Dengan magistic, berdirinya Addison dekat depan fountain tu sambil meletakkan kedua-dua tangan di belakang badan dan mengenakan pakaian sukan adidasnya. Hitam bergarisan biru full set dengan kasut sekali. Rambut hitam berkilatnya di sisir kemas ke belakang. Mendedahkan dahi luas lagikan licin miliknya.
Sesiapa yang pandang akan terpana.
"Tuanku mahu saya ikut sekali?"tanya Dayang Nadia di sisi.
"Tak perlu. Kamu boleh pergi.Saya tak apa-apa sendirian."jawab Addison semasa mencapai botol mineral dan tuala dari tangan dayang peribadinya.
"Baik tuanku."tunduk Dayang Nadia dengan patuh sebelum jalan mengundur ke belakang lalu beredar dari situ.
Addison tunduk membetulkan pakaiannya setelah itu mahu hilangkan rasa gugup menunggu kehadiran Adalina ke situ. Sambil tu dia pandang sekeliling yang masih belum bermatahari lagi. Yalah baru jam 7 pagi, langit sendiri masih gelap.
Semalam semasa meeting dengan ayahandanya mengenai hal ehwal negara, Raja Josiah tiba-tiba minta dia berbincang dengan Adalina mengenai peraturan dan etika di istana secara peribadi. Memandangkan kalau orang istana dan dayang Lucia sendiri tak boleh handle puteri mischievious yang seorang itu. Ayahanda minta masuk campur tangannya sendiri. Kerana itu dia minta Adalina turun berjoging sama dengan dia.
"Putera Mahkota!"laung satu suara riang dari belakang menyentak lamunan Addison tidak lama kemudian.
Bersama hati melonjak riang, Addison pun toleh ke belakang. Sekali lepas dia pandang, bukan Adalina yang di Nampak dulu, tapi tiga orang puteri yang lain. Dumbfounded dengan keadaan itu, dia pandang tak berkedip ke arah Puteri Camelia, Puteria Andalusia dan Puteri Dania jalan menghampiri dirinya di depan air pancur itu.
Puteri Camelia terlebih dahulu tiba di depan Putera Addison. "Maaf lewat.."ucapnya dengan senyuman lebar di bibir.
Setelah itu baru la Puteri Andalusia dan Puteri Dania menyertai mereka berdua. "Selamat pagi tuanku."sapa mereka dengan sopan.
"Ah..ya. Selamat pagi."balas Putera Addison teragak-agak. Dah kenapa pulak mereka bertiga ni yang ada dekat sini?
"Saya dengar tuan putera pelawa kami untuk keluarg berjoging sama. Mari la gerak."ajak Puteri Andalusia.
Puteri Dania pandang akan reaksi Putera Addison dengan renungan ingin tahu. Yalah, kan ada larangan yang mana puteri tidak boleh berjumpa dengan putera mahkota melainkan untuk hari ganjaran saja. Dia sendiri belum sempat hadirkan diri untuk temu janji dengan Putera Mahkota dua hari lagi. Dah diajak untuk berjoging sama.
"Dari siapa?"soal Putera Addison yang teringat akan dua orang suruhannya.
"Butler yang beritahu."jawab Puteri Camelia pula.
Addison pandang bingung ke Puteri Camelia sekejap. Butler?Salah bagi info apa dua orang butlernya ni! Alahai!
"Kenapa?"tanya Puteri Dania pula. "Ada sesuatu yang tak kena ke?"
Addison pandang ke Puteri Dania dengan kening terangkat. Lidah dia terkelu sendiri. Tak tahu nak cakap macam mana. Lain yang di jemput lain yang datang. "Tak ada apa-apa."senyum dia dengan terpaksa. Budak tu memang nak kena apa! Berani betul buat tak endah dengan arahan dia! Tak takut ke apa dia akan buat nanti!?
"Mari la kalau macam tu.."Puteri Camelia rangkul lengan Putera Addison dengan selamba sewaktu memaksa lelaki itu berpaling dari situ.
Addison pandang ke arah pintu keluar istana, menanti akan ada yang bakal keluar dari situ dan sertai mereka. Namun sehingga la dia bergerak dari itu, orang itu tidak juga keluar dari situ. Bersama perasaan kecewanya, Addison pun mula bergerak seiring dengan tiga orang puteri ke arah laluan jogging di belakang hutan depan istana tu.