Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 39 - 39. War Begin

Chapter 39 - 39. War Begin

Napkin diletakkan setelah dia selesai kesat mulut dengannya. Setelah itu dia pandang sekeliling meja tu. Nak pastikan semua orang dah makan especially Ratu Annastasia. Kesian pulak nanti kan kalua dia cari gaduh mereka tak jamah apa-apa.

"So bila test seterusnya akan dimaklumkan?" sambil bersandar yakin ke kerusi dengan siku direhatkan pada arm rest kerusi, Adalina pandang Ratu Annastasia.

Raja Josiah angkat kepala dari makan dia sebaik dengar pertanyaan Adalina. Dia pandang tak puas hati. Nak berapa kali di pesan kalau di meja makan tak boleh bercakap. Kenapa ya susah sangat nak ajar Adalina ni? Dia lentokkan kepala sambil beri renungan judging pada Adalina.

"Adalina, bukan ke beta telah berpesan kepada kamu untuk tidak bercakap ketika di meja makan?"soal Ratu Annatasia tidak semena.

Terus tersengih dia. Good catch!"Tuanku, bukan ke saya telah berkata kepada tuanku yang saya tak kisah dengan semua tu?"soal Adalina dengan nada sama Ratu Annastasia gunakan.

Semua dekat situ dengan serentak angkat kepala memandang Adalina. Mula dah puteri seorang ni. Tak boleh nak tutup langsung mulut tu.

"Puteri Adalina Bloom Geneivive."sebut Raja Josiah bernada tegas.

Dengan muka malas tak peduli dia, Adalina gerakkan kepala ke Raja Josiah pula. "Kenapa Raja Josiah Genovia?"

"Kamu tahu kamu bersikap kurang ajar pada kami sekarang ni?"tegur Ratu Annastasia.

Adalina pandang kanan dan kiri dia sambil buat muka. "Did I?Sesiapa beritahu bahagian mana yang saya bersikap kurang ajar?"dia buat jari masa sebut perkataan 'kurang ajar' sambil tu.

Puteri Dania yang perhatikan menggeleng kepala tak percaya. Apa isu Adalina sebenarnya. Apa yang Adalina dapat kalau sakitkan hati Ratu Anna dan Raja Josiah. Beria sungguh. Orang perempuan dekat luar sana kalau boleh nak ambil hati pasangan ni, sementara Adalina berkelakuan menjengkelkan seperti ini terhadap mereka seakan minta kemurkaan dari raja dan ratu.

"See....tak ada siapa pun jawab yang saya bersikap kurang ajar pada tuanku..."Adalina kata lalu beri senyuman manis pada Raja Josiah dan Ratu Annatasia.

"Apa mahunya kamu ni?"tanya Ratu Annatasia dengan kening mencerlung tak puas hati. "Patutnya yang tersingkir adalah kamu bukan Camelia...dasar manusia menyakitkan hati." getusnya dengan jengkel.

Puteri Andalusia dekat sebelah Puteri Dania nak bersuara, tapi dia tak berani sebab kan dah di beritahu dalam etika di meja makan tak boleh bercakap. Jadi nak tak nak dia diamkan diri saja.

Putera Addison dekat seberang meja hanya perhatikan ayahanda dan bondanya dengan renungan kasih sayangnya. Buat pertama kalinya ,dua orang ini saling bersuara dan pertahankan antara satu sama lain. Sebelumnya, pasangan ini jarang sekali berborak atau cuba bantu antara satu sama lain terutama sekali pertahankan antara satu sama lain. Dan bila munculnya Adalina di sini, segalanya nampaknya perlahan-lahan telah berubah.

Adalina ketawa. Terjerat jugak ya dua orang ni. Sambil beri senyuman ikhlas di bibir, dia lentokkan kepala sedikit.

"Oops!"dia letakkan tangan dekat mulut sambil buat muka acah-acah terkejut. "Tadi siapa yang cakap dekat meja makan tak boleh bercakap ya? Dan lihat siapa yang telah bercakap sekarang ni?"seloroh Adalina berbaur hendak ketawa.

Elok saja Raja Josiah nak meninggikan suara, orang tua itu membutang mata terkejut kerana terkedu dengan kenyataan Adalina.

Sementara Ratu Annatasia sudah pun berona merah wajahnya kerana terlalu marah dan malu.

Adalina ketawa dengan riang. Alahai kelakar pulak dia tengok muka dia orang ni."Ahahah....chill la. Saya tahu la etika dan adab ni perlu dalam sosial diraja. Tapi you know...kita ni manusia biasa bukan perfect. Bukan sepanjang masa kita perlu terikat dengan peraturan dan etika. Ada masa tu kita ke loose sikit. Baru la hidup ni happy...ya tak tuan puteri berdua?" Adalina pandang dua orang puteri di depannya untuk pancing mereka pula.

Puteri Dania dan Andalusia menjegil mata bulat ke Adalina. Mereka pulak terlibat sekali kenapa!?

"Kenapa?Mata tu dah longgar sangat ke sampai menjegil bagai?Saya tanya soalan pakai mulut bukan mata.."seloroh Adalina dengan sengih meleret di bibir. Ni lagi dua orang ni...haih. Ingat dia takut ke? Rahsia dia orang ada dalam tangan dia la.

Kalau dia nak menang dalam test ni, dia sebut je satu perkataan dua-dua ini pasti akan tarik diri serta merta. Tapi mana seronok kalau nak habiskan macam tu. Kena la ada drama sikit.

"Hei!"Puteri Andalusia yang merinding geram dengan sikap Adalina tidak dapat membendung amarahnya. "Kamu memang nak sangat kena maki ke? Dari tadi tak habis-habis nak sakitkan hati orang!"tengkingnya sekuat hati. Habis lupa tentang etika dan semua peraturan.

Puteri Dania yang tahu game Adalina tidak termakan dengan taktik itu tidak bersuara. Dia sedaya upaya ketap giginya menahan sabar.

"Ahaha...cuba kau tengok muka aku ni elok-elok." Adalina tunjuk muka dia dengan jari sendiri. "Ada nampak aku kisah?"katanya sebelum ketawa.

Seakan cerek air yang sudah sampai takat mendidihnya, darah Puteri Andalusia yang sudah mengelegal marah meledak. Kalau boleh keluar asap, lama dah kedua-dua telinga itu berasap.

"Dasar beti@#$" #@#% ##@* !*??="#  ¢+#*" habis dihambur segala bahasa carut yang ada oleh Puteri Andalusia dekat meja makan tu.

Raja Josiah dan Ratu Anntasia yang dengar membutang mata terkejut dan mulut ternganga luas.

Para butler dan dayang yang ada dalam ruangan tersebut ada yang tekup mulut ada yang tekup telinga mereka sebab tidak dapat terima bahasa yang dilontarkan.

Sementara Puteri Dania dekat sebelah hanya mampu picit batang hidung sewaktu tunduk kepala ke bawah kerana kesal dengan Puteri Andalusia yang lebih tua dari mereka boleh kalah dengan Andalina yang muda dari wanita itu.

Putera Addison yang tadi makan terus tak lalu nak makan lepas dengar kata carut dari Puteri Andalusia.

Dan orang paling happy dalam situasi, Adalina hanya mengangguk-angguk kepala dan ketawa bila dengar semua itu.

Ni baru la namanya hidup. Bukannya hidup macam robot, kena perfect sentiasa.

Setelah puas mencarut, Puteri Andalusia terduduk dekat kerusi tu dengan nafas naik turun kerana mengah melontarkan suara selantang-lantangnya tadi.

"Dah habis ke?"tanya Adalina dengan muka selamba dia. "Macam mana?Okay kan dapat lepaskan apa yang tersimpan dalam diri tu selama ni?"sengih dia dengan jahat.

Puteri Andalusia angkat kening tinggi sejurus itu. Nafas kencangnya serta merta reda dan tenang tidak berombak seperti tadi. Otak dia tiba-tiba kosong. Rasa marah dan tak puas hati serta stress yang dia kumpul sepanjang masa dia ada dekat sini sudah lenyap. Dada dia tak sesak seperti tadi.

Terkejut sangat, Puteri Andalusia menahan nafas buat beberapa saat lepas sedar apa yang Adalina cuba lakukan kepada dia.

Bawah rahangnya di topng dengan belakang jari jemari sewaktu dia pandang Andalusia."See...macam aku beritahu. Kita ni hidup kena loose sometime. Jangan terikut sangat pada peraturan. Peraturan tu dicipta untuk mudahkan urusan bukan sulitkan kehidupan." beritahu Adalina dengan nada biasa. Tiada baur menjengkelkan atau nak sakitkan hati.

Semua di situ pandang tertarik pada Adalina. Buat kesekian kalinya mereka dikejutkan dengan karakter luar jangkaan yang ditonjolkan Adalina sekali lagi.

"Kamu sedar tidak kamu ini adalah golongan diraja?" tanya Ratu Annatasia dengan nada tegang.

Adalina palingkan kepala ke Ratu Annastasia lantas tersengih. "Of course I know that i'm a royal."jawabnya dia dengan sassy. "But...not just a royal...but a royal pain in the ass.." beritahu dia sebelum tarik sengih meleretnya.