau buat semua ni untuk dapatkan perhatian dia. Macam dedahkan yang kau awal-awal bencikan dia ke apa. Dari situ dia akan ada rasa ingin tahu nak buat sesuatu. Percaya atau tidak. Dia akan merangkak cari kau."
"Macam mana nak buat dia masuk dalam jerat kita ni?"tanya Adalina.
"Kau kan pandai. Fikir la sendiri"
"Hmm..."hela Adalina dengan Panjang sewaktu termenung pandang gambar sewaktu dia kecil Bersama Aiden. "Kalau macam tu bawa dia ke kelab di mana ramai paparazzi berkumpul. Kau tinggalkan aku dengan dia. Dan seterusnya aku akan uruskan."beritahunya dengan sengih meleret penuh muslihat.
End of flashback....
Semua di situ mematai langkah wanita yang mengenakan dress merah menyala off shoulder dengan solekan badass di wajah yang jalan melintasi mereka. Buat pertama kalinya semua penghuni Istana Angelus menerima kunjungan dari musuh azali mereka ke kediaman mereka.
Dan ini la kali pertama mereka berasa intimidate dengan kehadiran insan ini.
Raja dan Permaisuri Angelus berdiri dengan tertib di hujung koridor sewaktu memerhati langkah yakin dari orang yang berjalan masuk menuju ke arah mereka.
Bersama senyuman lebar di bibir, Adalina tersenyum sendiri setelah berdiri di depan dua orang tua Angelus. "Selamat siang tuanku."ucapnya sambil beri tundukkan kecil pada mereka.
Permaisuri Diana menjeling menyampah.
Sementara Raja Lucian beri senyuman mesra. "Selamat datang Puteri Mahkota Ronia."dia hulur tangan untuk berjabat tangan.
Adalina sambut ia dengan hormat. "Terima kasih kerana sudi menjemput saya ke sini. Ianya suatu kebesaran buat saya untuk menemui tuanku dan juga....Permaisuri Diana.."kata dia sebelum Tarik tangannya dari cengkaman tangan Raja Lucian.
Lucile yang berada di sebelah Adalina tersenyum senang melihat penerimaan ayahandanya. Namun senyumannya jatuh bila terarah pada bondanya.
Permaisuri Diana kerling ke Adalina lepas namanya di sebut. Dia malas nak buka mulut sebab berasa menyampah melihat wanita muda berwajah penuh dengan aura kuat depannya. Ianya buat dia jengkel!
"Saya tak tahu pula ya....indah rupa dari khabar rupanya tuanku permaisuri ni.."seloroh Adalina masa Permaisuri Diana memandang dia.
Kening Diana berkerut sedikit. "Apa maksud kamu?'tanya dia.
Adalina ketawa manja sambil meletakkan tangan ke mulutnya. "Yalah, saya dengar orang cerita yang permaisuri ni kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Tapi bila jumpa depan-depan macam ni, tuanku kelihatan sangat 'awet muda'. Berapa agaknya suntikan botox tu ya?"
Raja Lucian dan Lucile menjegil mata bulat kerana terkejut dengan kata-kata Adalina. Dari mana pulak Adalina tahu tentang kegiatan Permaisuri Diana.
"Apa kamu-"
Tanpa beri peluang kepada Permaisuri Diana habiskan kata-katanya. "No worry. Sesiapa pun yang berad di usia tuanku akan lakukan hal yang sama tak begitu?"sengih Adalina dengan nakal. "Jom la masuk ke dalam. Kita boleh borak lebih lanjut dekat dalam...ya tak Permaisuri Diana?"
Permaisuri Diana pandang ke Lucile, memberi isyarat pada anak lelakinya untuk lakukan sesuatu. Namun begitu, dia hanya menerima gelengan dari Lucile supaya jangan lakukan apa-apa. Tujuan mereka panggil Adalina ke sini kan untuk minta maaf. Bukan cari gaduh.
"Mari la kita masuk kalau begitu."aju Raja Lucian sambil aju tangan ke arah sebuah pintu.
Adalina angguk kepala sambil tersenyum lebar menampakkan barisan giginya. "Sudah tentu. Saya tak sabar nak rasa masakan Negeri Angelus ni. Saya dengar mereka semua di sini pandai menyediakan hidangan, lagi-lagi dalam bab 'goreng mengoreng' ni kan?"sindir Adalina sambil pandang Permaisuri Diana.
Permaisuri Diana hanya lepaskan dengusan menyampahnya tidak membalas. Mujur ada suaminya di sini. Kalau tidak lama dah dia maki cukup-cukup tuan puteri di sebelahnya ini.
Adalina pandang ke Lucile yang langsung tak cuba halang dia dari terus menerus roasting Permaisuri Diana. "Awak okay Lucile?"tanya dia lepas tu.
Lucile palingkan kepalanya ke Adalina lantas tersenyum. Lantas mengangguk kepala. Dia tak kisah apa Adalina nak katakan kepada bondanya. Sebab dia tahu semua ini berpunca dari bondanya sendiri. Suka tak suka, bonda dia kena la hadapkan saja dengan perangai sadis Adalina ni.
"Ya..saya lebih dari okay."balasnya.
"Good."senyum Adalina sebelum rangkul lengan Lucile dengan manja lalu pandang ke depan Bersama senyuman yakinnya. Sebab dia baru nak mulakan.
Flashback.....
Sejam sebelum tiba di Istana Angelus...
"Kenapa awak buat semua ni?"tanya Adalina sewaktu pandang keluar tingkap limosin.
"Buat apa?"soal Lucile dekat sebelahnya.
"Minta maaf untuk pihak bonda awak walaupun awak tahu saya takkan termakan dengan semua ni?"Adalina palingkan kepala ke Lucile sambil berkata.
Lucile tersenyum. "So awak tak sudi maafkan bonda saya la ni?"
Adalina ketawa mengejek. "Awak fikir saya ni apa?Tunggul?Tak ada hati tak ada otak?Macam tu?"
Lucile angkat tangannya lalu di letakkan atas tempat duduk Adalina sebelum sondong sedikit untuk mendekat ke Adalina. "Apa boleh saya katakan lagi bila awak dah tanya begitu. Saya tahu awak masih sakit hati. Jadi terpulang pada awak apa awak nak buatselepas ini...asalkan awak gembira."
Adalina pandang tak faham ke Lucile. "Awak tak kisah sekiranya saya porak perandakan keluarga awak?"
Lucile tersengih boyish. Dia selak anak rambut Adalina ke belakang telinga tu dengan lembut. "Cinta itu buta. Ianya buatkan seseorang dah tak nampak apa-apa dan fikirkan apa-apa bila dah sukakan seseorang tu. Itu yang saya sedang alami sekarang ni. Adalina Bloom Im crazy for you. What ever that make you happy, it fine for me."
Adalina pandang tak berkedip ke mata Lucile. "You are so done. You know that?"
"Saya tahu."jawab Lucile sebelum sandar semula ke kerusi dan pandang ke depan.
Sementara Adalina pandang tepi muka tu dengan renungan tak suka. Dia bencikan mereka!
End of flashback...