Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 46 - 46. Angin Satu Badan

Chapter 46 - 46. Angin Satu Badan

Makan malam tu Adalina terlewat turun sebab dia bangun lambat dan bersiap lewat. Maka terkocoh-kocoh la dia ke ruang makan tu. Dah tak peduli nak kenakan pakaian apa. Asalkan dia pakai baju sudah.

Sesampai saja dia di dewan makan itu, ternyata hanya Puteri Adalusia dan Puteri Dania saja ada di situ. Kelibat Addison mahupun Annastasia belum kelihatan.

Sambil pandang bingung ke dua orang itu, Adalina di bantu dengan seorang butler untuk duduk. Lelaki tu tolong tarikkan kerusi keluar bawah meja, lepas Adalina dia tolakkan semula ke dalam.

"Kau orang je?Ratu tak sampai lagi?"tanya Adalina semasa butler yang sama tolong letakkan napkin dekat atas ribanya.

"Nampak ada orang lain ke dekat sini?"tanya Puteri Dania dengan nada grumpy dia.

Adalina mencebik bibir. "Aku tanya elok-elokkan yang kau nak menyentap kenapa?" balasnya.

Puteri Andalusia yang ada dekat sebelah kanan kerusi Adalina bersuara. "Kenapa tanya kita orang, bukan ke kamu yang jaga Ratu selama beberapa hari ni..."

"Memang la aku jaga, tapi bukan babysit dia. Beza dekat situ okay. Yang kau orang ni grumpy macam perempuan nak monopos dah kenapa?"seloroh Adalina dengan muka tak faham dia.

Dan masa itu la seorang pembantu dapur datang bersama hidangan dekat tangan lalu meletakkan makanan dihadapan Adalina.

"Boleh tak diam?Rimas lah dengar suara kamu ni. Tahu tak orang tengah serabut kamu sibuk tanya itu ini..ingat kita orang ni apa?Kawan kamu?" sentap Puteri Andalusia tiba-tiba.

Adalina menjegil mata bulat. Hak-alah. Dah kenapa. Nak emo tiba-tiba. "Kau kenapa sebenarnya ni?Sesuatu berlaku ke?Marah tak pasal-pasal...putus cinta apa."katanya sambil capai garfu dan pisau hendak makan.

Puteri Dania hanya menjuling mata menyampah dengan situasi di depannya. Dua orang ni kalau berjumpa tak bergaduh tak hidup agaknya. Mesti ada saja yang hendak dibalahkan.

Sementara Puteri Andalusia yang berasa trigger dengan perkataan terakhir yang disebut terus bangun dari kerusinya lalu berarak mendekati Adalina.

Tidak menyedari akan kehadiran Puteri Andalusia ke tempatnya, Adalina yang baru saja kerat makanan dan dicucuk dengan garfu mula mahu menyuap makanan ke mulutnya.

Sesaat sebelum makanan itu sentuh mulutnya, masa itu la tangan Adalina yang memegang garfu di tampar kuat sampaikan garfu dan makanan tersebut terpelanting jauh. Tak cukup dengan itu pinggan makanan Adalina kemudiannya di hempas jatuh ke lantai sehingga ia pecah terbelah.

Serta merta Adalina menahan nafas terkejutnya dengan tindakan itu. Sumpah senak dada dia sekarang ni. Perempuan ni dah kenapa! Gila dah ke! Ya tuhanku. "Apa ni Puteri Andalusia?"tanya dia dengan muka terkejut. Nak menangis pun ada.

"Kau tanya kenapa?"Andalusia dengan kasar cekau kolar baju hoodie Adalina dengan kasar lalu bangunkan Adalina dari kerusi lalu di paksa berdiri depan dia. "Kau tanya aku kenapa dengan aku!!!"tempiknya dengan lantang.

Adalina pegang tangan Andalusia dengan mata terbutang luas. "Lepaslah..apa masalah kau ni?"

Masa itu la Andalusia tolak Adalina dengan kuat ke lantai sehingga buatkan Adalina jatuh terduduk dekat lantai tu.

Berkerut muka Adalina sebab kesakitan.

Tak sempat nak buat apa-apa atau bangun dari situ, Adalina kemudiannya di terkam dengan Andalusia sebelum wanita itu pukul tampar Adalina dengan rambang berkali-kali.

"Perempuan tak guna!Perempuan tak guna!Sebab kau aku terpaksa berpisah dengan Loui sekali lagi..."luah Andalusia sewaktu memukul Adalina. Dia cengkam rambut Adalina lalu digoncang kepala tu dengan geram.

Puteri Dania bangun dari situ sebelum gerak mengelilingi meja makan untuk dapatkan Puteri Andalusia.

Butler dan dayang yang kebetulan ada dalam ruang itu berlari ke tempat dimana Adalina sedang dihempap oleh Andalusia.

"Apa kau merepekkan ni!"teriak Adalina dari balik pergelutan. Dia tak melawan tapi hanya lindungkan dirinya saja dari serangan Andalusia.

Tanpa berhenti, dia terus menerus memukul Adalina."Aku tahu mesti kau yang bawak mulut dekat Putera Mahkota sampaikan Bendahara Loui di buang kerja dan dihalau keluar dari istana ni sebab dapat tahu hubungan rahsia kita orang! Kalau bukan kau siapa lagi yang mulut jahat dekat sini yang suka susahkan hidup orang!"jerit Andalusia.

"Tuan puteri hentikannya!"arah butler yang ada sewaktu mecempung tubuh Andalusia bangun dari Adalina.

"Arggh!"ngaum Andalusia membebaskan diri dari kekangan mereka lalu kembali sakiti Adalina.

Puteri Dania yang takut dirinya akan disakiti hanya mampu berdiri dekat situ memerhati Puteri Andalusia melepaskan tantrum. Dia tak faham apa yang sedang berlaku.

Dayang jangan cakap la mereka sendiri lagila takut nak dekat.

Butler lelaki bukan tak nak halang. Mereka takut kalau mereka salah pegang jadi kes lain pulak nanti.

Adalina pandang Andalusia dengan muka terpempan. Bendahara Loui dah kena buang? Dia terlalu terkejut sampai terlupa untuk lindungi mukanya. Takkan la-

Sekali bila Andalusia angkat tangan nak tampar muka tu,

"ANDALUSIA!"jerkah suara tu selantang-lantangnya.

Bergema la ruang makan tu dengan suara lantang tersebut. Sampai ada yang dengar merinding hulu roma.

Puteri Andalusia terduduk dekat lantai serta merta kerana tersentak.

Habis kejung menjadi patung semua dekat situ sebab terkejut. Masing-masing palingkan kepala ke arah pemilik suara tersebut dengan serentak.

Sebaik saja semua mata terarah pada lelaki berwajah berang dekat depan pintu masuk itu, para dayang, butler mahupun puteri Dania dan Andalusia yang ada dekat situ terus melutut dekat lantai dengan kepala tertunduk ke bawah.

"Putera mahkota."sambut mereka.

Ratu Annastasia yang terkejut dengan apa yang dilihat dan di dengari tadi hanya diam dekat sisi anakandanya. Andalusia apa?Bercinta dengan Bendahara Loui!?

Adalina pula sudah terpisat-pisat hendak bangunkan diri dari situ dengan sendiri memandangkan semua orang sedang melutut submit diri pada orang yang melaung dengan lantang tadi.

Bersama muka berang, Addison bergegas mendapatkan Adalina lalu berlutut di situ bangunkan Adalina. Luruh hati dia bila tengok apa yang Andalusia buat tadi.

Habis serabut rambutnya, cermin mata nerd senget dekat muka dan ada sedikit calar di muka tu. "Awak tak apa-apa?"tanya Addison semasa menyapu rambut Adalina yang bersepah dekat muka tu ke belakang telinga dengan lembut.

Adalina apa lagi, dia jeling bengang ke Addison la. Kalau mata dia ada laser, lama dah otak Addison cair.

Lelaki ni memang nahas la dia kerjakan nanti. Kenapa la pandai sangat buat keputusan tanpa beritahu dia. Suka hati je berhentikan Bendahara Loui tu kenapa. Kan tak pasal-pasal Andalusia salah faham dengan dia.

Haish...macam sh*t je la semua ni.

Dia belum sempat nak jamah apa-apapun. Sedih betul la kalau selalu macam ni.

Kenapa la orang dengki sangat dengan dia setiap kali dia nak makan.

Huhuks!