Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 36 - 36. Hidden Secret Place

Chapter 36 - 36. Hidden Secret Place

"Mana kita nak pergi ni?"tanya Adalina yang sudah letih sebab tergantung macam tu. Darah dia dah turun ke kepala dia sampai sebu dibuatnya.

"Dah sampai..."jawab Addison kemudiannya.

Perlahan-lahan Adalina pun di turunkan atas lantai berkayu warna coklat perang oleh Addison. Tanpa alihkan tangan dari pinggang Adalina sejurus Addison letakkan wanita tersebut ke bawah, lelaki itu kemudiannya dorong Adalina maju ke hadapan.

Mulut Adalina ternganga masa dia dongak pandang sekeliling tempat itu. Dari tempat dia pijak tu sepanjang laluan tersebut diperbuat dari kayu, sekelilingnya berbentuk separuh kubah seperti terowong, tapi ia berbumbungkan pohon menjalar dan bunga kecil warna warni.

"Tempat ni belum siap lagi, tapi hanya sini saja tempat yang mana tak ada siapa boleh ganggu saya kalau saya nak lapangkan fikiran." beritahu Addison sambil itu.

Adalina turunkan kepala dia sebelum pandang ke kakinya. Melihat kasut tumit tingginya memijak laluan berpapan itu lalu ke depannya semula. "Better it worth it or else. I swear I won't talk to you anymore Prince Addison." pesannya semasa berjalan.

"Don't worry. It more that worth it." Addison tunduk memandang Adalina. Walaupun pandang tepi muka saja ianya sudah buatkan dia berasa puas. Secara instinct tangannya mengapai tangan Adalina lalu digengam erat.

Disebabkan terpegun dengan pemandangan tempat tersembunyi itu, Adalina sama sekali tidak perasan akan cengkaman ditangan kanannya.

Dalam keadaan senyap yang selesa mereka pun jalan menyusuri laluan tersebut yang membawa mereka lebih dalam ke hutan diraja itu.

10 minit setelah itu Adalina mengeluh apabila kasut tumit tinggi yang dipakai mula menyakiti kakinya. "Jauh lagi ke?"soalnya sambil mengangkat kaki kanan lalu dipusing-pusing sikit.

Addison tunduk memandang kaki Adalina sambil pegang lengan tu nak elakkan Adalina dari terjatuh. "Sikit je lagi. Tempat tu ada dekat depan."

"Haih...mana je la awak nak bawa saya ni?Cerita pun susah ke?Nanti on the way nak balik, piggy bag saya. Tak nak saya jalan berkaki ayam."cemberut Adalina.

Addison ketawa. "Kenapa tak nak piggy bag sekarang?"tanya dia semasa pegang tangan Adalina semula dan sambung berjalan semula.

"Nanti awak pengsan pulak lepas dukung saya yang beratnya bertan. Tak sempat nak beritahu saya hal sebenar kenapa awak boleh tersuka pada saya dan buat saya terperangkap dalam Istana Genovia ni bersama barbie-barbie tu."beritahu Adalina semasa dia selak rambutnya ke belakang telinga.

Addison tersenyum sewaktu termenung memandang ke depan. Panjang ceritanya. Nanti-nanti je la dia cerita.

Lama mereka berjalan, akhirnya Addison dan Adalina tiba di hujung terowong tersebut.

Di hujung laluan itu adalah cenuram bukit yang betul-betul berada di puncaknya. Serta merta angin kuat bertiup menyapa sebaik mereka berdiri di situ.

Ekoran angin pagi dari atas bukit yang kuat itu bertiup, Adalina secara automatik cengkam kuat lengan Addison seakan nyawa dia bergantung padannya.

"Kalau waktu malam lagi cantik."ujar Addison sambil menguak rambut depannya yang terbang mengenai mata setiap kali ia ditiup angin.

Adalina berdengus. "Saya orang ke berapa di bawa ke tempat ni?"soalnya dengan sinis.

Addison pandang ke Adalina sambil tayang senyuman di wajah handsome itu. "Orang pertama maybe yang terakhir."

Berdecit menyampah dia lepasdengar komen itu. Lelaki dengan sweet talk mereka memang tak boleh bawa pisah."Perlu ke dekat sini? Mahunya kita terbangkan angin dekat sini." kerut Adalina yang kelihatan terganggu dengan persekitaran mereka.

Sudah la cenuram macam ni, angin kuat lagi tu. Seram betul!

Addison tersenyum. "Jangan risau. Tempat ni selamat. Lagipun bukan sini tempat perhentian kita...tapi dekat tepi ni."dia tunjuk pada pintu kolong dekat sebelah terowong tadi.

Adalina palingkan kepala ke arah yang ditunjukkan oleh Addison. Berapa banyak sebenarnya tempat persembunyian lelaki ni? Letih la nak ke hulur hilir.

"Jom."Addison tarik Adalina ke arah pintu kolong tersebut lalu menolak ia ke dalam setelah berdiri di depan pintu tersebut.

Adalina ikut dari belakang Addison.

Dan benda pertama yang Adalina nampak ialah suasana bilik tersebut. Ianya sebuah bilik seakan gua dalam tanah namun sangat cozy dan mewah. Bukan saja luas malah dilengkapi dengan air cond dan pelbagai fasiliti termasukla set tv dan katil.

"Wow..."gumam Adalina sebaik melihat sekeliling ruangan itu.

Addiaon tersengih bangga sewaktu perhatikan reaksi Adalina. Dia kemudiannya berpaling ke satu arah."Duduk dulu. Saya ambilkan sesuatu untuk awak dekat bilik belakang." pesannya sewaktu membelok ke satu selekoh sebelum hilang.

Adalina yang ditinggalkan sendirian dekat situ sentuh apa saja yang dia rasa menarik sehingga la dia duduk di atas sebuah sofa yang sangat lembut dan nyaman. Buatkan dia yang duduk tanpa sedar lepaskan hela nafas lega.