Berkumpul mereka dekat depan lobi tu dengan muka dumbfounded masing-masing masa tengok apa yang ada dekat situ. Dari pengawal sehingga la dayang dan butler. Mereka semua sebenarnya tengah sibuk nak buat kerja. Sekali lepas dengar berita yang tersebar di seluruh istana, mereka terus bergegas ke tempat itu untuk tengok betul atau tidak. Sekali tu memang betul!
Lobi utama pintu masuk istana yang awalnya tadi lapang kini di penuhi dengan berbakul-bakul bekas jambangan bunga serta belon berwarna baby blue dan putih serta deretan bekas yang di penuhi dengan pelbagai jenis snek dan coklat bar.
Tiada sesiapa di situ yang tahu apa yang berlaku. Apa mereka tahu, sampai-sampai saja di situ tempat itu sudah di penuhi dengan barang-barang tersebut.
Sedang semua orang di situ terpinga-pinga, muncul la tuan punya kes dari arah anak tangga dengan pakaian pyjama tidur. Baru terjaga dari lena hujung minggunya dengan cermin mata di di muka mamainya.
"Apa yang dah berlaku ni?"tanya suara serak bangun tidur itu.
Dengan serentak semua kepala berpaling lalu beri tunduk hormat pada puteri mahkota mereka.
"Tuan puteri, selamat pagi.."ucap semua yang ada di situ dengan tertib.
Adalina gosok matanya dengan jari dari balik cermin matanya semasa berhenti dekat depan tangga depan himpunan jambangan bunga dan belon di situ. "Siapa yang hantar semua ni?"tanya dia lagi sebelum menguap.
"Kami tidak tahu tuanku."
Kening Adalina berkerut bila dia perasan ada huruf yang tertulis dekat belon-belon di situ. Sambil menguak rambutnya ke belakang dengan mata di kecilkan, kepalanya terlentok ke kanan sedikit. "Sesiapa boleh tak tolong kutip semua belon-belon tu kemudian beratur dekat depan saya."arahnya sambil tu.
Para pengawal keselamatan dan butler yang ada dekat situ serta bergerak mengikut arahan tersebut. Dekat 20 lebih belon biru dan putih mula bergerak sana dan sini sebelum berhenti sepenuhnya dalam bentuk barisan lurus di depan Adalina sebaik mereka pegang objek tersebut di sisi.
Maka munculla satu perkataan pada deretan belon tersebut, Ianya tertulis 'I'am So Sorry Princess Adalina.'
Adalina buat muka hairan lepas baca. "Hah?"lantas dia pandang semua barangan yang ada di situ.Dah kenapa pula ada yang minta maaf pada dia.
Drit!
Drit!
Drit!
Tak semena bunyi deringan muncul dari celah cambangan bunga dan bekas snek di situ. Buatkan Adalina dan semua di situ tersentak.
"Bunyi apa tu?"tanya Adalina lagi masa selak rambutnya ke belakang telinga untuk dengat dengan jelas. "Awak punya phone ke?"tanya dia pada pengawal di depannya.
"Bukan."geleng pengawal tu serta merta.
"Cari...apa bendanya tu...saya rasa benda tu datang dari bekas-bekas depan ni.."arah Adalina yang meredah ke celah jambangan bunga di situ.
Lalu bermula la sesi pencarian dekat situ oleh butler dan para dayang yang ada termasuk Adalina sendiri. Awal-awal pagi dah kena buat kerja gila macam ni! Memang kena siapa yang buat semua ni nanti!
Tak lama mereka semua terbongkok-bongkok memeriksa sekitar tempat itu di celah bekas bunga dan bawah snek di situ, akhirnya seseorang melaung dari kejauhan. "Saya dah jumpa!"
Berdiri tegak terus Adalina, dia pandang dengan mata bulatnya. "Mana?"
Seorang butler lelaki berlari ke arah Adalina sebelum menyerahkan sesuatu seperti telefon bimbit. Telefon itu di letakkan atas tapak tangan Adalina kemudiannya. Dan pada masa ia di pegang Adalina, ianya mula berdering semula.
Hampir melompat Adalina kerana terkejut dengan getaran telefon itu. Tanpa berlengah dia sentuh butang hijau di skrin itu lantas meletakkan telefon itu ke telinganya. Dia cuma terfikir seorang saja dalam fikirannya saat ini. Tapi tak mungkin la kan!
"Hello?"tanya Adalina sambil menghadap himpunan bunga dan snek di depannya.
"Hai...awak dapat jambangan bunga tu nampaknya."suara Lucile menyapa dalam panggilan telefon tu.
Mulut Adalina jatuh tergantung sebaik mendengarnya. What the an actual fudge! "Lucile?Awak yang kirim semua ni?"tanya dia.
"Yup...saya."
"For what?"Adalina tunduk menarik sekuntum bunga ros merah dari jambangan di situ lalu di belek dengan kening berkerut tak faham.
"Seperti yang awak kata hari itu di kelab malam tempoh hari..;saya cuba cari tahu kenapa awak bencikan saya. So saya dah tahu apa sebabnya dan punca kenapa awak tak suka pada saya."beritahu Lucile dalam panggilan tu.
Tangan yang pegang bunga tadi jatuh ke sisi lepas dengar kenyataan itu. Adalina buat muka tergamam sewaktu pandang ke depan. "Macam mana awak tahu?"tanya dia sebelum telan air liur gemuruhnya. Entah apa la yang Lucile tahu.
"Bonda saya telah ceritakan segalanya kepada saya. Dan saya berasa sangat kesal di atas tindakan dia. Untuk itu saya bagi pihak bonda saya ingin mohon maaf di atas perbuatannya terhadap awak, Adalina."luah suara tu dengan perlahan dan seakan kecewa.
Adalina yang dengar terkebil-kebil sendiri. Okaaay...this is not like she thought about to happen!
"Kalau awak tak kisah, sudi ke awak datang ke kediaman kami untuk makan malam Bersama sebagai tanda permohonan maaf?"
"Hah??"nganga Adalina dengan kening berkerut.
"Ya...Bersama dengan ayahanda dan bonda saya. "
Mata Adalina gerak kanan dan kiri tidak tahu nak jawab apa. Jawab ya atau tidak?Pilih Adalina!"Um..tak apa ke?"tanya dia lepas tu kedengaran tidak pasti.
"Sudah tentu la tak mengapa."balas Lucile yang kedengaran teruja tiba-tiba.
Seperti mentol idea muncul di kepala, Adalina tersenyum jahat kemudiannya. Hak-ah la. Alang-alang dah ada pintu untuk dia masuk, apa salahnya dia ambil peluang ni untuk kenakan balik Permaisuri Diana nanti.
"Sure...why not."setuju Adalina tidak lama kemudian.
"Bagus la kalau begitu. Saya akan maklumkan pada mereka nanti mengenai kehadiran awak ke sini. Terima kasih Adalina. Awak tak tahu betapa leganya saya awak terima pelawaan ini."beritahu Lucile dengan gembira dalam panggilan tu.
Heheheh! Ya, gembira la situ sementara yang boleh. Sebab lepas ni dia akan bawakan neraka kepada mereka!