Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 34 - 34. Ratu Annatasia

Chapter 34 - 34. Ratu Annatasia

"Dimana putera mahkota?Beta tidak perasan pula dia selepas sesi sarapan pagi tadi."tanya Ratu Anna pada dayangnya di sebelah.

"Katanya hendak ambil angin. Tapi saya tidak tahu kemana tujuannya tuanku."jawab Dayang Carla dengan sopan.

Ratu Anna lepaskan hela nafas panjang. "Macam mana keputusan test kedua, mereka dah pilih siapa pemenangnya?"

"Sudah tuanku."jawab dayang Carla erta merta.

"Dan siapakah pemenangnya?"jangan beritahu dia Puteri Adalina orangnya. Kalau ya, tak mahu dia biarkan putera mahkotanya keluar bersama dengan puteri bermasalah tu. Habis rosak nama baik anakandanya nanti!

"Disebabkan Puteri Felia telah tarik diri, maka baki calon adalah empat orang. Syarat pusingan kedua ini siapa yang gagal akan di singkirkan. Jadi mahu tak mahu yang gagal itu akan disingkirkan. Dan baki seterusnya akan menetap di sini."jelas dayang Carla dengan teliti. "Kalau pemenang untuk pusingan kedua ini adalah Puteri Dania. Dan yang bakal disingkirkan adalah Puteri Camelia."

Ratu Anna palingkan kepala lalu pandang lega ke dayangnya. Senyuman terukir di bibirnya. "Puteri Dania?Sekali lagi?"soalnya dengan teruja. Bagusla. Dia pun berkenan pada Puteri Dania itu.

"Ya tuanku."dayang Carla mengangguk kepala dengan teruja.

Bersama senyuman puas, Ratu Anna palingkan kepala ke luar jendela koridor itu. Sedang dia berjalan dan pandang pemandangan tingkat bawah istana itu, dia ternampak kelibat Dayang Lucia yang membawa sebuah bagasi dengan susah payah.

Hal itu buatkan Ratu Anna berhenti sekejap dekat jendela tersebut untuk lihat kemana pula dayang kesayangan putera mahkotanya itu mahu pergi. Tidak semena Puteri Adalina muncul dekat sebelah dengan lengang kangkung. Dia fikirkan Puteri Adalina buat tak kisah, sekali tu puteri itu bebelkan sesuatu pada Dayang Lucia sehingga buatkan Dayang Lucia ketawa. Dan sambil itu Puteri Adalina capai bagasi tu dari tangan Dayang Lucia dan angkat sendiri.

"Apa yang sedang berlaku di bawah sana?Siapa yang mahu keluar dari sin"Ratu Anna singgul dayang di sebelahnya dengan perlahan tanpa alihkan matanya dari Puteri Adalina.

"Puteri Felia keluar istana hari ini. Mereka mungkin bantu bawakan barang-barang Puteri Felia agaknya."jawab dayang Carla.

Ratu Annatasia kerutkan kening tak faham. Dah kenapa pula Adalina yang beria nak tolong. "Betul ke saya dengar yang Puteri Adalina punca Puteri Felia tarik diri?"tanya dia lagi.

Dayang Carla ikut perhatikan Puteri Adalina yang sedang bantu sumbat bagasi ke dalam bonet kereta lalu bongkok menjengah kepala ke cermin kereta limosin. Mungkin berbual dengan orang dalam kereta itu.

"Saya tidak tahu tuanku. Jika benar Puteri Adalina puncanya, tak mungkin la dia sanggup susahkan diri untuk ucapkan selamat tinggal kepada Puteri Felia dan bantu mengemas barang tuan puteri itu sedangkan tiada siapa pun pedulikan akan keberangkatan Puteri Felia pada hari ini."jawabnya sebelum tersenyum nipis.

Ratu Anna pandang dayangnya dengan kening berkerut. "Apa pendapat kamu mengenai Puteri Adalina?Kamu tak rasa ke dia seseorang yang menjengkelkan?"

Dayang itu kemudiannya ketawa kecil. "Ahah..Maafkan saya tuanku."ucapnya sejurus itu sambil meletakkab tangan dekat mulut.

"Kenapa kamu ketawa?"makin berkerut kening tu.

"Saya cuma berasa lucu dengan cara tuanku bertanya. Hari tu tuanku beria beritahu saya tuan puteri Adalina itu la ini la..menjengkelkan la dan sebagainya. Dan sekarang tuanku bertanya mengenai Puteri Adalina seperti tuanku peminatnya pula."komen dayang dengan nada ketawa yang dikawal.

Ratu Anna buat muka. "Saya tanya saja kan. Ada nampak saya minat pada budak menjengkelkan itu ke?"cebiknya.

Dayang Carla menggeleng kepala sambil tersenyum mengawal diri dari ketawa. Ada-ada saja la ratunya yang seorang ini. Kata saja la berminat. Itu pun nak malu-malu.

"Sudah la. Saya hendak ke bilik bacaan. Iring saya ke sana."renggus Ratu Annatasia setelah itu.

"Baik tuanku."angguk Dayang Carla bersama sisa senyuman di bibir.