Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 23 - 23. Janji dibuat untuk ditepati

Chapter 23 - 23. Janji dibuat untuk ditepati

Chirp!

Chirp!

Chirp!

Bunyi ciapan burung menghuni langit petang itu. Membuatkan jari yang berada di atas perut bergerak-gerak kerana terjaga dari lena panjangnya.

Rasa seperti selamanya terbaring dekat situ, secara automatik kedua-dua tangan di angkat hendak menggeliat sewaktu membuka mata.

Pergh! Heaven betul!

Selepas matanya terbuka, mulutnya terbuka suara menguap ikut terkeluar. Masa itu la dia terasa dirinya berhayun setiap kali bergerak.

Matanya di kedip-kedip beberapa kali sebelum pandangannya jelas dan terang dengan suasana sekelilingnya.

Dan baru la dia sedar dimana keberadaannya.

Dia tak tahu macam mana dia boleh sampai ke dalam tempat ni, tapi apa dia tahu, semuanya nampak hijau dan menenangkan. Tak terlalu cerah tak terlalu redup.

Sedang-sedang sahaja pemandangannya.

Sambil membiarkan buaian tempat dia baring, Adalina termenung memandang langit di atasnya dengan mata kuyu baru bangun tidurnya.

Berapa lama agaknya dia tertidur ya?

"Hmm..."hela Adalina dengan lbut sewaktu memejam matanya semula.

"Evening sleepy head.."sapa suara tu tiba-tiba.

Jantung Adalina melompat teruja sebaik dengar suara tu dari suatu arah. Dia terus membuka mata lekas-lekas.

Bingung dengan hal itu, Adalina palingkan kepalanya ke kanan dan kiri hendak cari pemilik suara tu.

Mana lelaki tu? Dia cuba bangun dari buaian tu, tapi susah sikit sebab setiap kali dia bergerak, buaian tu berhayun. Silap langkah ni mahunya tergolek macam karung kentang jugak nanti ni!

"Stop...jangan bergerak, atau awak akan terbelit nanti..."tegur suara tu lagi.

Adalina secara automatik terus berhenti dari bergerak. Dia diam baring dekat dalam buaian tu. Dan baru la buaian tu berhenti. Tidak lagi berhayun bagai nak rak macam tadi. "Kenapa awak boleh ada dekat sini?"tanya dia sewaktu termenung pandang ke langit.

"Patutnya saya tanya soalan tu pada awak macam mana awak boleh tahu tempat ni?" Addison muncul dari sebelah kanan Adalina lalu berdiri melangit di tepi buaian memayungi atas Adalina.

Mata Adalina tidak berkedip taktala bertemu dengan mata kelabu Addison. Dia terpana sekejap dengan rupa paras kacak yang dimiliki oleh Addison. "Ada kaki ada mata mana-mana saya boleh pergi dan berada. Lagipun dekat buaian ni tiada nama awak, itu bermakna saya boleh berada di mana-,mana saya nak." balasnya dengan suara bangun tidurnya.

Addison tersengih meleret lepas dengar. Sempat lagi nak melawan dengan muka bangun tidur dan mata bulat lagi tu. Comel je dia perhatikan budak ni. "Awak kalau tak melawan kata, agaknya tak boleh ya?"dia bongkok meletakkan tangan di bawah kedua-dua belah ketiak Adalina. Mendukung tubuh itu seperti anak kecil turun dari buaian tu dengan mudah.

Disebabkan semuanya berlaku secara tiba-tiba dan masih mamai, Adalina tidak melawan mahupun bergelut sehingga la dia diberdirikan atas tanah dengan Addison selepas itu. Sambil selak rambut ke belakang telinga, Adalina berkata. "Bila awak ada dekat sini?"tanya dia.

Addison pandang Adalina dalam-dalam sampai terlupa macam mana nak bercakap lepas bertentang mata macam ni. "Baru je." jawabnya tak lama selepas itu.

Adalina kecilkan mata sewaktu pandang curiga ke Addison. "Iya ke ni?"soal dia sambil lirik dari atas ke bawah akan Addison. Orang tua depannya ni bukannya boleh percaya pun.

"Tak percaya sudah. Saya tak perlu berikan apa-apa penjelasan kepada awak sebab tempat ni adalah tempat saya."balas Addison dengan bersahaja.

Hek-eleh! Berlagak betul. "Fine. Duduk la situ sendiri."gerutu Adalina sebelum bergerak hendak pergi dari situ.

"Tunggu!"arah Addison serta merta.

"What?!"sentap Adalina dengan garang sewaktu berpaling ke bekalang.

"Kenapa tergesa-gesa sangat nak pergi?Saya bukannya makan orang. Apa salahnya kalau kita berborak?"tanya Addison sewaktu jalan mendekati Adalina.

"Awak nak cari masalah ke?Kan dah diberitahu Crown Prince tak boleh ada sebarang contact dengan mana-mana princess yang ada selain untuk hari ganjaran saja." jawab Adalina dengan jengkel. "Di tanya lagi." dia terus berpaling nak pergi dari situ. Buat rosak mood je!

Addison pandang belakang badan Adalina dengan sengih menampakkan lekukan lesung pipit. "Takut pada peraturan atau takut pada saya?Mengaku je la."katanya sambil tu.

Langkah Adalina terus mati lepas dengar. Apa!Takut?Lelaki ni kan. Berasa tercabar, dia kembali berpaling dan gerak mendekati Addison dengan langkah marah.

Sikit pun tak buat Addison terkutik, malah dia hanya berdiri di situ menunggu Adalina menghampirinya.

Dan bila Adalina sudah berada di depan Addison yang tinggi melangit seperti tiang, dia dongak lalu tunding jari depan muka tu beri amaran. "Excuse you uncle, call me again coward. You done! Are you heard me!"soal dia Bersama renungan tegas.

Addison ketawa kecil sebelum tersenyum. Ingat dia takut ke! Tak padan dengan kecik berani nak bagi amaran dekat dia. Suka melihat Adalina marah, dia dekatkan lagi mukanya ke Adalina. "Uncle? Is that a nickname for me Budak? If yes...Yeah I heard you well."

Taken back dengan respon itu, Adalina terundur sedikit ke belakang nak jauhkan diri sampai hampir hendak buatkan dia terjatuh.

Namun Addison hulur tangan lalu dilingkarkan sekeliling pinggangnya lalu menarik Adalina rapat ke dadanya.

Dup!Dup!Dup!

Adalina pandang tak berkedip ke muka Addison bersama nafas tertahan dan dada berdegup kencang kerana sentuhan yang hinggap di sekeliling pinggangnya. Buat pertama kali seorang lelaki asing menyentuh dirinya. Kian sendiri tidak pernah peluk dia seperti ini selain pegang tangan saja.

"You okay?"bisik Addison depan muka Adalina.

Adalina telan air liur gemuruhnya. What the hell!Dah kenapa dia rasa semacam macam ni?Baru saja dia hendak membuka mulut, masa itu ada yang menganggu.

"Puteri Adalina?Tuan puteri dekat mana!"laung suara Lucia dari jauh kedengaran tiba-tiba.

Sh*t! Adalina tersentak. Dia cuba tolak Addison jauh darinya tapi tangan yang ada di pinggangnya malah semakin erat melingkar.

"Puteri Adalina!"panggil Dayang Lucia yang kedengaran cemas. "Tuan puteri dekat mana?Masa makan malam dah tiba. Puteri tak makan apa-apa sejak pagi tadi ni.."

"Lepas la!Apa masalahnya ni!"gelut Adalina sambil pegang lengan Addison dan cuba di turunkan dari pinggangnya.

Addison rapatkan Adalina ke dadanya lebih lagi. "Janji dengan saya, kita jumpa lagi." minta dia.

"Hah?"nganga Adalina kebingungan. Dah kenapa kena siap janji bagai ni!

"Janji dengan saya dulu."gesa Addison.

"Tuan puteri?"panggil suara Lucia yang semakin mendekat dan menghampiri.

"Fine...saya janji. Sekarang lepas!"gesa Adalina.

Perlahan-lahan Addison turunkan tangan dia dari pinggang Adalina.

Adalina terus tolak Addison jauh dari dia lalu cepat-cepat sebelum pecut lari ke laluan kecil di situ. Sumpah terkejut dia. Kalau orang nampak mahunya masalah je nanti bagi dia!

Addison yang ditinggalkan hanya berdiri dekat situ sambil perhatikan kelibat Adalina menghilang dari balik pokok di situ dengan renungan terkilan.