Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 49 - 49. After One Another

Chapter 49 - 49. After One Another

Akhirnya selepas penantian selama dua minggu, tiba la masanya untuk test terakhir sebelum pemilihan calon isteri putera mahkota berakhir. Semua orang nantikan hari ini. Kerana mereka ingin tahu siapa yang bakal terpilih.

Adakah Puteri Dania yang terkenal dengan sikap tenang dan collectednya dan delicate.

Atau

Adakah Puteri Adalina yang terkenal dengan sikap berterus terang dan selamba tak peduli pandangan orang lain yang bakal di pilih.

Maka pada pagi Isnin, Ratu Annastasia telah buat keputusan untuk maklumkannya sewaktu makan pagi di ruang makan memandang Raja Josiah akan pulang tak lama lagi. Dia fikir eloknya di selesaikan sebelum suaminya pulang supaya lebih mudah.

Setelah Puteri Andalusia dihantar keluar dari istana. Adalina telah minta Addison uruskan soal keberadaan Loui dan maklumkannya kepada Puteri Andalusia. Lelaki itu menurut seperti yang Adalina minta. Dan sehari selepas itu, Adalina dapat makluman dari Puteri Andalusia melalui media social dimana wanita itu post status dimana dia bergambar dengan Loui sambil mengucup pipi lelaki tu Bersama cincin lamaran di jari manis dia. Berasa puas hati dengan keputusan yang di terima Adalina pun menerima permintaan Addison untuk memenangi pusing terakhir ini dan lakukan sebaik mungkin.

Namun apakan daya, kita manusia hanya bisa merancang, tapi Tuhan yang menentukannya.

Knock!

Knock!

Pintu bilik di ketuk sebelum daun pintu itu di tolak ke dalam tanpa menunggu orang di dalam menyahut.

"Tuan puteri.Sesi makluman untuk test terakhir akan ber-"Dayang Lucia terdiam bila nampak Adalina duduk dekat birai katil dengan telefon melekap dekat telinga dan berwajah muram.

"Faham."balas Adalina dengan nada mendatar.

Dayang Lucia berdiri diam dekat situ. Dia pandang Adalina dengan renungan ingin tahu.

"Anakanda akan maklumkan kepada mereka."jawab Adalina lagi. Dia diam memandang ke lantai dengan renungan sugul sewaktu mendengar apa yang disampaikan oleh ayahandanya dalam panggilan.

"Ayahanda telah maklumlan hal ini kepada Raja Josiah. Baginda telah berikan titah rasmi. Jadi kamu boleh kemas dan pack secepat mungkin kerana orang ayahanda sudahpun dalam perjalanan ke sana."ujar Raja Eden dalam panggilan.

Adalina yang dengar hanya mampu mengangguk kepala. "Baik."

"Itu saja. Yang lain kemudian setelah kamu tiba di Ronia nanti."panggilan itu terputus.

Bersama wajah tiada semangatnya, Adalina turun telefon skrin sentuh dari telinga perlahan-lahan sebelum tangan dia jatuh di riba tiada tenaga. Elok tadi dia bersemangat hendak jalankan misinya. Kini semua tenaga itu terbang Bersama rohnya yang bergetayang keluar dari tubuh sebaik mendengar berita yang disampaikan oleh ayahandanya sebentar tadi.

"Tuan puteri.."panggil Dayang Lucia tidak lama selepas itu.

Adalina pun angkat kepala dia tida mood dan memandang Dayang Lucia. "Coming."sambutnya sebelum bangun dari katil tu dan mula berjalan menuju ke Dayang Lucia.

Hairan dengan air muka Adalina yang kelihatan mendung seperti mahu hujan, Dayang Lucia pegang lengan Adalina dan berjalan sama-sama menuju ke arah pintu. "Tuan puteri tak apa-apa?"tanya dia sambil tilik tepi muka tu.

Adalina hanya diam menundukkan pandangannya ke lantai. "Tak ada apa-apa."balasnya sebelum angkat kepala dan pandang ke depan dan pasang muka seperti tiada apa-apa yang berlaku. "Jom la."ajaknya.

Masih ragu-ragu dan tidak pasti sama ada patut percaya atau tidak dengan jawapan Adalina, Lucia hanya menurut. Dia jalan Bersama Adalina sehingga tiba di ruang makan.

Masuk saja ke dalam ruangan itu, suara orang gelak ketawa dan suasana riang terus menyapa telinga. Buatkan Adalina yang dengar pandang sekeliling ruang itu dengan renungan kosong. Ratu Annastasia yang sedang ketawa sambil memandang Putera Addison. Sementara Puteri Dania yang riang tersenyum cantik di sebelah kerusi Puteri Addison. Dan bila mereka palingkan kepala ke arah Adalina, senyuman mereka jatuh dari wajah.

"Ah..dah datang ke?Jemput la duduk. Maaflah kalua kami makan dulu tanpa menunggu kamu."kata Ratu Annastasia dengan nada sindirnya. "Makan la dulu. Saya tunggu kamu selesai makan."ujar dia semasa isyaratkan butler untuk bawakan makanan buat Adalina.

Putera Addison pandang ke Adalina yang kelihatan cantik dengan dress baby blue off shoulder itu pandang dengan minat ke wanita itu sambil tersenyum handsome.

"Tak mengapa."tolak Adalina serta merta hingga membuatkan butler tadi terhenti dari langkahnya.

Sementara Ratu Annastasia berhenti beri renungan tak suka pada Adalina lalu tersenyum. "Kalau macam tu kita terus ke topik Utama kita la."sambungnya lagi."Saya perlu sampaikan test terakhir untuk kamu dan Dania."

Sekali lagi Adalina menggeleng kepala. "Tuanku tak perlu susah-susah. Saya rasa tanpa test itu kita semua sudah tahu siapa yang akan menang...tak begitu Puteri Dania."kata dia semasa mengerling ke Dania.

Addison berkerut kening pelik lepas perasan ada yang tak kena pada Adalina.

"Kenapa kamu berkata begitu?"senyum Ratu Annastasia. Sedar diri rupanya. Ingatkan tak sedar langsung.

Bersama renungan mengalahnya, Adalina pandang ke Putera Addison buat beberapa saat sebelum pandang ke sekeliling ruangan itu dimana para butler dan dayang yang sudah pun jadi sebahagian dari hidup hariannya di Genovia lalu ke Ratu Annastasia yang dia sudah anggap seperti kawan karibnya. "Saya dapat titah dari Raja Eden dan Raja Josiah secara rasmi sebentar tadi mengenai pelucutan saya dari pencalonan bakal isteri putera mahkota. Dengan itu pemenang rasminya adalah Puteri Dania secara automatiknya."beritahu dia yang mengingat kembali bait-bait kata ayahandanya dalam panggilan tadi.

Flashback....

"Adalina, ayahanda tak tahu apa yang kamu telah lakukan di sana, tapi ayahanda rasa baiknya kamu Tarik diri dari sana. Berita buruk dan tak baik tersebar mengenai kamu banyak berlegar dalam media dan media social kebelakangan ini hingga ianya sampai ke telinga Datuk kamu. Baginda sangat murka. Sehingga dia buat siasatan mengenainya. Dan kamu tahu siapa dalangnya?"

"Siapa?"tanya dia.

"Keluarga Puteri Dania sendiri. Mereka buat semua itu untuk hapuskan kelayakan kamu dari pencalonan itu yang mana berjaya. Rakyat banyak membantah dan malah mereka telah melakukan perkara tak baik termasuk reka video lucah dan pelbagai gambar tak elok kamu dalam bentuk editing. Hal ini telah buatkan datuk kamu tertekan dan kini dia sudah jatuh sakit. Untuk itu Ayahanda telah buat permohonan rasmi secara langsung kepada Raja Josiah mengenai hal ini. Baginda telah bersetuju."

Dia tak terkejut dengar berita yang nama baik dia diburukan, tapi dia bersedih sebab Keluarga Dania telah libatkan datuknya sekali dalam hal ini sampaikan jatuh sakit orang tua tu. "Sejak bila hal ni terjadi?"tanya dia.

"Dua minggu lepas sejak berita puteri camelia di singkir. Sejak tu berita buruk mengenai kamu tersebar. Pulanglah ke sini. Bonda kamu turut berduka dengan berita ini. Kita lawat datuk kamu. Tak perlu berlawan lagi. Mengalah buat kali ni. Demi datuk kamu."

End of flashback....

"Apa dia?"tanya Ratu Annastasia dengan muka terkejut dia. "Suami beta tidak beritahu mengenai hal itu pun?"

"Seperti yang saya beritahu tadi. Saya baru saja di maklumkan mengenai hal ini sebentar tadi. Jadi tuanku tak perlu susahkan diri untuk beritahu test terakhir tu. Sebab saya takkan sertainya."kata Adalina.

"No!"bantah Addison serta merta. "What you doing! You can't do this. You promise me.."

Adalina pandang serba salah ke Addison. "Maafkan saya."ucap dia semasa pandang ke Dania. Mungkin Dania tidak tahu mengenai ini sebab yang bencikan dia bukannya Dania tapi Ibu Dania. Jadi semua ini pasti onar dari orang tu Dania. Jadi dia tak simpan apa-apa dendam dalam hal ni sebab tiada guna pun.

Addison menggeleng kepala tak percaya sewaktu pandang ke Adalina dengan perasaan kecewa dia.

"Kalau begitu saya minta diri terlebih dahulu. "dengan sopan Adalina beri tunduk hormat sambil meletakkan tangan di dadanya. "Terima kasih untuk segalanya."katanya sewaktu perlahan-lahan berdiri dan menghadap mereka di situ. "Selamat menjamu selera semua."dia pandang ke Dayang Lucia lalu tepuk bahu tu dengan lembut. "Tak perlu hantar saya. Saya akan uruskannya sendiri."pesannya.

Dayang Lucia yang ada dekat situ dah buat muka nak menangis. Dia pandang ke Ratu Annastasia. "Tuanku.."panggil dia masa Adalina bergerak pergi dari ruang tu.

Addison yang terlampau terkejut dengan hal itu sudah terduduk dekat kerusi makan. Lemah lutut dia dibuatnya.

Sementara Puteri Dania yang tak faham apa yang telah berlaku duduk dekat situ perhatikan suasana dalam ruang itu. Semua orang dekat situ semua terkejut dan buat muka macam orang baru diputuskan hubungan je. Termasuk dayang dan butler dekat situ.

Ratu Annastasia pandang ke Dayang Lucia. Dia sendiri tak tahu nak cakap. Sebab semuanya tiba-tiba.