Bersama derap langkah seragam dan senyap, dua orang itu jalan beriringan merentasi koridor itu. Mereka berjalan dan berjalan sehingga la tiba di depan sebuah bilik.
Jelas-jelas di permukaan pintu itu terdapat plak emas dengan nama 'PUTERI ADALINA BLOOM'.
Beberapa ketukan pun di berikan pada daun pintu bilik tersebut sebelum mereka bergerak masuk ke dalam.
Jejak saja ke dalam bilik, perkara yang menyambut mereka adalah suasana bilik yang sejuk dan sangat la lengang. Katil tidak terusik. Pintu bilik air dibiarkan terbuka. Sepasang kasut terbaring dekat lantai terpisah antara satu sama lain. Sehelai pakaian tergantung sepi dekat penjuru katil.
Dan akhirnya pandangan mereka berdua jatuh ke arah meja belajar di sebelah jendela besar di sudut bilik tidur tersebut. Tanpa rasa ragu-ragu atau berlengah dua orang itu dekati meja tersebut sebelum melihat betapa bersepahnya keadaan meja dan sekeliling tempat itu.
Kertas merata-rata, buku terbuka dimana-mana, atas lantai, sebelah meja, atas computer, atas kepala tu. Buku nota berada di bawah tangan yang tidak bergerak memegang pen.
Oleh kerana mereka diutuskan ke sini, mahu tak mahu terpaksa la mereka ganggu lena puteri yang seorang ini.
Knock!
Knock!
Ketukan di beri pada permukaan meja kayu dimana helaian kertas dan buku bersepah di atasnya.
Orang yang sedang tertidur di atas meja itu tidak terkutik.
Knock!
Knock!
Sekali lagi permukaan meja di ketuk.
"Uhm.."mamainya dengan mata tertutup dan kepala masih berada di atas permukaan kertas. Cermin mata dah senget dekat muka tu.
"Tuan Puteri Adalina."panggil suara tu.
Baru la keningnya berkerut-kerut. Berasa terganggu dengan suara itu, mata yang terpejam itupun terbuka. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya dari situ dengan kening berkerut-kerut mamai.
Dua orang itu perhatikan buku yang memayungi kepala itu melurut jatuh lalu terhempas atas lantai sejurus Puteri Adalina tegakkan kepala. Dan bukan setakat itu saja, sehelai kertas not pad ikut melekat di pipi itu. Hampir hendak tergelak dengan apa yang di lihat, dua orang itu cepat-cepat ketap bibir erat-erat.
Adalina gerakkan kepala dia sambil betulkan cermin mata yang senget dekat mukanya sebelum terpandang dua orang butler lelaki berpakaian serba hitam di depan meja. "What?"soalnya dengan suara serak bangun tidurnya. Jam berapa ni?Asal dah ada yang menyemak dalam bilik tidurnya ni!
"Maaf kerana menganggu lena Tuan Puteri, kami dihantar oleh Putera Mahkota untuk keluar jogging Bersama baginda."maklum butler pertama.
Adalina gonyoh mata dengan jari telunjuk dari balik cermin matanya dengan lesu. "Hah?Jogging dengan siapa?"tanya dia. Salah dengar apa tadi?
"Putera mahkota."ulang butler kedua pula.
Adalina turunkan tangannya ke bawah lalu buat muka blur. "Buang tebiat ke lelaki tu?Tiba-tiba ajak orang berjoging?"
"Tidak tuan puteri. Baginda sendiri minta kami untuk temui tuan puteri di sini.
"Ah...saya tak nak tahu. Keluar dari sini."nguap Adalina sambil dia menggeliat mengangkat tangan ke atas hendak renggang sakit badan dia sebab tidur dalam keadaan duduk semalaman di situ semasa selesaikan research dia dan buat sikit ulang kaji. Sampai tak sedar tertidur dekat situ.
Dua orang butler itu hanya perhatikan Adalina tanpa berkata apa-apa. Baru la mereka tahu apa rasanya kalau bertemu sendiri dengan tuan puteri ini. Banyaknya mereka dengar khabar angin tentang itu dan ini mengenai Puteri Adalina. Tak sangka pulak macam ni perasaannya bila berurusan dengan wanita ini.
"Tapi tuan puteri-"butler kedua nak bersuara tapi Adalina potong dulu.
"Beritahu dia, saya tak nak. Ajak orang lain."Adalina angkat tangan dia bila terasa gatal dekat pipinya. Dan bila dia sentuh pipi, keningnya berkerut lepas tersentuh kertas not pad yang melekat dekat situ.
"Ianya titah tuan putera, sekiranya tuan puteri mahu menolaknya, tuan puteri bakal di beri hukuman dari baginda."ujar butler pertama.
Sambil tanggalkan not pad itu dari pipinya. Adalina pandang dua orang butler lelaki di depannya. "Dan apa hukumannya tu?"tanya dia lepas tu.
"Tempoh penempatan tuan puteri akan dilanjutkan lebih lama lagi. Dan tidak dibenarkan keluar dari daerah Genovia ini sehingga tempoh itu tamat. Dan sekiranya tuan puteri berdegil. hukuman lebih berat akan dikenakan."
Mulut Adalina ternganga luas. Dia pandang 'what the hell' pada mereka. Berasa kesal dengan apa yang didengarnya, Adalina kuak rambutnya ke belakang sambil angkat kakinya naik ke atas kerusi lalu sandar ke belakang. Matanya kemudiannya di pejam rapat.
"Dekat mana?"tanya dia tak lama kemudian.
"Di depan fountain Utama depan pintu masuk."jawab butler kedua.
"Fine...beritahu dia saya turun 20 minit dari sekarang."aju Adalina semasa membuka mata dan pandang mereka berdua.
"Baik tuan puteri."tunduk mereka dengan patuh.
Setelah itu dua orang butler itu berpaling dan berjalan keluar dari situ sambil di perhatikan Adalina.
Memang tak dia nak pergi sendiri!