Keesokan harinya, tiba la test kedua buat semua puteri.
Masing-masing mengenakan pakaian rasmi diraja mereka, kelima-lima puteri itu berdiri di situ menghadap Raja, Ratu, Putera Mahkota, Enam orang penasihat diraja, Lima orang kuat raja sendiri yang bakal menjadi juri untuk test nanti.
Puteri Felia tunduk berdehem untuk selesakan diri.
Puteri Camelia acah-acah betulkan tali reben yang terikat pada kolar bajunya.
Puteri Andalusia membelek dirinya melalui cermin compact.
Puteri Dania hanya berdiri di situ dengan tegak dengan kedua-dua tangan di depan perut.
Dan tempat terakhir, kosong tiada calonnya. Yang mana menjadi punca kenapa suasana tempat itu agak krik-krik seperti burung gagak lalu.
Raja Josiah dekat kerusi takhtahnya duduk bersandar sambil ketuk jari dekat lengan kerusi.
Ratu Annatasia pula sudah membuat muka grumpy.
Sementara Putera Mahkota sibukkan diri dengan ipad yang ada di tangan. Siapkan kerja mana yang perlukan perhatian dia ASAP.
Berasa putus asa untuk menunggu lebih lama, Ratu Annatasia gerak untuk bangun dari situ, namun baru saja dia angkat punggung dari kerusi, masa itu pintu gerbang ruang balairung seri itu terbuka. Dayang Lucia berjalan masuk ke dalam dengan muka cemas sambil Tarik tangan Adalina Bersama di belakang.
"Maafkan patik kerana terlewat."ucap Dayang Lucia semasa berdirikan Adalina di sebelah Dania.
Semua mata terarah pada orang yang mengenakan baju cekak leher lengan Panjang belah kanan dan kiri berseluar dan bertumit tinggi warna baby blue itu Bersama perasaan tidak puas hati. Gara-gara menunggu kehadiran tuan puteri yang seorang ini mereka habiskan masa sejam.
Semata kerana orang ini.
"At last. Ingatkan tak datang terus tadi."cebik Ratu Annatasia.
Adalina pandang ke Ratu Annatasia yang memberi komen. Lalu mata dia tergerak ke Raja Josiah. "Kalau dah hilang sabar dengan saya, kenapa tak singkirkan saja saya dari sini."balasnya dengan nada bersahaja.
"Cukup."arah Raja Josiah. "Kita mulakan test tu sekarang. Pendekkan terus kepada point Utama. Tak perlu semua penjelasannya."katanya dengan nada malas.
Adalina yang dengar terus palingkan kepala ke kanan, Sambil menyilang tangan ke dada, dia kerutkan keningnya kerana tidak puas hati.
"Baik tuanku."jawab penasihat pertama sebelum gerak maju ke depan. Lelaki itu buka skrol di tangannya dan mula memandang isi dalam skrol itu. "Di sini terdapatnya sebuah soalan yang perlu tuan puteri semua jawab jujur dari pendapat masing-masing."
Semua di situ memberi focus sepenuhnya kepada penasihat raja sewaktu lelaki itu bercakap.
"Soalan pertama, sekiranya di beri pilihan taktah atau hidup normal sebagai rakyat biasa, apa pilihan anda?"
Adalina palingkan kepala lepas dengar soalan itu. Terusik dengan soalan itu.
"Di persilakan Puteri Felia kemudian diikuti Puteri Camelia, Puteri Andalusia, Puteri Dania dan terakhir Puteri Adalina."ujar penasihat itu.
Semua di situ memandang Puteri Felia.
"Rakyat biasa."jawab Felia tanpa ragu malah dia tersenyum senang.
"Kenapa?"tanya Ratu Annatasia.
"Sebab saya takkan terikat dengan peraturan."jawab Felia dengan yakin.
Setelah itu semua yang ada di situ mengangguk kepala faham sebelum pandang ke Puteri Camelia.
Puteri Camelia tersengih kambing tidak tahu nak jawab apa. "taktah?"jawabnya tidak pasti.
"Sebabnya?"tanya Raja Josiah pula.
Putera Addison yang tertarik dengan topik itu turunkan ipad ke riba lalu beri perhatian.
"Sebabsaya tak boleh hidup menjadi orang biasa?"jawab Puteri Camelia dengan muka tak pasti.
Sampaikan yang dengar pun rasa tak pasti macam mana nak nilai akan jawapan itu.
"Seterusnya.."aju penasihat itu sambil pandang ke Puteri Andalusia pula.
"Rakyat biasa."jawab Puteri Andalusia. "Sebab jadi rakyat biasa tak perlu peningkan kepala untuk fikirkan cara macam mana nak jaga hati orang lain..."jawabnya serta merta.
Lalu mereka mengangguk kepala sebelum memandang satu-satunya calon harapan mereka. Iaitu Puteri Dania. "Ya Puteri Dania. Apa jawapan anda?"
Puteri Dania kerling ke Adalina ke sebelah sekejap sebelum pandang ke arah mereka. "Apa kata suruh Puteri Adalina yang jawab dulu."mintanya yang buatkan semua orang dekat situ taken back.
Adalina yang dengar lagi la. Dia pandang pelik ke Dania. Matanya naik turun menilik Dania atas bawah tak puas hati. Dah kenapa dia pula.
"Ah...tak ada. Jangan nak mengada. Dia tanya kau dulu kan, jawab la dulu. Aku pulak kenapa."balas Adalina serta merta.
Putera Addison yang melihat reaksi Adlina pandang ke Puteri Dania. "Ya la..kenapa awak tak jawab saja soalan itu dulu Puteri Dania."sampuknya.
Adalina pandang ke Putera Addison setelah dengar suara lelaki tu. Sambil buat muka menyampah, dia menjeling menyampah. Menyibuk je!
"Fine...kalau nak sangat dengar. Saya pilih taktah. Sekiranya saya ada kuasa, saya akan gunakan kuasa tu untuk hapuskan semua system tak masuk akal yang susahkan kami sebagai tuan puteri dalam waris di raja ni."jawab Dania dengan nada tegas.
Adalina yang dengar tersengih. Kalau dia kawan dengan Dania, lama dah dia high five perempuan sebelahnya. Sebab jawapan dia sama macam Dania. Dia pilih kuasa. Kalau ada kuasa semua boleh jadi.
Semua di situ mengangguk kepala dengan bangga. Berasa puas hati dengan jawapan yang di berikan. Namun senyuman mereka jatuh setelah pandang Adalina. "Dan kamu Puteri Adalina?"tanya Ratu Annatasia dengan nada tak suka dia.
Satu singgulan terasa di tepi lengan buatkan Adalina tersentak. Dia yang sedang termenung itu pandang ke Dania. "Asal?"tanya dia.
"Ratu tanya kau tu.."bisik Dania dengan perlahan.
"Saya pulak ke?"Adalina tunjuk mukanya sendiri.
Raja Josiah pandang Adalina lalu mengangguk kepala mengiyakan soalan itu.
Entah kenapa semua dekat situ tunggu dengan perasaan berdebar yang amat. Sedangkan orang yang mereka nantikan jawapan dari adalah manusia paling menjengkelkan dalam dunia ni.
"Saya pilih diri saya. Apa saya nak itu yang saya pilih. Taktah atau rakyat biasa adalah aftereffect keputusan yang saya buat. Sebab saya seorang manusia. Ada hak untuk pilih dan buat keputusan."jawab Adalina.
Semua di situ terdiam selepas mendengar jawapan itu, termasuk la puteri-puteri di situ.
"Huargh.."nguap Adalina tanpa sengaja setelah itu. "Saya tak tahu apa tujuan test tak berfaedah ni dibuat.Apa saya tahu saya mengantuk dan mahu selesaikan semuanya secepat. So puas hati?Boleh kita pergi sekarang?"kata dia sewaktu menguap.
Putera Addison pandang kagum ke Adalina. Sambil sondong ke Ratu Annatasia lantas berbisik. "Didn't I told you?"
Ratu Annatasia yang dengar hanya buat muka lalu singgul bahu Addison supaya jauh darinya.