Khabar angin mengenai keberangkatan Puteri Felia tersebar awal paginya. Gempar seluruh istana lepas dengar yang Puteri Felia tak boleh lagi sertai sesi pemilihan calon isteri putera mahkota.
Tak ada siapa yang tahu apa alasan yang sebenarnya kecuali Raja Josiah, Adalina dan Bendahara Loui sendiri.
Ramai-ramai dekat situ buat spekulasi sendiri.
Ada yang kata Adalina ada buat something dekat Puteri Felia la.
Ada yang kata Puteri Felia jatuh sakit lepas nampak Adalina keluar kali terakhir bersama Puteri Felia la.
Dan banyak lagi la spekulasi yang negatif semuanya terarah pada Adalina.
Sebab Adalina ada alibi yang kukuh untuk sakiti Puteri Felia memandangkan sejk awal lagi Adalina tidak pernah ngam dengan mana-mana puteri yang terpilih. Banyak masanya mereka bergaduh mengenainya.
Semasa semua orang ada dekat dalam sibuk sarapan, hanya Adalina seorang saja yang tolong bawa barang Felia keluar dari istana bersama Dayang Lucia memandangkan Felia sendiri tak boleh nak keluar dari limosin.
"Kau okay?"tanya Adalina semasa bongkok bertenggek dekat cermin kereta sebelah tempat Felia duduk.
Felia tersenyum lebar sambil mengangguk kepala. "Terima kasih Adalina."ucapnya yang berasa senang hati. Semalam lepas dia sedar, tengok-tengok ayahanda dan bondanya ada di sisi katil sambil memegang tangannya. Dan sejak itu orang tuanya tidak mahu meregang dengan dia. Mereka layani dia sebaik-baiknya. Tak tahu la apa yang Adalina dah buat sampai macam tu sekali ayahanda dan bonda dia berubah.
"Aku tak buat apa-apa pun."
Felia cubit pipi Adalina dengan perlahan kerana geram. Kalau umurnya panjang, dia sanggup terima Adalina sebagai adik angkatnya. Mereka berdua pasti boleh jadi kawan yang baik nanti. "Kamu ni tak ada la teruk mana sebenarnya. Orang je yang sering salah faham mengenai kamu."katanya sambil tu.
Adalina tersenyum, harapnya macam tu. Tapi itulah, orang kalau dah dengki, semua apa yang ada di mata mereka mengenai dia semuanya salah. Dia biarkan Felia cubit pipinya. Biar makin tembam. Baru comel."Take care. Doa aku sentiasa bersama kau."katanya sewaktu pandang muka pucat Felia.
"Um."angguk Felia dengan perlahan."Kamu pun sama..."
Adalina berdiri tegak, memandang Felia dengan renungan sedih. Mungkin ini kali terakhir dia temui Felia. Jadi dia akan katakan hal ini.
"Kau pun apa kurangnya. Memang kadang-kadang kau menjengkelkan. Tapi kau sebenarnya baik orangnya. Jangan risau. Aku akan jaga rahsia kau baik-baik."kata dia sewaktu peluk sekeliling lengannya sebab suhu sejuk pagi tu.
Felia beri anggukane kecil kepada Adalina sewaktu cermin kereta itu perlahan-lahan naik dan limosin itu mula bergerak pergi dari situ.
Adalina lepaskan keluhan panjang sebelum tersentak yang dia dekat situ bukan seorang diri. Berasa seperti identiti dia telah terbongkar, Adalina palingkan badannya ke belakang sambil gigit bawah bibirnya.
Di situ berdirinya Dayang Lucia dan Bendahara Loui dengan muka judging masing-masing.
Haish! Rosak imej bitch dia! Macam mana la boleh lupa pulak ni!
"Asal pandang-pandang?"sentap Adalina saja nak buatkan diri dia kelihatan jahat semula. Tak pasal-pasal betul.
Dayang Lucia beri senyuman keibuannya kepada Adalina. Sikit pun tak terasa. "Boleh kita masuk sekarang tuan puteri?Pasti tuan puteri lapar kerana tak sempat sarapan."ajak Dayang Lucia.
Sarapan?
Adalina buat muka tanda soal dia.
"Ya...waktu sarapan sudah pun bermula lama tadi."beritahu Bendahara Loui.
Adalina angkat tangan kiri lalu tunduk memandang jam tangan di pergelangan tangannya itu. "9?"lama betul dia berborak dekat sini. Sampai satu jam berlalu.
"Ya...tuanku terlalu seronok berborak dengan tuan puteri Felia sejak tadi."kata Dayang Lucia.
Bendahara Loui perhatikan Adalina. Dia perlahan-lahan mula faham akan Adalina bagaimana. Memang dari ekpresi Adalina, puteri ini kelihatan tidak peduli akan apa yang berlaku di sekelilingnya. Walhal, dalam hati itu tiada siapa yang tahu.
"Sekiranya tuan puteri mahu, saya akan arahkan tukang masak sediakan sarapan hangat untuk tuan puteri."kata Bendahara Loui dengan nada penuh hormatnya.
Adalina beri muka 'buat tebiat' pada Bendahara Loui lepas perasan akan perubahan intonasi dalam suara tu.
"Apa kau buat?"soal Adalina sambil pandang Loui.
Dayang Lucia pandang ke Bendahara Loui dan Adalina silih ganti. Ada sesuatu yang dia tidak tahu mengenai dua orang ini ke.
"Apa maksud tuan puteri?"Bendahara Loui jungkit kening tak faham.
Adalina dapat mengesan ada sesuatu tak kena. Sesuatu yang akan buatkan dia jengkel. "Jangan kau buat eh."arahnya dengan mata menjegil bulat.
Bendahara Loui dengan tak sengaja tersenyum lepas tengok reaksi comel Adalina. "Saya tak buat apa-apa pun."
"Itu..itu..cara kau pandang aku...cara kau cakap dengan aku. Mana attitude yang kau selalu bagi dekat aku hah?Asal tiba-tiba dah berubah?"Adalina buat badan kengerian.
"Saya tak faham."Bendahara Loui sewaktu pandang Dayang Lucia dengan muka innocent dia.
Sementara Dayang Lucia yang tak faham apa yang Puteri Adalina bisingkan hanya mengangkat kening tinggi.
Adalina kecilkan mata curiga. Ya la tu!Dia belajar psikologi okay. It mean dia tahu nak baca bahasa badan manusia. So dari sudut pandangan dia, Loui ni dah smitten pada dia. Eew! "Kau jangan macam-macam dengan aku ya. Kalau tak nahas kau. Rahsia kau aku bongkar."ugut Adalina sambil tunding jari depan Bendahara Loui.
Bendahara Loui beri tunduk hormat untuk buat pertama kalinya kepada Adalina selepas sebulan keberadaan Adalina dekat sini. "Baik tuan puteri."
"Oh my gosh!You are so unbelieveable!" Adalina terus menyelak rambut ke belakang bahu dengan marah sebelum jalan berarak masuk ke dalam istana.
Bendahara Loui tarik sengih meleret semasa berdiri tegak semula dan jalan seiring dengan Dayang Lucia di sisi.
"Apa yang sedang berlaku ni Bendahara Loui? Kenapa Puteri Adalina marah?"tanya Dayang Lucia.
Sambil pandang akan langkah marah Adalina di depan Bendahara Loui berkata. "Tiada apa-apa Lucia. Macam la tak kenal Puteri Adalina tu macam mana angin dia."selorohnya sebelum tersenyum kerana terusik dengan sikap Adalina yang kadang-kadang boleh jadi kebudak-budakan dan matang dalam masa yang sama.