Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 10 - 10. Dayang!

Chapter 10 - 10. Dayang!

Selepas hadiri istiadat menghadap dan segala bagai yang menyusahkan serta memenatkan selama sejam lebih. Mereka di hidangkan makan malam dan makan Bersama dengan raja dan ratu. Setelah itu di arahkan untuk beredar ke bilik masing-masing.

Sewaktu transisi hendak keluar dan diagihkan bilik tu, ada satu perkara yang buatkan Adalina marah yang amat sangat. Sumpah dia langsung tidak tahu menahu mengenai hal ini. Lepas Nampak Puteri Dania Bersama seorang butler lelaki baru la dia tersedar.

"Excuse me?No one tell me that I can bring my own maid?"soalnya pada bendahara raja yang bertanggungjawab guide semua puteri-puteri ke bilik mereka. Dan di sebabkan Adalina adalah calon ke lima, dia adalah orang terakhir yang di tunjukkan biliknya.

Bendahara Loui buat muka lepas dengar. Dia dengan terpaksa tarik senyuman mesranya kepada Adalina. "Di dalam surat perutusan sudahpun kami sertakan semua maklumat dan makluman yang perlu tuan puteri titik beratkan."ini mesti kes tak baca perutusan ni. Dasar puteri terlebih manja!

Adalina berdnegus tak percaya lepas dengar. Terbaik betul bonda dia ni! Boleh pulak tak beritahu dia hal ni! Memang nak kena betul! "Habis tu siapa yang nak angkat bagasi saya nanti?Tolong saya sepanjang saya dekat sini?"soalnya dengan kening berkerut.

Ada kaki ada tangan guna la sendiri! Bendahara Loui ketap gigi sambil berikan eye smile pada Adalina. "Jangan risau. Buat masa ni saya akan bantu tuan puteri bawa bagasi tuan puteri. Esok saya akan hantar dayang peribadi untuk tuan puteri."katanya.

Adalina melepaskan keluhan tak percaya sebelum dongak memicit bridge hidungnya. Stress betul!

Bendahara Loui perhatikan Adalina sewaktu mereka berdua sedang berdiri dekat depan anak tangga. Sedang bersedia untuk naik ke tingkat dimana bilik Adalina berada. Tapi puteri kuat demand dan menyusahkan ni halang tugas dia sejak tadi.

"Tak payah!Saya tak nak sebarang orang sentuh barang saya!"sentap Adalina semasa tunduk memegang bagasi berwarna baby blue lalu di angkat dengan kedua-dua tangan.

Tersentak Bendahara Loui masa Adalina dengan garang menyentap padanya. Okay fine. Macam la dia nak tolong angkatkan!

"Menyusahkan aku betul! Saja je kan tak nak beritahu sebab nak bagi aku uruskan diri sendiri lah tu!"bebel Adalina semasa mendaki anak tangga sambil memegang bagasinya dengan susah payah.

Selepas mendaki lebih dari 40 anak tangga dan merentasi koridor yang Panjangnya muka beberapa meter, mereka berdua tiba di depan sebuah bilik dua muka pintu. Dan di pintu itu terdapat satu plak emas yang tertarah nama Adalina dalam bentuk berangkai.

"Seriously?"soal Adalina dengan nada 'duhh'.

Bendahara Loui yang baru saja hendak pegang tombol pintu pandang ke belakangnya dengan kening terangkat. "Maaf apa dia?"tanya dia.

Adalina juih bibir ke plak nama di pintunya. "Ingat ini asrama apa siap nama bagai. Memangnya perlu plak nama bagai?"komenya.

Taktala meter kesabarannya sudah melepasi takat didihnya, Bendahara Loui pegang tombol pintu itu lalu tolak daun itu ke dalam. Tak kuasa dia hadap lama-lama puteri depannya. Takut ada yang kena maki jugak kejap lagi. Asal banyak sangat soalannya. Spesis puteri mana yang sesat dekat sini pulak ni? "Selamat berisirahat tuan puteri. Saya minta diri dahulu."pamitnya serta merta tanpa berlengah.

"Eh tu-"Adalina terdiam lepas Bendahara Loui pergi dari situ macam tu je. Dia belum habis bercakap lagi. "Sengal!"komen Adalina lepas tu sebelum tarik bagasi dan melangkah masuk ke ruangan itu.

Pintu bilik itu di tendang dengan kaki oleh Adalina bersahaja selepas dia berdiri menghadap bilik yang saling tak tumpah seperti bilik tidurnya di Istana Ronia. Luas dan cantik. Malah ia dihias dengan warna rasmi negerinya iaitu baby blue dicampur sedikit dengan warna putih. Buatkan pemandangan bilik itu seperti ais.

Dengan malas Adalina heret bagasinya lalu dekati katil besarnya. Berdiri saja di tepi katil, bagasi yang di pegangnya di jatuhkan ke atas lantai dengan selamba sehingga menghasilkan bunyi bising di dalam bilik tersebut.

Setelah itu, Adalina bersila atas lantai berjubin itu dan buka bagasinya. Disebabkan dayang tiada, terpaksa la dia unpack semuanya sendiri macam biasa. Tak pasal-pasal betul! Dah la tengah penat macam ni!

Sambil tarik muncung tak puas hatinya, Adalina keluarkan satu persatu barang yang dia perlukan untuk tukar pakaian dan bersihkan diri. Sedang dia korek isi bagasinya, sesuatu yang keras terselit di antara buku-buku bacaannya. Hairan dengan objek itu, Adalina turunkan buku dan Mac Booknya dari bagasi tu sebelum ternampak satu bingkai kayu oak dan bergambar tergeletak di permukaan bawah bagasi.

Dia pun capai bingkai gambar tu dengan senyuman nipis di bibir. Ianya adalah gambar keluarganya Bersama Aiden suatu masa dahulu. Perlahan-lahan dia angkat tangan kanannya lalu di sentuh permukaan kaca itu dengan kasih. Semua orang dalam gambar tu tersenyum senang dan kelihatan bahagia. Tiada satu pun garis sedih atau marah di renungan mata masing-masing.

Berasa rindu dengan semua itu, Adalina peluk bingkai tu rapat ke dadanya. Tak sampai sehari di sini, dia diserang homesick. "Terima kasih Nina.."ucapnya dengan mata terpejam kerana bersyukur sebab gambar ini ikut dia Bersama.