Dekat 100 orang lelaki berpakaian serba hitam dan keemasan beratur dalam barisan di lobi. Saling berborak sesame mereka dengan suara yang perlahan. Ada yang sibuk bertanya kenapa mereka di kumpulkan. Ada yang merungut sebab waktu mereka main game dalam bilik rehat terganggu. Ada yang menguap garu kepala dengan muka bangun tidur. Ada yang berpakaian serba tak lengkap macam orang mabuk. Ada jugak yang berdiri dekat situ dengan tertib dan kelihat berdisiplin,
Selepas 10 minit mereka berdiri dekat situ tanpa sebab, akhirnya satu kelibat seseorang mengenakan dress labuh warna baby blue cekak leher lengan Panjang berseluar di atas puncak tangga.
Perasan akan kehadiran orang tu, semua di situ senyap lantas palingkan kepala ke arah wanita berambut hitam berkilat yang sedang menuruni tangga dengan langkah anggunnya tanpa berkedip dan mulut terbuka sedikit.
Adalina selak rambut ke belakang telinga sewaktu dia tunduk memandang langkahnya kerana kasut tumit tinggi yang dipakainya lalu angkat kepala memandang ke depan sejurus itu. Dan bila dia pandang ke depan, seakan melihat sekumpulan pasukan bala tentera dengan renungan menakutkan, langkah dia terhenti dekat anak tangga tu serta merta.
Mak aih!
Ramai gila!
Nak bina kem tentera apa dekat sini!
Mata berkanta sentuh itu berkedip dua kali mahu pastikan apa yang dilihatnya benar-benat bukanya ilusi. "Ini saja?"soal Adalina lepas tu.
"Tuan puteri nak berapa ramai lagi?"seloroh seorang dari mereka dalam kumpulan.
Adalina pegang tembok batu pemegang tangga itu lalu sandarkan sikit badannya ke tembok itu. "Mana la tahu ada yang tak berkumpul lagi ke jaga anak bini ke kan..."kata dia.
Mereka di situ hamper hendak tersengih lepas dengar. "Kami semua di sini semua single lagi. Belum ada yang berkahwin."seloroh mereka lagi.
Adalina berdengus tak percaya. Dia buat muka. "Ah sudah. Kau orang jangan nak buat punch line dekat sini. Aku suruh kumpul ni pun sebab urgent."dia kembali tunduk pandang tangga sebab nak turun lagi.
Dan masa itu ada tangan muncul dekat depan mukanya.
Hairan, Adalina pandang tangan tu lalu terpandang muka lelaki berwajah dingin dengan postur badan tertib seperti seseorang yang berdisiplin. "What?"tanya dia blur-blur.
"Saya takut tuan puteri terjatuh pula masa turun tangga dengan kasut tinggi tu."kata butler itu.
"It okay..I can handle it."tolak Adalina sewaktu tolak tangan tu ke tepi.
Butler itu beri tunduk hormat lalu berdiri ke tepi untuk beri laluan kepada Adalina. Namun dia perhatikan langkah itu dengan teliti senyap-senyap.
Setelah menunggu Adalina tiba di lantai, mereka semua berdiri tegak dan meletakkan tangan di belakang badan dan mula focus pandang ke depan tanpa menunggu arahan di berikan. Ianya adalah naluri mereka bila lihat seseorang yang kelihatan lebih superior dari mereka.
"Okay, memandangkan semua ada dekat sini. Aku cakap simple yang boleh. Sebab kau orang lelaki kan tak suka dengan perempuan banyak bercakap, especially perempuan macam aku. So firstly boleh tak pecah kepada tugas dan kumpulan masing-masing. Macam guard, gardener, engieneering, house keeper, dan etc."sebut Adalina.
"SUDAH!"jawab mereka dengan serentak.
Terkejut sekejap Adalina bila dengar suara tu. "Oookaayy."leret dia dengan muka terkejut. "Memandangkan bendahar Loui tak ada. Aku akan ganti tempat dia buat sementara waktu ni supaya kau orang semua tahu nak bergerak. Tak apa kan kalau tuan puteri yang menyakitkan hati dan perasan bagus ni bossing kau orang?"tanya Adalina.
Semua dekat situ pandang ke arah Adalina dengan renungan terpempan. Terasa sikit dengan kata-kata itu. Namun tiada siapa yang balas akan komen tu sebaliknya bertanya.
"Kenapa tuan puteri gelar tuan puteri macam tu?"tanya seorang dari mereka dari barisan belakang.
Adalina tersenyum comel. Dia menjungkit bahu. "Mana la aku tahu. Bukan ke itu yang kau orang suka gosipkan dekat sekeliling istana ni?"kata dia sambil bawa naik ipad ke depan mukanya. "No chit chat anymore. Back to work."
Mereka semua kemudiannya mendiamkan diri.
"Second aku nak setiap ketua bahagian maju ke depan termasuk assistance dan back up leader."arah Adalina sewaktu scroll skrin ipadnya dan teliti butiran jadual kerja Istana Genovia yang Kian berikan kepada dia tempoh hari.
Tak lama selepas itu dekat 15 orang lelaki berkumpul depan Adalina dalam keadaan berdiri tegak.
Pandang saja Adalina ke mereka, Adalina mengangguk kepala ke mereka meminta izin. "Shall we start now gentleman?"aju dia dengan renungan bersinar yang bersemangatnya. Lama dah dia tak buat kerja-kerja istana ni sejak keluar dari istana Ronia. Entah apa khabar agaknya mereka dekat sana.
"Baik!"sahut mereka.
"Kalau macam tu dengar elok-elok."pesan Adalina kepada 15 orang lelaki Utama di depannya sementara yang lain dekat belakang memasang telinga.