Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 44 - 44. Homecoming King

Chapter 44 - 44. Homecoming King

Beberapa hari kemudian.

Bersama semangat berkobar-kobar tidak sabarnya, dia pandang keluar cermin kereta. Melihat kenderaan yang membawa dia semakin hampir ke arah pintu masuk istana. Selama seminggu lebih dia pergi jauh dari istana.

Buat pertama kali dalam seumur hidupnya dia rasa begitu rindu akan rumahnya sendiri sepanjang dia dewasa. Dulu dia tak kisah. Sekarang memandangkan dia tahu ada yang penting tinggal di dalam istana ini, dia berubah angin.

Sebaik kereta tu berhenti dan belum sempat hand break lagi, Addison terus buka pintu kereta dan keluar dari kenderaan tersebut lantas bergegas masuk ke dalam istana dengan langkah kakinya yang luas.

Namun sebaik saja dia jejak kaki melepasi pintu masuk istana tersebut, Addison berhenti sekejap kerana terkejut. Dia terpana dengan keadaan sekeliling istana itu. Ianya kelihatan baru dan lebih.berseri?

"Anakanda!"suara ceria serta merta menyapa dia dari arah anak tangga.

Dia yang dengar terus angkat kepala dongak ke arah tangga. "Bonda."Addison Tarik senyuman lebar lepas Nampak Ratu Annastasia yang kelihatan anggun dan lebih ceria dari sebelumnya.

Ratu Annastasia terus turun anak tangga itu tergesa-gesa. Setiba di bawah, dia terus lemparkan dirinya ke dalam pelukan anaknya. "Kamu dah pulang akhirnya."

Addison dakap Ratu Annastasia seeratnya lalu mengucup mahkota bondanya dengan kasih sebelum leraikan pelukan tersebut. "Apa yang dah berlaku dekat istana.Kenapa it look different?"tanya dia apabila perasan yang dia dapat lihat keadaan di situ lebih berkilat dari sebelumnya. Hiasan di situ seakan telah di gubah dan di gilap licin.

"Apa yang peliknya?"tanya Ratu Annastasia dengan senyuman penuh maksudnya.

"Tak adalah..cuma pelik je. Apapun. Macam mana semuanya dekat sini?Okay?Bonda okay?Puteri-puteri dekat sini buat hal ke sampai susahkan bonda?"tanya Addison tidak sabra.

"mereka baik-baik saja. Puteri Andalusia ada di laman sedang melukis. Puteri Dania berada di bilik muzik sedang main muzik."beritahu Ratu Annatasia.

Kening Addison berkerut bila bonda dia tidak sebut nama satu lagi. "Bagus la kalau macam tu. Mana Puteri Adalina?"

Ratu Annastasia menjungkit bahu. Sejak beberapa hari lepas menjaga dia dan istana. Adalina mungkin sedang tidur mati dalam bilik paling tidak pun terbongkang dekat taman biasa Budak tu melepak. "Entah la. Bonda tak Nampak dia berkeliaran satu hari ni. Biarlah dia. Kamu pasti penat bukan. Nak bonda pesan tukang masak untuk siapkan makanan untuk kamu ke?"

Addison menggeleng kepala perlahan. "Tidak mengapa. Anakanda boleh uruskannya sendiri. Bonda rehatla. Anakanda naik ke bilik dulu kalau begitu."pamitnya sedaya upaya buat seakan dia tidak tergesa-gesa.

"Betul ni?Kalau nak bonda beri pesan pada Dayang Nadia."ulang Ratu Annastasia.

"Ya. Tak mengapa."angguk Addison dengan perlahan.

"Yalah kalau begitu. Anakanda rehat la sana. Kita jumpa sewaktu makan malam nanti."tepi lengan tu di tepuk Ratu Annastasia.

"Okay."balas Addison.

Ratu Annastasia pun berpaling dari situ dan meneruskan perjalanannya semula untuk ke bilik kerjanya untuk menyambung kerja mengaitnya.

Bila dia Nampak bondanya telah menjauh, Addison terus pecut mendaki anak tangga untuk ke tingkat dimana bilik Adalina di tempatkan. Kalau tiada dalam bilik, tahu la dia mana nak cari Adalina lepas ni.