Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 22 - 22. Stolen Kiss

Chapter 22 - 22. Stolen Kiss

Flashback....

3 tahun yang lalu....

Istana Ronia meriah dengan benda warna-warni yang bergantungan di sekitar kawasan pintu gerbang. Hiasan indah dan cantik membuatkan suasana tempat itu seperti sebuah festival sedangkan ianya hanya la sebuah sambutan ulang tahun kelahiran puteri bongsu negeri itu yang ke-18 tahun.

Ramai orang dari kerabat datang masuk ke istana.

Yang jauh mahupun dekat, semua hadirkan diri untuk meraikannya.

Tak lepas juga Putera Mahkota Genovia sendiri.

Raja Eden yang sedia menunggu depan pintu masuk kelihatan berseri penuh semangat setelah melihat tetamu undangan yang dinantikan sudah pun tiba.

"Putera Addison...selamat datang beta ucapkan."sambut Raja Eden menyambut kedatangan pemuda kacak yang sedang tersenyum mesra kepadanya. Dia tarik putera mahkota negara ini ke dalam pelukan. "Terima kasih kerana sudi datang."katanya sebelum lepaskan pelukan.

Putera Addison tarik senyuman mesranya kepada Raja Eden lalu menepuk perlahan tepi lengan tu. "Saya yang patut berterima kasih kepada tuanku kerana sudi mempelawa saya ke sini. Ini hadiah untuk Puteri Adalina."suanya sebuah kotak hitam bereben merah.

Raja Eden capai kotak itu dengan senyuman senang di bibir. "Terima kasih. Pergi la temui Adalina. Dia ada di taman bersama dengan bukunya."ujarnya.

"Buku?"soal Addison dengan kening terangkat.. Orang lain sibuk sambut hari lahir gadis tu. Boleh pulak sempat baca buku?Masa macam ni?Serious?

"Ya...dari dulu sampai la sekarang. Beta sudah tidak tahu hendak kata apa lagi. Tak ada perkara lain yang dia boleh lakukan kalau dah pegang buku."geleng Raja Eden.

Putera Addison mengangguk kepala sambil tersenyum. "Baik. Terima kasih. Kalau begitu saya pergi tengok dia."

"Sudah tentu..ikut arah sini...kemudian kamu terus sahaja."tunjuk Raja Eden.

Putera Addison angguk kepala sebelum mula bergerak pergi ke satu lorong yang ada di bangunan istana.

Dengan langkah tenang dan bersahaja, dia jalan merentasi laluan kecil itu. Semakin dia mendekat semakin jelas pemandangan taman tersebut.

Dan sebaik dia tiba, matanya terus ternampak orang itu. Tanpa menghasilkan sebarang bunyi, Addison berdiri dekat tepi batang pokok. Memerhati dari jauh sebab tidak mahu menganggu.

Puteri Adalina sedang baring meniarap di atas rumput, menopang bawah rahang sedang membaca buku yang terbentang di bawah. Mata yang terlindung di balik cermin mata kelihatan begitu tekun sekali menelaah.

Bersama senyuman senang, Addison seluk tangan ke dalam poket seluar dan berdiri di situ. Dia tak berani nak dekat sebab tak yakin dengan diri sendiri.

Takut kalau awal-awal lagi di tolak.

Nanti bila masa yang sesuai telah tiba. Baru dia akan dekati Adalina. Buat masa sekarang dia tengok dari jauh je dulu.

End of flashback....

"Tuanku nak saya bawakan snek dan minuman sekali ke?"tanya dayang peribadi Addison, Nadia sewaktu lelaki itu sedang mengeluarkan sebuah buku dari rak.

"Tak perlu. Saya hanya mahu duduk ambil angin sambil membaca. Kamu berehat la Nadia." jawab Addison sambil bergerak jauh rak untuk ke pintu.

Dayang Nadia ikut dari belakang. "Baik tuanku." balasnya semasa cepat-cepat dekati pintu dan buka ia untuk Addison.

"Terima kasih."ucap Addison serta merta setelah Nadia bukakan pintu untuk dia sewaktu dia berjalan keluar dari bilik bacaannya.

Dayang Nadia tersenyum senang lalu tunduk memberi hormat pada Addison sewaktu lelaki itu bergerak merentasi koridor untuk ke taman di luar istana. Rutin kebiasaan putera mahkota sekiranya lelaki itu stress atau mahu lapangkan fikiran. Taman la tempat bertapanya.

Setelah berjalan beberapa minit, Addison kemudiannya tiba di kawasan taman yang penuh dengan pagar renek hijau di sekitar tempat itu.

Dia berjalan lahi untuk masuk lebih dalam ke taman itu sehingga la tiba di tengah-tengah kawasan.

Kawasan dimana pokok-pokok rendang tumbuh memagari sekitar taman tersebut.

Beberapa langkah sebelum tiba dibuaian gantung yang terikat di antara dua batang pokok di situ, Addison ternampak ada yang sudahpun ambil tempat di dalam buaian tu.

Siapa pulak yang ambil alih spot lepak dia ni? Tak tahu ke tempat ni adalah tempat dia!

Dengan kening berkerut, Addison perlahan-lahan dekati buaian itu sebelum ternampak seseorang yang mengenakan dress princess warna biru cair off-shoulder sedang terlena di situ. Kasut tumit sebelah kiri sudahpun tertanggal dari kaki, sebelah kanan masih lagi terpasang.

Dia pandang dan pandang sehingga la dia sedar siapakah orang ini.

"Adalina?"sebut Addison dengan muka terkejutnya. Banyak-banyak tempat sini jugak Budak ni bertapak. Banyak-banyak masa, time ni jugak dia bertemu dengan Adalina lagi?

Terlena seperti tiada apa-apa yang berlaku, Adalina berdengkur lembut di dalam buaian itu sewaktu ia berhayun dengan perlahan kanan dan kiri. Sama sekali tidak sedar akan kehadiran Addison di situ.

Tidak sampai hati hendak mengejutkan Adalina, Addison hanya berdiri situ sekejap sebelum hatinya terdetik untuk membongkok ke bawah. Sesenyap yang boleh, Addison perlahan-lahan dekatkan mukanya ke muka Adalina. Nak tengok lebih dekat muka ni. Biasanya dia perhatikan dari jauh saja.

Dari kening turun ke mata berbulu mata lentik lalu ke hidung sebelum turun ke bibir yang terang di pancari dengan cahaya matahari.

Semakin dia tenung tanpa kesedaran Addison, semakin dekat pula wajahnya pada muka tu.

Terlalu asyik meneliti feature Adalina, terlintas sesuatu yang nakal di kepalanya waktu itu.

Addison tarik sengih jahatnya.

Dan tanpa ragu-ragu, Addison dekatkan bibirnya ke bibir Adalina lalu mengucup bibir itu dengan perlahan bersama mata terpejam buat beberapa saat.