Haih!
Tak pasal-pasal betul la!
Niat asal dia hanya la untuk pelawa mereka semua supaya temankan si malaun tu berjoging.
Sekali tu dia pulak yang tersekat dekat sini.
"Teruk ke keadaan dia?"tanya Adalina pada Bendahara Loui yang dia panggil sebab tak ada lelaki lain yang dia boleh mintak tolong dalam istana ni selain lelaki ni.
"Apa yang telah terjadi. Tuan puteri lakukan sesuatu pada tuanku ke?"tanya Bendahara Loui semasa bangun dari katil sebaik selesai memeriksa Puteri Felia yang seperti dalam keadaan tidak mengizinkan. Dia berdiri menghadap Adalina dengan kening berkerut.
Hish!
Ke situ pulak.
Ingat dia ni jahat sangat ke jadi orangnya sampai nak buat orang!
"Mulut kau tu kan kalau tak reti nak cakap benda elok tak payah cakap la. Tahu la mulut aku ni jahat. Tapi tak ada lah sampai hati nak sakitkan anak orang. Aku tak tahu apa kena dengan dia. Aku masuk-masuk bilik tadi nak kejutkan dia, dah terlantar macam zombie gitu."balas Adalina pada Bendahara Loui.
"Kita perlu bawa dia ke hospital untuk pemeriksaan kalau begitu."ujar Bendahara Loui semasa jalan dekati Adalina yang sedang berdiri membelakang pintu bilik.
Adalina gigit hujung kukunya kerana gelisah sewaktu termenung memandang muka pucat Puteri Felia. "Ya la..kau pergi siapkan apa yang patut. Aku uruskan dia."halau Adalina sambil tu.
Bendahara Loui pegang tombol pintu sewaktu dia berdiri di sisi Adalina. "Kenapa tidak panggil dayangnya?"
Dengan laju Adalina palingkan kepala. Menjegil mata marah pada Bendahara Loui. "Kau gila. Kalau orang lain tahu dia sakit dalam istana Genovia tak ke haru biru nanti. Habis nama baik tempat ni tercemar. Fikir la sikit."desis Adalina dengan mata menjegil bulat. Apa la! Harap je muka handsome tapi otak tak boleh pakai. Entah macam mana Puteri Andalusia boleh tersukakan lelaki dungu depannya ini.
"Baik la kalau begitu. Saya sediakan kereta kalau begitu. Kita keluar senyap-senyap."jawab Bendahara Loui setelah menyedari apa maksud Adalina.
"Dah pergi sana."halau Adalina sebelum gerak ke arah katil Puteri Felia.
Bendahara Loui keluar dari bilik itu serta merta.
Sambil duduk di birai katil tu, Adalina tekap tangan dekat dahi Puteri Felia. Dingin tapi berpeluh. "Kau dah kenapa Felia?"bisiknya semasa lihat dada itu naik turun dengan lemah. Beritahu sesuatu tak elok sedang terjadi pada Felia. "Boleh bangun tak ni?"tanya dia lagi.
Felia yang sebenarnya dalam keadaan sedar itu hanya memejam mata sebab tak larat. Lepas Adalina pecah masuk biliknya, dia dah tahu Adalina ke sini dengan bunyi bising yang dihasilkan oleh Budak ini. Dan setelah itu baru la bendahara Loui masuk.
"Sakit.."sebut Felia dengan lirih dan sangat perlahan.
Adalina kerutkan kening. "Macam-macam la...kalau dah sakit kenapa tak jumpa doctor awal-awal. Ni dah melarat aku jugak yang kena.."bebel Adalina semasa pandang muka pucat Felia.
Bersama sisa tenaga yang ada Felia buka mata dia lalu pandang muka Adalina dengan sebak. Dia dah nak mati ke?Dia belum sempat nak happykan ibu bapanya lagi. Air mata hangat kemudiannya turun dari tepi matanya.
"Kenapa kau menangis pulak?Sakit sangat ke?"tanya Adalina kedengaran cemas. Aduh!Masalah betul la! Apa dia kena buat ni?Medical bukan la kepakaran dia. Kalau Kian ada tahu la lelaki tu nak buat apa.
Felia gerakkan tangan dia lalu capai tangan Adalina yang dekat padanya sebelum di genggam erat. "Saya takut."sebutnya dengan susah payah.
Sambil buat muka, Adalina tunduk memandang tangan sejuk Felia pegang tangan dia. Takut la dia macam ni. Jangan mati sudah la. Nanti dia dituduh membunuh pula. Sudahla scandal yang dia ada pun tak selesai-selesai. jangan di tambah lagi.
"Tak apa...jangan risau. Aku ada dekat sini."pujuk Adalina sambil tepuk tangan Felia dengan perlahan. "Bertahan la. Kejap lagi kita ke hospital."katanya lagi.
Felia kembali memejam mata sambil mengeratkan cengkaman tangannya pada tangan Adalina.