Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 31 - 31. Stage 4

Chapter 31 - 31. Stage 4

Nurse dan doktor yang berdiri dekat sebelah katil tu sibuk lakukan itu dan ini pada Felia sambil di perhatikan oleh Adalina dan Bendahara Loui.

Sesenyap dan serahsia yang boleh mereka berdua seludup masuk Felia ke dalam hospital tanpa pengetahuan sesiapa untuk elakkan para media atau mata dan telinga yang tak sepatutnya sebarkan cerita.

Setelah bersusah payah baru la mereka selamat tiba di hospital dan berikan Felia pemeriksaan serta dapatkan rawatan.

"Macam mana keadaan dia?"tanya Adalina yang sedang menyilang tangan ke dada sewaktu doktor bertugas alihkan alat pembaca tekanan dari lengan Felia.

Bendahara Loui berdiri dekat tepi dinding tu seperti gaya pengawal keselamatan. Memerhati dan memasang telinga.

"Boleh saya tahu apa hubungan cik dengan pesakit?"tanya doktor itu.

Adalina mengerutkan kening dia. "Kawan dia." jawab dia dengan nada serius.

"Kalau begitu hubungi keluarga beliau. Ada sesuatu yang penting saya maklumkan kepada mereka."kata doktor itu lagi.

Adalina mengetap gigi. Sedaya upaya cuba mengawal dirinya dari naik angin di situ."On the way."tipu Adalina. "So beritahu saya apa yang tak kena dengan dia."tegasnya semula.

Doktor itu pandang ke muka Felia buat seketika sebelum memandang Adalina dengan renungan serba salah. "Pesakit ini menghidap kanser hati stage 4. Jadi sebaiknya keluarga beliau berada di sini dan di maklumkan mengenai hal ini."

Adalina membuka mata seluasnya sebaik mendengarnya. Memulas terus perut dia. "What?"gumamnya dengan terkejut.

Bendahara Loui yang dengar pandang ke Adalina lalu ke doktor itu dengan kebingungan.

"Maklumkan kepada saya sekiranya keluarganya berada di sini."doktor itu berpesan sebelum beredar dari situ. Lalu diikuti jururawat.

Lepas doktor tu pergi, Adalina berdiri dekat situ sambil pandang Felia yang berselimut itu buat seketika. Perempuan menyakitkan hati depannya ini sedang nazak?!

"Bendahara Loui tinggalkan kami sekejap." arah Felia tiba-tiba. Memecahkan kesunyian dalam bilik itu.

Tersentak Bendahara Loui lepas dengar. Dia alihkan perhatiannya dari Adalina terus ke Felia. "Ba-baik tuan puteri." angguknya dengan patuh.

Perlahan-lahan Adalina mula jalan mendekati katil tersebut pada masa Bendahara Loui buka pintu dan keluar dari situ.

"Asal dengan muka tu?Macam baru nampak hantu je."seloroh Felia sewaktu memerhati langkah Adalina.

Adalina tak cakap apa-apa. Dia hanya gerak ke tepi katil pesakit lalu duduk di tepi tangan Felia lalu diam memandang wajah pucat tu.

Felia ikut pandang Adalina. "Nak tahu hal sebenar tak?"tanya dia lagi tanpa pedulikan sama ada Adalina jawab aau tidak apa yang dia katakan.

"Hal apa?"balas Adalina dengan mendatar.

Felia tersengih. "Sebenarnya, saya tak pernah bencikan kamu pun Adalina. Saya sebenarnya peminat kamu. Dan kamu adalah idola saya. Pertama kali saya jumpa  kamu masa masuk Istana Genovia hari tu, saya kagum sangat. Tak sangka dapat bertemu dengan kamu depan-depan. Saya nak sangat berkawan dengan kamu. Tapi tak tahu la kenapa. Setiap kali saya cuba bercakap dengan kamu, saya akan terlepas cakap perkara yang tak sepatutnya.Maybe sebab saya jelpus dengan sikap cool kamu tu. Sebab itu saya buat perangai tak guna terhadap kamu."luahnya dengan nada lemah tiada tenaga.

Adalina ketap gigi dia sewaktu pandang renungan kelam Felia. Seakan seri milik wanita itu perlahan-lahan meninggalkan badannya. "It okay. Aku faham."balasnya dengan perlahan

"Rasanya dah terlambatkan kalau saya minta maaf dan mahu berkawan dengan kamu?"Felia lentokkan kepalanya sedikit di bantal itu.

Adalina tundukkan mata dia ke bawah lalu pandang tangan Felia. Dia tak pernah bencikan sesiapa pun. Jadi tak ada sebab kenapa dia tak boleh maafkan sesiapa. "Sempat lagi."

"Ahaha.."ketawa Felia lepas tu. "Terima kasih sebab tolong saya. Saya tak larat sangat nak gerak sendiri, biasanya dayang saya ada. Tapi dia pun tak sihat jugak. Itu yang melarat seperti ini."beritahunya.

Adalina angkat mata dia lalu pandang Felia dengan kening berkerut."Kenapa kau rahsiakan mengenai sakit kau? Family kau tahu tak tentang hal ni?"

"Tak. Saya tak tahu nak beritahu mereka. Saya takut mereka fikir saya hanyalah seorang anak yang lemah dan tak lagi peduli akan saya. Selama ni saya hidup disisihkan dan di banding-bandingkan dengan adik beradik saya. Lepas mereka dapat tahu saya terpilih menjadi calon isteri putera Addison mereka mula hargai saya dan menyedari kewujudan saya. Saya tak bak gara-gara penyakit ni mereka tak lagi perhatian kepada saya."luah Felia yang kedengaran benar-benar terluka.

Adalina yang dengar sedih sendiri. Tidak menyangka betapa sukarnya keadaan Felia sekarang ni."Kalau macam tu kau berehat la dulu. Aku uruskan penempatan kau dekat sini." dia gerak hendak bangun dari situ.

Felia cepat-cepat pegang tangan Adalina. "Jangan tinggalkan saya sendiri Adalina. Saya takut."rintihnya dengan terdesak. Dia tak ada sesiapa dekat sisinya sekarang ni.

Terkejut Adalina. Dia tunduk pandang tangannya yang sedang di pegang sebelum memandang Felia semula. "Ya. Aku keluar sekejap je. Kau rehat la dulu. Aku janji aku ada dekat sini."

Baru la Felia lepaskan tangan Adalina. Dan setelah itu Adalina keluar dari bilik rawatan tersebut.

Tutup saja pintu itu, Adalina tertunduk diam memandang pintu didepannya. Dia perlu lakukan sesuatu untuk Felia.

"Apa yang perlu kita buat sekarang ni tuan puteri?"bisik Bendahara Loui yang sejak tadi berdiri dekat sebelah pintu itu.

"Kau balik ke istana semula. Maklumkan hal ni kepada raja sahaja. Hanya baginda saja. Orang lain tak perlu tahu. Selainnya serahkan kepada aku."arah Adalina sewaktu palingkan kepala ke Bendahara Loui.

Bendahara Loui pandang Adalina dengan kerutan di kening."Tuan puteri macam mana? Saya tak boleh tinggalkan tu-"

Tak faham bahasa apa!"Boleh tak kalau aku cakap sekali tu terus dengar jangan nak banyak cakap."sentap Adalina bila Bendahara Loui tak berhenti bercakap dari tadi.

"Baik."angguk Bendahara Loui dengan patuh setelah.

"Dah pergi sana. Make sure hanya raja saja yang tahu."tegas Adalina lagi.

Tanpa berlengah Bendahara Loui pergi dari situ meninggalkan Adalina sendirian di koridor itu.

Dengan letih, Adalina sandarkan badan dia ke dinding sebelum dongak memandang siling. Macam mana dia nak capai ahli keluarga Felia?Kalau dia minta Felia sendiri pasti Felia tak nak beritahu.

Sambil berfikir, Adalina seluk tangan dalam poket hoodie yang dipakainya sebelum tersentuh telefon bimbit.

Seperti direnjat, Adalina kemudian tersentak sedar lalu tolak dirinya dari dinding lepas dapat idea. Iya tak ya. Phone!

Terus dia seluk tangan keluar dari poket bersama phone di tangan. Nombor ayahandanya di dail sebelum dibawa ke telinga.

Dekat beberapa ketika menunggu, akhirnya panggilan itu di jawab. "Hello?"

"Ayahanda."panggil Adalina dengan lega.

"Hm. Masalah apa lagi yang kamu timbulkan kali ni?"soal Raja Eden dalam panggilan.

Adalina menjuling menyampah dengan soalan itu. "Dengar, I need your help to reach someone for me."cadang Adalina.

"Siapa?"soal Raja Eden lagi dalam panggilan.

"Raja Hyva. Ayahanda Puteri Felia. Maklumkan pada beliau, anaknya sedang tenat dan dirawat di hospital Genovia sekarang."ujar Adalina.

"Apa?!"

Adalina memejam mata sambil lepaskan hela nafas penatnya sebaik dengar reaksi ayahandanya. "Just hurry okay. Ini soal hidup dan mati."gesa dia dengan nada mengalah.