Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 18 - 18. Uji Rasa Gone Wrong

Chapter 18 - 18. Uji Rasa Gone Wrong

"Buahahaha!!!!"meledak kuat suara ketawa dalam bilik tu.

Ratu Annatasia yang lihat hanya buat muka kesal dengan reaksi anak lelakinya. Boleh pulak ketawa. Ada yang lucu ke dekat sini!

Seperti baru Nampak manusia jalan tak ada kepala, mereka yang ada dalam ruangan itu pandang kaku ke lelaki yang sedang ketawa terbahak-bahak memegang perut dan muka kemerahan di sofa menghadap mereka.

"Ahahah...serius?"ketawa Addison sampai keluar air mata. Dia cuba kekalkan postur tenang dia sekali bila dia Nampak pinggan dimana roti sandwich dan segelas susu kambing berada dia terhambur ketawa semula. "Ahahahahah!Ahahah!"

"Putera Addison!"tegas Ratu Annatasia dengan muka kesalnya.

Bersama sisa ketawa Putera Addison pandang bondanya. "Kenapa?"tanya dia.

Bendahara raja, dayang, para butler mahupun pengawal keselamatan yang ada di situ perhatikan putera mahkota mereka yang sedang ketawa itu dengan minat. Jarang mereka tengok Putera Addison ketawa dengan gembira macam ni sekali..

Sambil tegakkan badan yang lemah kerana terlalu banyak ketawa, Addison terus capai pinggan roti itu lalu di belek roti tu dengan sisa senyuman di bibirnya. Sambil seka air mata dengan tangan satu lagi, Addison pandang bendahara di depannya. "Siapa yang buat?"tanya dia.

Bendahara buat muka cuak. Dia pandang ke butler di sebelahnya lalu ke Addison semula. "Um..itu. Saya tak boleh beritahu siapa sehingga tuanku beri keputusan muktamad hidangan mana yang kena pada citarasa tuanku."katanya.

Sambil geleng kepala dan tersenyum, Addison meletakkan semula pinggan itu ke meja lalu melihat empat hidangan yang kelihatan sangat lazat dan berbau harum di atas meja kopi depannya. Pandang saja dah tahu hidangan ini semuanya lazat-lazat. Tapi kenapa antara lima calon hanya seorang sahaja yang sepertinya langsung tak tunjukkan usaha untuk ambil hati dia.

"Perlu ke saya rasa?"soalnya sebelum pandang bendahara.

"Ya tuanku, ratu minta agar tuanku rasa setiap masakan di sini dan pilih mana yang berkenan di hati tuanku."ujar bendahara sekali lagi.

"Bonda?Bonda nak rasa masakan mereka?"tanya Addison sambil tersengih kerana masih berasa lucu dengan apa yang di lihatnya.

Mata Ratu Annatasia menjeling tajam ke puteranya. "Kamu tahu apa maksudnya semua ni?"tanya dia. "Ini maksudnya salah seorang dari calon memperlekehkan ujian yang bonda berikan kepada mereka. Cuba kamu lihat ni..roti sandwich dan susu kambing?Nak perli atau kenakan kamu?"bebelnya dengan marah.

"What wrong with that. Don't you think it cute?"tanya Addison yang sikit pun tak terkesan dengan amarah bondanya.

Lain pula ceritanya dengan Bendahara Loui serta dayang dan butler di situ. Mereka semua dah menikus ketakutan bila dengar wanita itu meninggikan suara.

"Bonda tahu ini kerja siapa. Ini tak lain tak bukan pasti kerja Puteri Adalina. Kalau bukan dia siapa lagi yang buat perangai bukan-bukan macam ni...cuba kamu lihat. Empat orang yang lain sedaya upaya tunjukkan bakat mereka untuk ambil hati..sementara dia. Saja nak sakitkan hati?"bebel Ratu Annatasia lagi.

Putera Addison yang duduk dekat sebelah Ratu Annatasia itu pun rangkul bahu itu mahu memujuk. "Bonda. Jangan la terlalu marah. Ianya hanya masakan. Lagipun anakanda tak rasa pun apa yang calon kelima ni cuba lakukan. Sekurang-kurangnya dia cuba."ujarnya.

Ratu Annatasia melepaskan dengusan kasar sambil mengerutkan keningnya. Tiada lagi kata-kata keluar dari dia. Dah anak lelaki dia cakap macam tu, dia boleh cakap apa lagi.

"Kalau macam tu kamu rasa kemudian pilih. Kecuali hidangan kelima ni."gerutu Ratu Annatasia. terus hilang mood dia nak merasa semua makanan ni.

Putera Addison jungkitkan kening. "Bonda tak nak rasa sekali?"

"Tak ada mood."rajuk Ratu Annatasia dengan muka kesalnya.

Putera Addison geleng kepala lalu menurunkan tangannya dari bahu bondanya untuk pandang hidangan yang ada di depannya itu.

Kalau di tanya, jelas-jelas la, dia pilih yang paling sedap. Tapi semua tu terbatal lepas dia nampak sepinggan roti di depannya ini. Dia ingin tahu siapa la yang tak berkenan sungguh dengan dia sampaikan beri makanan yang dia paling tidak sukai dalam dunia ni. Iaitu roti sandwich berinti peanut butter jelly dan susu kambing.

Jelas-jelas dekat sini calon kelima dia ni tidak mahu di pilih dengan dia. So memandangkan calon ni nak pemainkan dia, apa salahnya kalau dia join sekali game ni.

"Hmm..saya rasa saya dah tahu saya akan pilih yang mana."maklum dia sewaktu pandang Bendahara Loui semula.

"Tapi tuanku belum rasa lagi."soal butler lelaki di sebelah kanan Bendahara dengan terkejut.

"Saya pilih hidangan kedua ini sebagai makanan yang saya sukai."tunjuk Addison pada hidangan daging wagyu yang dimasak dengan detail sekali. Bau haruman dari makanan ini buatkan dia terliur walaupun belum makan lagi.

"Baik kalau itu kata tuanku."kata Bendahara sambil pandang tak pasti.

Sambil tersenyum menampakkan lekukan di pipi, Addison pandang pinggan roti sandwich tadi. "Sekarang beritahu saya siapa punya hidangan 'rajin' ni?"tanya dia sewaktu gerak ke belakang lalu sandar sambil letakkan tangan dekat headrest sofa.

"Puteri Adalina Bloom yang buat hidangan ini."jawab bendahara sambil pandang ke lantai.

Addison sikit pun tak terkejut, malah dia dah jangka siapa dari awal lagi. Budak tu! Memang nak kena agaknya nanti! Tapi tak apa. Dia bagi kebebasan sekejap pada orang tu. Bila masanya tiba, tahu la dia nak buat apa.

"Kalau macam tu bawa keluar semua hidangan ni. Beritahu pada calon yang saya pilih tadi akan berita tadi,"balas Addison.

"Baik tuanku."tunduk mereka semua di situ dengan serentak sebelum gerak mengangkat semua hidangan dari meja kopi tersebut.

"Bonda tak faham, kenapa la Ayahanda kamu bertegas mahukan calon dari negeri Ronia menjadi calon isteri kamu. Sudah lah tidak matang, suka melanggar peraturan, tiada rasa hormat pada bonda mahupun ayahanda. Ini...ujian ini dia pandang remeh seperti semua ini satu permainan buat dia.."sungut Ratu Annatasia tak lama selepas itu.

Bersama senyuman senang menampakkan lekukan dalam di pipi, Addison pandang wajah marah bondanya. "Rasanya anakanda tahu apa alasanya ayahanda pilih Adalina sebagai calon isteri.."ujarnya sambil usap belakang badan tu.

Ratu Annatasia palingkan kepala lalu pandng tak faham ke anakandanya. "Kamu tahu?"tanya dia.

Putera Addison mengangguk kepala sambil tersenyum. "Bonda tahu, Nampak saja puteri Adalina seperti kebudak-budakan dan tidak matang. tapi percaya la...dia lebih dari tu. Anakanda boleh jamin hal tu."katanya.

"Apa maksud kamu?Kamu kenal ke dengan Puteri Adalina tu?"

Putera Addison hanya tersenyum. Dia pandang wajah bondanya dengan renungan penuh maksud. Ya. Dia lebih dari kenal. Malah dia tahu sangat Puteri Adalina ni macam mana. "Jangan risau...bonda serahkannya semuanya kepada anakanda. Anakanda janji. Bonda tidak akan terkecewa."

"Harapnya macam tu la. Cepat la semua ni selesai. Tak tahan betul bonda nak hadap entik dari puteri Adalina tu. Dan kamu, pastikan pilih calon yang betul-betul. Jangan puteri psiko seperti puteri Adalina tu."gerutu Ratu Annatasia dengan tegas.

Sekali lagi Putera Addison mengangguk kepala setuju. "Baik bonda."patutnya serta merta untuk sedapkan hati orang tuanya ini.