Dulang yang berisi makanan yang tidak terusik di letakkan dengan lesu oleh Dayang Carla dekat atas island dapur tu sebelum dia terduduk dekat bangku dengan letih lalu menekup dahi. Keluhan letih lepas dari bibirnya buat kesekian kali dalam seminggu ni.
Hanya Tuhan saja yang tahu betapa penatnya dia sekarang ni. Sejak Ratu Annatasia jatuh sakit dan ketiadaan dua orang kuat dalam istana hampir semua kerja dia yang lakukan. Jadi ianya benar-benar memakan dirinya. Disebabkan itu juga dia tak ada tenaga nak tolong handle bahagian butler. Entah apa la yang lelaki-lelaki tu buat agaknya sekarang.
"Ratu tak makan lagi?"tanya Tukang Masak Utama, Jeremiah. Anak sulung Dayang Lucia.
Dayang Carla mengangkat kepala lalu memandang Jeremiah dengan muka penat dia. "Ha'ah. Saya tak tahu nak pujuk dia macam mana lagi. Dah tiga hari dia tak jamah apa-apa selain minum susu. Risau pula saya. Sudah la raja lama lagi urusannya. Putera Mahkota pula balik hari ahad. Kalau berterusan macam ni boleh pengsan saya."luah dia dengan nada lemah.
Dan baru sahaja Jeremiah hendak bercakap, masa itu la bunyi suara yang sudah menjadi lagu buat telinga mereka staf dapur kedengaran.
"laparnya...masak apa hari ni?"tanya suara tu.
Mereka semua yang sedang memasak untuk makan malam staf dan kerabat di raja itu berhenti dari melakukan kerja masing-masing semata untuk beri tunduk hormat pada orang tersebut. "Selamat petang tuan puteri Adalina." ucap mereka dengan serentak dan tertib.
Sampaikan Dayang Carla sendiri tersentak dengan hal itu lalu cepat-cepat bangun untuk turun dari bangku itu untuk berbuat perkara yang sama. Namun baru saja dia bangun, Dayang Carla hendak terjatuh sebab terlampau letih.
Adalina yang berada hampir dengan Dayang Carla cepat-cepat dapatkan Dayang Carla dan pegang wanita itu sebelum Carla sempat terduduk di lantai itu. "Woah...careful there." ucap dia semasa pandang terkejut ke Dayang Carla. Nasib tak jatuh!
Carla menahan nafas terkejut, dia cepat-cepat jauhkan diri sebab tak nak biarkan kotoran dia melekat pada badan kerabat di raja depannya ini. "Maafkan saya."tunduk Carla cepat-cepat semasa menjauhkan diri dari Adalina seakan diri dia pembawa kuman berbahaya buat Adalina.
Adalina buat muka. Dah kenapa?"Ahhaha...hey chill la. Aku bukannya bawak virus pun sampai kau nak elakkan diri macam tu sekali." selorohnya yang bingung dengan reaksi dayang di depannya.
Dayang Carla hanya diam di situ sambil telan air liur gemuruhnya.
"Tuan puteri dari mana?"tanya Jeremiah sambil angkat dulang berisi makanan untuk ratu tadi lalu disua kepada pembantu dapur untuk dibuang lalu diganti dengan yang baru dan hangat.
"Jangan tanya aku..."Adalina berdengus tak percaya sambil jalan dekati bangku dekat island dapur lalu duduk selesakan diri di situ. "Ada ke patut si Loui tu hilang tinggalkan semua butler terbiar tak buat kerja."cerita Adalina semasa seorang tukang masak hidangkan Adalina segelas air tanpa menunggu Adalina yang suruh.
Jeremiah tersenyum. Disebabkan Adalina biasa lepak dan luang masa dekat dapur, hampir tiga bulan di sini. mereka semua termasuk diri dia sendiri sudah bonding dengan puteri gila-gila depan mereka ni. Adalina ni tak ada la teruk mana. Semua khabar angin tu sebenarnya tak betul pun kalau mereka tak kenal betul-betul Adalina ni. Malah ibunya sering bercerita dengan seronok mengenai hari-hari yang dihabiskan Bersama Adalina kepada dia. "Apa yang tuan puteri lakukan kali ni?Suruh mereka pakai pakaian dayang sambil buat kerja rumah?"selorohnya.
"Ahahah.."Adalina ketawa lepas dengar. "Iya tak ya...asal aku tak terfikir.."kata dia dengan sisa ketawanya sewaktu capai gelas berisi air suam itu.
Mereka yang sibuk buat kerja hanya pasang telinga dan kadang-kadang ikut tersenyum.
Dayang Carla dekat situ hanya perhatikan Adalina dengan senyap. Dia selalu tengok dari jauh saja. Tak pernah sedekat ini. Tak Sangka ya Puteri Adalina kelihatan lebih cantik bila di pandang dekat-dekat macam ni.
"Tuan puteri lakukan apa terhadap mereka?" tanya Jeremiah lagi setelah satu lagi dulang berisi makanan hangat untuk ratu diserahkan kepada dia dalam dulang. Dia capai dulang tu tanpa alihkan perhatiannya dari Adalina.
Sementara Adalina yang Nampak dulang makanan tu diserahkan kepada Jeremiah, alihkan mata ke dulang tersebut dengan perasaan ingin tahu. "Macam biasa, aku suruh dia orang buat kerja ikut agihan kerja baru yang aku sediakan. Nanti Bendahara Loui balik sini semula dia orang ikut la balik...itu pun kalau dia orang nak la...."jawab Adalina sambil lirik ke makanan dekat dulang tu. "Makanan ni untuk siapa?"juihnya.
Jeremiah suakan dulang tadi kepada Dayang Carla untuk di bawa kepada Ratu buat makan malam.
"Untuk Ratu..."sampuk Dayang Carla serta merta.
Baru la Adalina perasan Dayang Carla semula. Dia pandang Dayang Carla dengan kening terangkat sebelah. "Siapa kau?"tanya dia. Well dalam istana ni ramai dayang dan butler. Bukan semua orang dia boleh tahu namanya.
"Nama saya Dayang Carla, dayang peribadi Ratu."jawab Dayang Carla segan silu.
"Oh..."Adalina buat mulut 'o' lepas sedar yang Dayang Carla tu adalah wanita di depannya. "Nak pergi jumpa ratu ke?"tanya dia selepas itu.
"Yq saya."jawab Dayang Carla.
Adalina terus lompat turun dari bangku tu. Elok jugak. Dia pun nak jenguk orang tua tu. Apa khabar agaknya ya. Dengar kata jatuh sakit. "Nak ikut sekali."katanya.
Dayang Carla angkat kening tinggi semasa mendengar kata-kata Adalina. "Tuan puteri hendak bertemu dengan Ratu Annastasia?"
Adalina yang baru nak gerak ke depan, berhenti dari berjalan lalu palingkan kepala ke Dayang Carla. "Tak adalah....nak jumpa Mak tiri Cinderella..."loyarnya. "Iya-iya la jumpa ratu...siapa lagi yang ada dalam istana ni aku boleh jumpa.."balas dia.
Jeremiah bersuara tak lama selepas itu. "Tuan puteri nak saya sediakan makanan seperti biasa ikut menu tuan puteri ke?"
Adalina jungkit kening sewaktu palingkan kepala ke Jeremiah. "Oh...ya jugak. Lupa pasal makan."tengok! Mesti ada hal punya setiap kali dia nak makan. Ada je la halnya. Agaknya saka penghalang makan ada dekat badan dia mungkin. Yalah setiap kali dia nak makan mesti ada orang nak halang. "Boleh. Nanti past kan dekat dayang Lucia bila dah siap. Tak pun aku turun sendiri. Pandai-pandai la."
"Baik."Jeremiah beri tunduk hormat pada Adalina sambil meletakkan tangan di depan perut.
Setelah itu Adalina kembali memandang Dayang Carla. "Jom la. Tunggu apa lagi."ajak dia.
"Ah-ya."gagap Dayang Carla yang kebingungan dengan apa yang di lihat dan di dengar. Betapa selamba sungguh Puteri Adalina ini. Sampaikan dia tak boleh nak proses semua yang berlaku sepanjang masa di dapur tadi.
Siapa tetamu siapa tuan istana sekarang ni?