Tidak mahu berada di situ lagi, Adalina berpaling ke belakang semula. DIa nak keluar dari sini. Mission abort! Dia kena cari pelan lain! Berpaling saja dia, badannya terlanggar depan badan Lucile tanpa sengaja. Tidak sedar yang lelaki tu berdiri rapat dengannya sejak tadi.
Lucile sempat pegang pinggang Adalina selepas perlanggaran itu berlaku. Dia tunduk memandang Adalina dengan kening berkerut namun masih tersenyum. "Nak ke mana ni?"
"Balik."renggus Adalina semasa mahu selinap ke kiri Lucile. Tapi tak sempat dia nak bergerak, Lucile pegang pinggangnya dengan erat dan buatkan dia bersandar pada badan tu dan tangan dia melekap pada dada bidang Lucile. Serta merta dia dongakkan kepala memandang muka Lucile dengan kening berkerut.
"Kita baru sampai, tak ke rugi kalau awak dah pakai cantik-cantik seperti ini kemudian balik begitu saja?"tanya Lucile di depan muka Adalina. "Kian beritahu awak perlukan teman..so..I'm here now..."ajunya sambil menjungkit kening.
"Yeah...you right. But I didn't know that man could be you."Adalina tolak dada Lucile supaya dapat jauhkan diri. Sekali tu Lucile malah dorong dia supaya bersandar lebih rapat pada dada tu.
"Kenapa awak tak suka saya?"tanya Lucile sambil lentokkan sedikit kepalanya seakan dalam kedudukan bersedia mahu mengucup Adalina. Tapi tidak.
Adalina pandang tak berkedip ke mata Lucile. Pergh! Padu gila soalan tu. Kalau dia beritahu sekarang apa agaknya reaksi Lucile ya?
"Kalau awak beritahu saya alasan yang kukuh kenapa saya tak boleh jadi teman awak...saya akan lepaskan awak."tanya Lucile lagi sambil pandang bibir Adalina dengan renungan menggodanya.
Tercabar dengan soalan itu, Adalina pun apa lagi. Ingat dia ni apa?Kalau Lucile berani, dia lagi la berani. Tanpa rasa takut, Adalina dekatkan bibirnya ke depan bibir Lucile sambil sengetkan kepala sama seperti Lucile lakukan. "Awak nak tahu apa sebabnya?"tanya dia dengan nada menggoda.
Lucile tak bergerak, dia hanya biarkan jarak mereka intim seperti itu kerana dia suka berada dekat dengan wanita yang terkenal dengan khabar angin yang suka berfoya-foya dengan ramai lelaki. Dan sekarang dia tahu kenapa. Sememangnya Adalina seorang wanita yang penuh dengan charming vibe. Aura yang boleh buatkan orang rasa craving nak dekat walaupun hanya sekadar pandang saja.
"Beritahu la apa sebabnya."balas Lucile.
Senyuman menggoda Adalina jatuh kepada sinis dan renunganya penuh dengan perasaan benci. "Sebab Angelus punca nama baik saya di burukkan...dan semua perkara yang terjadi pada saya selama ni. Dan sekarang awak dah tahu kenapa bencikan awak?"beritahu dia dengan sinis sebelum tarik sengih meleret mengejeknya.
Perlahan-lahan Lucile jatuhkan tangan dia dari pinggang Adalina dan pandang terkejut ke Adalina. "Apa maksud awak?"tanya dia.
Dada Lucile kemudiannya di tolak Adalina lepas pelukan lelaki itu menjadi longgar. Dia undur dua langkah ke belakang nak cari nafas sambil beri renungan mencerun mengejek. "Lah...takkan dah lupa identity awak siapa. Awak adalah putera mahkota Istana Angelus bukan?Anak kepada Permaisuri Diana?"
"Apa kaitan keluarga saya dengan diri awak?"Lucile kerutkan kening tak faham.
"Kenapa awak nak tahu? Supaya awak boleh beritahu pada bonda awak dan hentikan saya macam tu?"Adalina silangkan tangan ke dada lalu pandang penuh dengan benci ke Lucile.
Pergi mampus dengan pelan dia nak sakitkan hati keluarga Angelus. Hadap seorang dari mereka pun dah buat dia menyirap teruk! Inikan lagi satu family?Memang tak la. Better dia bom terus satu family ni habis cerita!
"Saya tak faham Adalina. Beritahu saya." desak Lucile lagi sewaktu memegang lengan Adalina lalu digoncang lengan tu dengan perlahan.
Berdengus tak percaya Adalina dibuatnya. Lah takkan la Lucile tak tahu apa yang bonda kesayangan lelaki ni telah lakukan terhadap dia? Sudahlah sebarkan fitnah tentang dia. Kemudian buatkan dia putuskan hubungan persahabatannya dengan Dania. Tak cukup dengan tu, sanggup sampaikan berita tak baik mengenai dia kepada mendiang datuknya hingga melarat teruk sakit orang tu tu!
Kesian betul Lucile ni!
"Cari tahu sendiri...mana seronok kalau saya beritahu macam tu je dekat awak"terus dia rentap lengannya dari cengkaman Lucile lantas berlalu pergi dari situ dengan langkah jengkel. Nasib baik tangan dia tak naik tampar muka tu! Rambut yang jatuh di dadanya di selak ke belakang dengan rimas sambil tu. Tak guna betul! Rosak semuanya!
Damn it!