Akhirnya, setelah penantian demi penantian. Tiba la hari ujian pertama di laksanakan. Ramai orang menantikan hari ini. Terutama sekali para dayang dan semua staf yang bekerja dalam istana. Bukannya apa. Sebab mereka semua telah letakkan taruhan ke atas kelima-lima orang puteri tersebut.
Mereka bertaruh siapa yang bakal terpilih sebagai pemenang.
Ramainya pilih Puteri Dania, sebab sejak kali pertama mereka temui Puteri Dania, mereka yakin Puteri Dania adalah calon yang tepat.
Dan pilihan terakhir taruhan mereka adalah Adalina.
Kalau ratio pekerja dalam istana adalah 500 orang, mungkin 2:500 saja yang taruhkan wang mereka atas nama Adalina.
Sebab mereka semua yakin, puteri bermasalah dan menjengkelkan seperti Adalina itu tidak akan Berjaya melepasi pusingan kedua sekalipun.
Mewah.
Cantik.
Dan tersusun.
Keempat-empat pinggan yang berada di atas meja itu dipandang oleh bendahara dan dua orang lagi staf istana dengan senyuman di bibir sebab berpuas hati. Sehingga la tiba di pinggan kelima, senyuman mereka dengan serentak jatuh. Perlahan-lahan mereka pandang ke tukang yang menyediakan hidangan pula.
Masing-masing pandang dengan muka 'WTF','seriously' mereka.
"Tuan Puteri Adalina...boleh saya tahu ini hidangan apa?"tanya Bendahara Loui sambil tunjuk pinggan yang terisi dengan roti sandwich putih dan segelas susu.
Adalina yang kelihatan ceria itu, pandang blur ke mereka. "Tak tahu ini apa?"tanya dia. "Roti sandwich dengan jem peanut butter jelly dan susu kambing la. Apa lagi. "jawabnya sambil buat muka tak boleh blah. Ingatkan dia yang rabun. Rupanya ada yang lagi rabun dari dia.
Keempat-empat puteri di situ pandang tak percaya ke Adalina dengan ketawa yang dikawal. Semakin hari semakin menjadi-jadi perangai Adalina la!
"Ini bukan satu hidangan...tuan puteri tahu tak Putera mahkota paling tak suka dengan hidangan seperti ini?"soal staf istana pertama.
Adalina berdengus. "Oh really?Entah, saya tak peduli. Awak suruh saya masak bukan. Saya dah beritahu saya tak pandai masak. Awak suruh saya cipta menu bukan. Ini la menu yang saya boleh cipta."balasnya. "Banyak bunyi pulak. Untung-untung saya sediakan hidangan dari saya bagi pinggan kosong.."sungutnya.
Bendahara Loui mula merinding jengkel dengan sikap Adalina. Malah dua staf istana yang dengar pun buat muka sebelum ambil keputusan untuk biarkan saja hal ini.
"Baik la...kalau begitu hidangan ini akan di hantar ke bilik putera mahkota. Keputusannya akan di maklumkan setiap ujian rasa yang dilakukan."ujar Bendahara Raja dengan nada mengalahnya lepas tu.
"Pergi lah. Beritahu dia selamat menjamu selera ya."seloroh Adalina dengan senyuman dibuat-buatnya.
Bendahara Loui tak cakap apa-apa, dia hanya beri isyarat pada lima orang butler lelaki yang berdiri di situ sejak tadi mengangkat hidangan-hidangan itu lalu di bawa pergi dari situ. Sebelum dia pergi, sempat dia kerling ke Puteri Andalusia.
Lepas tengok dia orang pergi, Adalina pun ikut berpaling dari situ. Tak nak lama-lama dalam bilik yang sama dimana tiga orang puteri yang menyebalkan dia. Namun tak sempat dia nak melangkah, Puteri Felia dah berdiri dekat depan dia.
"Hei..nak ke mana. Tunggu dulu."arah Puteri Felia.
Adalina pandang tak berminat. "Asal?"balasnya. Hish! Apa isu perempuan ni dengan dia. Ada je la halnya! Tak boleh bagi dia sendirian langsung.
"Asal?"ulang Puteri Camelia pula. "Berani ya kamu cakap dengan nada begitu?"tegurnya.
"Entah...dah berapa kali dipesan guna Bahasa yang elok ketika bercakap masih lagi berdegil dengan perangai menjengkelkannya ni. Hormat sikit!"tegas Puteri Andalusia pula.
Puteri Dania hanya perhatikan perbalahan itu. Hairan dia, kenapa la tiga orang puteri ni tak boleh nak tinggalkan Adalina sendirian. Ada saja yang nak di sakitkan hatinya.
Adalina silangkan tangan ke dada lalu buat muka berlagak dia. Cakap je lebih. Tak sedar diri betulkan dia orang bertiga ni kan!
"Jangan nak sekolahkan aku boleh tak. Aku tahu la nak cakap dengan orang macam mana. Kalau orang macam kau ni tak layak dapat layanan baik dari aku."cebik Adalina. "So jangan expect aku untuk respect princess bratty macam kau orang semua ni!"
"Bratty?Hei yang bratty sekarang adalah kamu tahu tu. Sudah la tak pandai masak, masih lagi berani nak tunjuk hebat."mata Puteri Felia menjegil bulat.
"Macam mana la orang tak cerita yang buruk kalau perangai tu tak boleh nak di ubah?Kalau macam tu, tak sampai pusingan kedua, kamu pasti akan disingkirkan dari sini."seloroh Puteri Camelia dengan nada mengejeknya.
"Memalukan kaum kerabat di raja betul! Tak kasihan langsung pada bonda dan ayahanda kamu ke?"pesan Puteri Andalusia pula dengan muka tak puas hatinya.
Adalina tarik sengih jahat lalu lentokkan kepalanya ke kanan. "Memang itu rancangan aku. So kau orang bertiga tak payah rasa insecure sangat sebab aku memang tak ada niat untuk dapatkan si perasan bagus tu. jadi berhenti ganggu aku dan jengkelkan aku. Okay."tanpa berkata apa-apa lagi, Adalina tolak Felia ke tepi lalu jalan melepasinya.
Puteri Andalusia melepaskan dengusan tak percaya.
Puteri Camelia buat muka menyampah.
Puteri Felia pandang tak puas hati ke belakang Adalina semasa perempuan tu jalan melepasi dia.
Sementara Puteri Dania hanya berdiri di situ tidak berbuat apa-apa.
Dan ketika semua itu terjadi, berdirinya Raja Josiah di suatu sudut. Menyaksikan segalanya. Dari awal perbualan sehingga la Adalina pergi dari situ meninggalkan empat orang puteri tersebut.