"Duduk."tegas Addison lagi.
Adalina berbelah bahagi. Dia pandang muka serius Addison lalu ke sampul surat dekat tangan lelaki tu sebelum pandang ke muka itu semula. Bahagian dalam pipinya di gigit sambil tu. Ini mesti nak bagi dia kad jemputan ke majlis pertunangan Dania dan lelaki ni kan!
Jadi mahu tak mahu, Adalina gerak ke kerusi semula lalu duduk henyak punggung di situ dengan marah. Sebaik duduk dia silangkan tangan ke dada lalu palingkan kepala ke arah lain kerana tidak mahu pandang muka Addison. Merajuk!
Sambil pandang Adalina, Addison Tarik kerusi yang ada di situ lalu di letakkan ke dekat pada kerusi Adalina. Dia duduk di situ sambil meletakkan cermin mata hitam dan sampul surat tadi di atas meja. Setelah itu, dia hadapkan badannya ke Adalina.
"Look at me please."minta dia apabila Adalina tak nak pandang dia. "Adalina.."
Masih protes tidak mahu memandang Addison, Adalina tidak bergerak. Dia hanya pekakkan telinga saja dengan panggilan itu.
Addison lepaskan keluhan mengalahnya. Memandangkan Adalina tak nak pandang dia, biar dia yang buat Adalina pandang dia. Jadi Addison pegang kerusi Adalina lantas di pusingkan kerusi itu bersama-sama Adalina agar menghadapnya. Dia letakkan Adalina dekat celah kangkangnya sambil letakkan tangan pada arm rest kerusi tu.
Jadi terpaksa la Adalina pandang Addison memandangkan keadaan mereka macam ni. Dia pasang muka grumpy tak puas hatinya sewaktu tatap mata kelabu tu.
"Betul ke awak keluar Bersama dengan abang kepada Puteri Dania?"tanya Addison semasa Adalina pandang dia.
Adalina diam.
"Saya tahu semua artikel yang keluar mengenai awak semuanya tidak benar. Tapi melihatkan gambar dan video dimana awak Bersama dengan lelaki tu seakan real, saya tak boleh berhenti memikirkan mengenai keintiman awak dengan dia di kelab malam tu...sebab tu saya ke sini untuk bertanya."sambung Addison lagi.
Masih lagi tidak berkata apa-apa, Adalina hanya pandang Addison tidak berkelip. Apa gunanya dia jelaskan hal tu pada Addison. Lelaki ni akan bertunang dengan Dania juga nanti.
"Jawab saya Adalina."arah Addison dengan suara superiornya.
"Mind your own business can you?"kata Adalina sambil buat muka tak suka.
"I can't because you are my business..."mata Addison naik turun merujuk akan Adalina di depannya itu.
Adalina menjuling mata menyampah sebelum tersengih jahat. "Kalau saya ada relay dengan mana-mana lelaki ianya bukan urusan awak dan takkan jadi urusan awak. Jadi focus pada hidup awak saja." katanya semasa mendekatkan mukanya ke Addison. Menjengkelkan betul!
Kini giliran Addison pula yang dekatkan mukanya ke Adalina. Buatkan Adalina taken back dan cepat-cepat undurkan kepala ke belakang sebab tak jangka hal itu.
"You wrong princess...I have right on you and always. Stick that on your thick skull!"sebutnya dengan perlahan di depan muka Adalina.
Adalina telan air liurnya semasa pandang mata Addison. Tiba-tiba berasa kecil dekat depan lelaki ni. Dia tak suka perasaan ni setiap kali berada dekat dengan Addison. Ianya buat dia lemah dan tak berkuasa!
"Still...ianya bukan urusan awak untuk tahu."tegas Adalina dengan suara kecil.
Addison pegang kedua-dua belah arm rest kerusi Adalina, memagari kanan dan kiri Adalina dengan muka garangnya. "Beritahu saya Adalina kenapa awak buat keputusan ni?Kita boleh Bersama awak tahu taktapi kenapa awak buat keputusan ni?"dia pandang Adalina dengan kening berkerut sedih.
Bersama nafas naik turun yang perlahan, Adalina pandang Addison sekejap sebelum menundukkan matanya ke bawah dengan wajah mendung. Sebab dia tak nak biarkan keluarga dia di susahkan dengan Keluarga Angelus lagi. Cukup la apa yang dah terjadi. Sebab itu dia nekad buat keputusan untuk biarkan saja Dania yang menjadi pasangan Addison. Lagipula rancangan dia nak susahkan keluarga Angelus belum selesai lagi.
Wajah termenung Adalina di tatap Addison. Dia eratkan cengkamannya pada lengan kerusi yang di pegangnya sebab nak kawal diri dari menerkam Adalina dan telan wanita ini bulat-bulat. Semakin menipis dinding kesabaran dia. "Fine. tak perlu beritahu saya."dia tolak dirinya jauh dari Adalina. Terus sampul yang di bawa tadi di ambil sebelum di letakkan atas riba Adalina. "Ambil ni...kad jemputan ke majlis pertunangan saya."katanya dengan nada marah yang kesal sebelum bangun dari situ.
Sampul berwarna merah jambu buang sakura yang ada di ribanya di pandang Adalina Bersama perasaan terkilan. Dia pegang kad itu sebelum angkat kepala hendak memandang Addison. Namun belum sempat dia nak pandang, Addison tiba-tiba saja tunduk membongkok ke dia, lalu memegang kepala dia lalu mengucup bibirnya dengan mengejut.
Addison tarik Adalina supaya bangun dari situ tanpa melepaskan bibirnya dari bibir Adalina.
Dalam keterpaksaan Adalina pun bangun dari situ sambil pegang tangan Addison yang ada di lehernya sebelum terpaksa menjengket sebab ketinggian lelaki itu.
Sebaik Adalina berdiri, Addison lingkarkan tangannya ke sekeliling pinggang Adalina dan merapatkan Adalina ke dalam pelukannya untuk mendalamkan kucupannya. Dia tak boleh lepaskan Adalina begitu saja. Jadi sebelum apa-apa terjadi, baiknya dia lakukan hal ini sebagai ucapan selamat tinggal.