Kemalaman jugak la Adalina balik ke istana lepas tamat waktu melawat dan tunggu kaum kerabat Felia tiba di hospital. Sampai saja keluarga Felia di hospital petang tadi, Adalina jelaskan semua situasi kepada mereka dan pesan supaya bawa Felia balik semula ke negeri Hyva.
Dan sambil jelaskan tu Adalina sempat sekolahkan ayahanda dan bonda Felia. Ada ke patut banding-bandingkan anak dengan orang lain. Ingat elok apa. Sekali tu dia orang setuju nak jaga Felia elok-elok dan tarik diri dari pencalonan ni senyap-senyap tanpa kecoh.
Jam 11 malamnya, baru Adalina jejak kaki dalam biliknya yang gelap tu. Seperti pencuri, Adalina dengan senyap tutup pintu biliknya dan gerak untuk ke suis lampu bilik.
FLIK!
Cahaya terang membias bilik seterang-terangnya tak lama kemudian.
Sambil tunduk menggosok tengkuk kerana letih, Adalina berpusing untuk menghadap katilnya. Sekali bila dia angkat mata pandang ke depan,
Damn!
Duduk bersilang kaki Putera Addison dekat atas katil betul-betul menghadap Adalina.
Terus kejung Adalina dekat situ. Nasib dia bukan mak latah. Kalau tidak mahunya dia mencarut dekat situ.
Dup!Dap!Dup!Dap! Jantung berdetak dalam tulang rusuk sebab terkejut. Kepala otak betul!Terkejut la dia! Sejak pulak Pakcik ni ada dekat sini.
Sambil buat muka tak suka, Adalina silangkan tangan ke dada lalu berdiri dekat situ dengan renungan judgingnya."Dah teringin sangat nak pegang title pervert ke...?"
Addison ikut silangkan tangan ke dada sambil kerutkan kening tak puas hati masa pandang Adalina "Ke mana awak telah pergi Adalina. Sepanjang hari tiada kelibat. Tengah malam baru pulang?"tanya suara tu dengan nada tegas.
Like she care! "I well aware about it..'dad'." balas Adalina dengan nada sindirnya.
Dengan marah, Addison bangun dari situ lalu jalan berarak mendekati Adalina.
Namun Adalina sikit pun tak berganjak. Dia berdiri teguh di sini sehingga la Addison berdiri melangit di depan dia. Berani lelaki ni angkat tangan dekat dia, sumpah dia takkan bercakap dengan Addison sampai bila-bila.
"How dare you treat me like that! You disrespect by fooling me around."desis Addison depan muka Adalina. Dia sakit hati gara-gara kejadian pagi tadi.
"Bila masanya. Saya tak pernah main-mainkan awak. Jangan cakap ikut suka je eh."balas Adalina.
"Tak awak kata? Saya pelawa awak untuk keluar jogging dengan saya sebaliknya awak hantar mereka bertiga. Awak fikir saya ni apa?!"tanya Addison dengan marah. "Kemudian awak keluar tak beritahu. Dengan bendahara Loui lagi tu "
Adalina berdengus. Dia lirikkan mata atas ke bawah sewaktu litik Addison. Oh..lelaki ni tahunya nak marahkan dia. Fine. Kalau macam tu dia pun nak arah jugak.
"Ni saya nak tanya jugak, awak ni nak hadap saya seorang kenapa?Kan awak dah 'tag' lima orang puteri sebagai calon isteri awak. Kenapa tak ajak mereka semua untuk jogging sama. Kenapa saya seorang saja. Mereka jugak sama seperti saya kan."balas Adalina.
Addison buat muka lepas dengar. "Apa tag?"tanya dia.
"Jangan nak buat tak tahu. Raja Josiah dah beritahu saya hal sebenar. Awak...collect calon isteri dengan gunakan rantai ni.."Adalina keluarkan rantai yang tergantung dekat leher dari balik hoodie lalu di tunjuk dengan marah.
Addison berkerut kening sewaktu pandang rantai tu. Ayahandanya merepekkan apa pada Adalina pulak ni. "Mana ada. Rantai tu hanya ada satu je la. Saya tak tahu apa ayahanda saya beritahu pada awak. Apa yang sebenarnya berlaku, saya sukakan awak seorang. Disebabkan bonda tak suka awak, saya gunakan empat orang puteri tu sebagai alasan untuk benarkan awak masuk ke dalam istana ni tanpa menerima bantahan dari bonda."jelasnya dengan jujur. "Mana ada tag bagai."
Adalina terdiam sekejap. Dia buat muka terkejut sebelum jauhkan sikit kepalanya dari depan muka Addison. Eh?
"Awak sukakan saya dari awal?"ulang Adalina.
"Ya."angguk Addison satu kali.
"Untuk bawa saya masuk ke sini awak gunakan empat orang tuan puteri tu sebagai alasan?" tanya Adalina lagi sambil ajukan tangan ke arah pintu, merujuk pada puteri yang disebutnya.
Addison mengangguk sekali lagi.
"What the hell!"sebut Adalina dengan nafas tertahan. "Sejak bila pulak awak suka dekat saya?Kita pernah jumpa ke selama ni?Rasanya pertama kali saya jumpa awak adalah sejak hari pertama saya jejak ke sini."
"Panjang ceritanya kalau nak saya beritahu."
"Saya ada banyak masa nak dengar sekarang ni."
"Nanti."
"Sekarang."
"Adakah awak selalu degil macam ni?"
Adalina menjungkit bahu. "Ini bukannya degil tapi persistance."jawabnya.
"Saya akan beritahu kalau awak beritahu saya ke mana awak satu hari ni."
"Saya akan beritahu awak jugak kalau awak beritahu saya dari awal macam mana semua ni boleh berlaku."
"Adalina."
"Addison."
"Jangan ikut apa saya kata Budak!"
"Jangan panggil saya Budak, Pakcik!"
Kedua-dua itu saling berlawanan mata kemudiannya. Cuba lawan siapa yang kedipkan mata atau alihkan mata dulu.
Dekat 10 saat kemudian, Addison lepaskan hela nafas mengalah sebelum tundukkan mata lantas memicit batang hidungnya.
Adalina tarik sengih bangga sebab menang lepas tu. Heh! Nak lawan dengan dia, memang tak la.
Sambil menggeleng kepala Addison pun berkata. "Dah lewat. Kita bincang hal ni kemudian."dia pandang Adalina dengan renungan redup.
"Silakan.."Adalina menjuih dagu ke arah pintu. Ada kaki ada tangan kan. Buka pintu itu sendiri.
Sebelum bergerak pergi, Addison pegang lengan Adalina. "Kita belum selesai lagi. Dan awak hutang dua janji dengan saya."
"Janji apa?"Adalina dongak memandang Addison dengan kening berkerut.
"Janji awak dekat taman hari tu, dan juga janji yang pagi tadi awak mungkiri."beritahu Addison.
Adalina berdecit tak percaya. Lalu lengan yang dipegang Addison ditarik. "Siapa suruh memandai buat keputusan sendiri. Saya tak pernah setuju pun. Lepaskan saya sekarang."
Lengan Adalina malah ditarik dengan Addison sehingga buatkan Adalina tersandar ke badan sasa itu. "Carefull little princess. Awak tak nak tahu apa yang saya akan buat sekiranya awak tidak hormati saya."bisik Addison depan muka tu.
Adalina telan air liur senyap-senyap masa mata dia terarah pada bibir Addison sewaktu ia bergerak-gerak. Hish! Lelaki ni kan! Tahu la lagi tua dari dia. Suka sangat la nak guna kuasa veto pada dia.
"Lepas sarapan esok pagi, jumpa saya dekat taman sama kita jumpa hari tu. Ingat."bisik Addison sekali lagi sebelum beri kucupan dekat dahi Adalina sepintas lalu sebelum lepaskan lengan tu perlahan-lahan.
Adalina hanya diam dekat situ terkedu sendiri seperti baru dipanah petir. Kejung dan kaku.
Bersama sengih meleret bangganya, Addison keluar dari bilik Adalina.
Sebaik pintu bilik tertutup Adalina lepaskan nafas yang dia tahan sejak tadi sambil memberi jelingan geram ke pintu biliknya. Grrr! Kenapa la dia tak boleh nak lawan balik! Otak dia fikir lain hati dia rasa lain. Lidah dia kelu tak terkata.
Grrr! Tak guna betul!