Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 54 - 54. Langit cerah tapi hujan lebat

Chapter 54 - 54. Langit cerah tapi hujan lebat

Kemangkatan bekas raja Ronia tersebar di sleuruh negeri sehari selepas laporan bedah siasat dikeluarkan oleh pihak istana. Tanpa melibatkan pihak media dan orang ramai, Keluarga Ronia adakan majlis pengebumian secara tertutup dan terhad buat ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja bagi menghormati mendiang raja dan keluarga rapat.

Pada hari pengebumian itu semuanya berjalan dengan lancer, cuma terganggu gara-gara hujan yang turun pada waktu cerah di tengah hari itu. Hampir tiga jam majlis pengebumian diadakan mengikut adat isitadat diraja dan diakhiri dengan tembakan Meriam beberapa kali di Udara.

Setelah itu keadaan kembali kepada normal. Cuma semua ahli keluarga diraja perlu mengenakan pakaian berkabung mereka untuk beberapa tempoh yang ditetapkan dan ikut akan pantang larang yang perlu dituruti sehingga la tempoh berkabung di tamatkan.

Jadi seisi Istana Ronia semuanya di hias dengan tema berkabung. Dari pekerja sehingga la kaum kerabatnya sendiri mengenakan pakaian berwarna muram tanpa corak. Tidak bersolek mahupun makan besar.

Semenjak hari pemergian datuknya, Adalina yang tolong uruskan urusan bondanya. Disebabkan Permaisuri Fiona masih berduka dengan pemergian satu-satunya orang tua yang dimilikinya selepas bondanya meninggal dunia sewaktu Permaisuri Fiona hamilkan Aiden. Dan kini kedua-dua orang tuanya sudah tiada. Permaisuri Fiona agak murung mengenai hal itu.

Dari urusan istana hingga la urusan kerja rasmi Permaisuri Fiona, Adalina handle sebaik mungkin untuk beberapa hari sehingga la Permaisuri Fiona sedia untuk buat kemunculan kepada umum.

Sementara itu Raja Eden jalankan tugasnya sebagai raja seperti biasa dengan mood berkabung.

"Tuan puteri.."panggil Dayang Nina semasa menghadap meja dimana Adalina sedang duduk menghadap dokumen dan kertas penting milik Permaisuri Fiona.

"Ya?"sambut Adalina dengan perlahan tanpa mengangkat kepalanya dari meneliti belanjawan pusat kebajikan anak Yatim dan hospital kanak-kanak pesakit kanser.

"Kita dikujung tetamu. Saya telah maklumkan hal ini pada Bendahara, namun Raja Eden tiada di istana kerana lawatan lapangan ke tempat pembinaan jambatan baru di luar daerah ni."beritahu Dayang Nina.

Baru la Adalina angkat kepalanya. Dia pandang Dayang Nina dari balik cermin matanya. "Siapa?Adakah kedatangan mereka di sini telah dimaklumkan awal dari pihak mereka sebelum ke sini?"

"Sudah tuan puteri. Ianya dimaklumkan kepada Raja Eden. Nampaknya baginda lupa untuk maklumkan hal itu pada tuan puteri."kata Dayang Nina lagi.

Adalina mengangguk kepala. "Sudah pelawa mereka masuk?"tanya dia semasa bangun dari situ dan keluar dari meja kerja itu.

"Mereka berada di ruang Utama."Dayang Nina tunduk pada Adalina semasa Adalina jalan melepasinya.

"Bawa saya jumpa mereka kalau begitu. Tak elok pula dibiarkan tidak di hadap."seloroh Adalina sewaktu betulkan kemeja hitam yang di tuck in dalam skinny jean hitam. Rambut Panjang yang tidak terurus kemudinnya di sanggul tinggi ke atas sebelum di selitkan dengan sebatang sanggul jed hijau.

Dayang Nina dekat belakang hanya pandang tepi muka Adalina dengan perasaan teragak-agak. Dia tidak tahu adakah patut dia beritahu sekarang atau nanti siapakah tetamu mereka ini. Dan Dayang Nina diam tak cakap apa-apa sehingga la Adalina dan dia tiba di pintu masuk ruang Utama Istana.

Adalina yang masih tunduk menyanggul rambut itu berjalan masuk ke ruangan tersebut tanpa berfikir apa-apa sebab dia sendiri tengah serabut dan pening menghadap tugas bondanya. Selesai menyanggul baru la dia turunkan tangan dan pandang ke depannya.

"Maaf kerana menunggu lama."tegur dia apabila melihat seorang lelaki bersut hitam berdiri membelakang dia menghadap bingkai gambar keluarganya di dinding. Adalina jalan menuju ke arah orang itu tanpa memperlahankan langkahnya.

Sehingga la lelaki itu berpaling lalu menghadapkan badannya ke Adalina, menayangkan wajahnya ke Adalina tanpa teragak-agak.

Nampak saja muka itu, Adalina terus berhenti dari berjalan serta merta dekat situ dan berdiri tegak menjadi patung sewaktu pandang terkejut ke depannya.

"Tak mengapa."jawab Putera Addison dengan suara dalam seriusnya.

Adalina mengetap giginya semasa pandang muka handsome di depannya. Entah kenapa dia berasa lega lepas Nampak muka yang selama ini menjadi igauan dalam tidurnya. "Putera Mahkota"sapanya dengan tertib dan berbuat seakan dia tidak pernah temui Addison atau kenali lelaki ini sejak awal.