Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 20 - 20. Bendahara Loui

Chapter 20 - 20. Bendahara Loui

Ini la buat pertama kali dalam hidup dia bekerja dalam bidang diraja, ini la kali pertama dia berasa jengkel yang amat sangat sampai rasa macam nak Tarik-tarik je rambut ni biar sampai tertanggal dari kulit kepalanya.

Kenapa la hidup dia tak pernah senang.

Tak puteri tu.

Puteri ni.

Tak seorang demi seorang tambah kerja dia!

Gara-gara tidak hadirkan diri sewaktu perjumpaan tadi, Bendahara Loui terpaksa susahkan dirinya untuk cari calon terakhir bagi menyampaikan perkara yang sama. Walhal dia tak nak pun. Tapi tugas punya pasal. terpaksa la dia tabahkan jugak.

Nak cari tuan puteri yang seorang ni bukannya susah mana.

Tanya je sesiapa mesti ada yang Nampak punya.

Manusia yang jenis suka merayap tak reti duduk diam tu sesiapa boleh Nampak!

Dalam tahap macam ni buatkan Bendahara Loui berharap sangat supaya puteri yang menyusahkan ini cepat-cepat tersingkir dan pergi dari sini. Dia tak berkenan betul kalau orang seperti Puteri Adalina menjadi future queen mereka di negara ini suatu hari nanti!

Selepas bertanya kepada beberapa orang maid, butler dan pengawal keselamatan, akhirnya Bendahara Loui tiba juga dimana Puteri Adalina berada.

Dan dimana itu?

Tak lain tak bukan...dapur adalah tempatnya.

Bunyi bising orang memasak dan mencuci menghuni ruangan dapur tingkat dua sebelah kanan Menara utara.

Berkelentang kelentung tukang masak mengemas dapur itu. Dan orang yang mengenakan pakaian biasa dan bergaya bukan seperti seorang puteri sedang duduk membelakangkan pintu masuk.

Duduknya di situ Adalina yang mengenakan t-shirt longgar lengan pendek warna putih, dipadankan bersama skinny jean denim, bersanggul tinggi dan bercermin mata menghadap laptop dengan beberapa buah buku tebal terletak di atas island table.

"Tuanku.."sapa Bendahara Loui dengan nada tak berkenan dia sebaik berdiri menghadap di sebelah Adalina.

Sambil menaip, Adalina palingkan kepalanya ke sisi lepas nampak ada orang berdiri di sebelahnya. Dan bila dia Nampak orang itu adalah Bendahara Loui dia pandang semula ke skrin laptopnya. Tidak mempedulikan kehadiran lelaki itu.

Bendahara Loui sedaya upaya ketap gigi dan menarik senyum terpaksanya lepas Nampak reaksi kurang sopan Adalina terhadap dia. Memang sah perempuan depannya ini minta di tendang keluar dari istana cepat-cepat. "Saya datang hendak maklumkan keputusan test pertama tuanku."

Adalina buat tak endah. Dia hanya alihkan perhatiannya pada buku dan skrin laptop silih ganti. Malas nak peduli. Kan dia dah beritahu dia tak nak hadap semua ni. Jadi dia nekad nak buat perangai dekat semua orang di sini supaya cepat di halau keluar dari sini.

"Puteri Dania telah memenangi pusingan pertama. Dan kini berbaki beberapa saja lagi ujian yang perlu di jalani. Dan kali ni sesi peyingkiran akan diadakan. Untuk ujian kedua."ujar Bendahara Loui tanpa pedulikan sama ada Adalina beri perhatian atau tidak terhadap dia. Apa dia tahu dia dah jalankan tugasnya sebaik mungkin.

Mendengar perkataan 'singkir' telah membuatkan Adalina palingkan kepala lalu memandang Bendahara Loui dengan muka teruja. "Disingkirkan?"tanya dia.

"Ya.."Bendahara pandang Adalina yang tidak mengenakan sebarang make up di wajah dan kelihatan cantik dengan cermin mata di wajah bersih itu. Terkejut dia. Macam mana seseorang yang kelihatan cantik dan manis di pandang ini mempunyai sikap yang bertentangan dari penampilan yang ditunjukkan.

"Macam mana?"tanya Adalina yang sudah mula memikirkan cara macam mana nak singkirkan diri sendiri dari benda merepek ni.

"Apa maksud tuanku?"

Adalina menjuling mata kejengkelan ."Haih...macam mana saya boleh di singkirkan dari sini. Itu maksud saya."

Bendahara Loui pandang terkejut ke Adalina. "Tuanku nak singkirkan diri sendiri dari pemilihan calon isteri ini?"soalnya dengan terkejut.

"Seriously?Awak ni ada masalah pendengaran ke apa?Tak faham-faham apa saya tanya tadi."getus Adalina dengan muka tak suka sewaktu kerutkan kening. Sesiapa tolong hantarkan lelaki ni ke hospital telinga. Check sama ada lelaki ni ada masalah pendengaran atau tidak.

Bendahara Loui beri renungan sumpah seranahnya kepada Adalina. Mujur la depannya ini tuan puteri. Kalau orang biasa lama dah kena maki dengan dia. "Kalau tuanku gagal sempurnakan ujian seterusnya, tuan puteri mungkin boleh tersingkir."

Mata Adalina membulat dengan teruja. "Oh really?So apa misinya kalau macam tu?"

"Ratu Annatasia akan maklumkannya seminggu dari sekarang."kata Bendahara Loui lagi.

"Apa?Seminggu dari sekarang?Asal lama sangat nak tunggu?Memangnya kenapa kena tunggu seminggu jugak?"Adalina rehatkan siku atas meja sementara sebelah lagi tangan di tegakkan atas peha.

Banyak tanya betul la. "Saya tidak tahu tuanku"jawabnya dengan nada format terpaksanya.

Adalina lepaskan hela nafas Panjang sebelum pandang ke laptopnya. Dia perlu sambung menulis tesisnya. Ada banyak order dari student univerisiti yang mahukan tesisnya ini. Kalau bukan disebabkan ujian tak guna dan sesi pemilihan isteri tak guna ni, dia boleh siapkan tiga tesis dalam masa dua minggu saja.

"Dah la pergi sana."halau Adalina sambil lambai tangan menghalau Bendahara Loui pergi dari situ.

Diam-diam Bendahara Loui pun mengepal penumbuknya. Jengkel betul. Sumpah! Dia betul-betul tak sukakan puteri bossy depannya ini.

"Someone...bring me cold water please."arah Adalina selepas itu.

Tak sampai lima saat, seorang chef lelaki muncul dengan segelas air di tangan. Dia letakkan gelas berisi air dan ais di sisi tangan kanan Adalina.

Bendahara Loui yang perhatikan dah buat muka terkejut. Amboi, siap arah-arahkan orang dapur istana pulak?Berani betul! Dah macam madam besar pulak ya.

Sewaktu Adalina capai gelas tu, dia terpandang Bendahara Loui yang turut sedang memandang dia. "Apa yang ditenungkan lagi tu...berhambus la."tegur dia sambil meletakkan gelas ke bibirnya sewaktu melirik ke Bendahara Loui.

Dengan rasa menyampah dan perasaan berbuku geram, Bendahara Loui terus berpaling dari situ tanpa susah payah beri tunduk hormat atau pamit diri kepada Adalina. Bagi dia, Puteri Adalina tak layak terima layanan baik dari dia.