Dalam keadaan tercungap-cungap dan lutut masih menggeletar sebab terkejut gara kejaidan beberapa minit lepas, Adalina muncul di belakang Dayang Lucia sewaktu wanita itu jengah leher melihat sekitar taman itu.
"Saya dekat sini.."maklumnya dalam keadaan mengah.
Dayang Lucia melompat terkejut sebaik mendengar suara dari belakangnya. Lantas dia berpaling sebelum terpandang wajah bangun tidur Adalina. "Jumpa pun."lafaznya dengan lega.
Adalina telan air liur untuk basahkan tekak dia yang tiba-tiba je terasa kering. Dia kerutkan kening. "Ada apa?"tanya dia setelah itu.
"Raja Josiah minta menghadap. Awalnya baginda mahu temui tuan puteri sewaktu sesi sarapan tadi. Tapi tuan puteri tidak hadirkan diri. Itu yang saya cari tuan puteri."jelas Dayang Lucia dengan kening berkerut risau. Sambil tu dia lalukan tangannya untuk betulkan rambut Adalina. Entah dimana saja anak ini tertidur.
"Hah?Baginda minta menghadap?"tanya Adalina dengan muka blank bangun tidurnya.
"Ya.."
Adalina ketap garis nipis di bibir. Dia diam termenung sekejap sewaktu memandang daun kering dekat atas rumput depannya tanpa sebab. Apa pulak raja tu nak katakan pada dia. "Hantar saya ke baginda sekarang."arah Adalina dengan wajah serius asalnya.
"Ikut saya."tunjuk Dayang Lucia.
Setelah itu mereka tiba dalam istana. Dayang Lucia bawa Adalina ke Menara Selatan istana. Dimana raja sedang berada. tempat study baginda yang mana tak ramai yang dibenarkan untuk ke sana. Kecuali Ratu dan putera mahkota sendiri. Sepanjang perjalanan tu, boleh di lihat pengawal keselamatan dimana-mana saja. Tak sampai lima minit berjalan, Adalina dan Dayang Lucia tiba di pintu masuk Menara yang mana di sambut dengan seorang lelaki lampai berwajah serius dan berenungan dingin.
"Ibu.."panggil pengawal keselamatan tu lepas Dayang Lucia berdiri dekat situ Bersama Adalina.
"Mm..ini. Ibu bawa Puteri Adalina untuk menghadap Raja Josiah. Baginda mahu menemuinya secepat mungkin."jawab Dayang Lucia sambil pegang lengan lelaki tu.
Mata Adalina gerak dari memandang tangan Lucia ke lelaki lampai di depan wanita itu. So ini la anak lelaki Dayang Lucia. Dia tak boleh nak komen apa-apa. Memang agaknya semua orang dekat daerah Genovia ni semua kaya dengan rupa paras bergenetik yang berkualiti tinggi.
Lelaki itu alihkan perhatiannya dari Dayang Lucia ke Adalina sesaat kemudian. Buat seketika dia tilik Adalina sebelum mengangguk kepala. "Silakan."ujar lelaki itu sambil buka pintu kayu berwarna hitam itu ke dalam.
Dayang Lucia kemudiannya tepuk tepi lengan tu dengan lembut. "Kerja dengan baik ya Jason."pesannya.
"Baik ibu."sambut lelaki tu dengan patuh.
Adalina tidak membuang masa di situ, dia hanya berjalan masuk ke dalam dengan tangan bersilang di dada dan muka berlagak tak pedulinya.
Jason lirik ke Adalina dengan muka tak puas hati sebelum tutup pintu itu dan meninggalkan Dayang Lucia dekat luar Menara untuk dia iring Adalina ke ruang raja.
Sambil mereka berjalan dengan senyap tanpa suara, Adalina yang perasan dirinya sedang di tenung dari belakang kemudiannya bersuara tanpa menoleh. Renungan dingin dia terarah ke depan lalu berkata. "Kalau ada something yang kau nak katakan, kau boleh katakannya sekarang."
Rahang Jason terketik. "Betul ke apa yang saya dengar mengenai layanan tuan puteri terhadap ibu saya selama ni?"suara dalam itu kedengaran penuh dengan aura marah.
Sampaikan Adalina yang dengar tersengih sendiri. "Kenapa tak tanya je sendiri pada Dayang Lucia sendiri bagaimana layanan aku terhadap dia?"balas Adalina dengan nada sassy.
"Ibu nafikannya. Dia beritahu tuan puteri tidak pernah sekali sakiti dia ataupun mendera dia dari segi verbal atau fizikal."jawab Jason sebaik berada di sisi kiri Adalina.
"Dah tu?Kenapa masih tanya lagi soalan tu?"Adalina turunkan tangannya ke bawah lalu selak rambut Panjang ke belakang bahu kerana berasa bangga mendengar jawapan itu.
"Saya tak yakin. Ibu saya terlalu baik. Dia mungkin berkata begitu untuk lindungi tuan puteri."kata Jason sewaktu dia berhenti dekat depan sebuah pintu bentuk daun dua lapis. Sambil pegang tombol pintu itu, dia pandang muka Adalina.
Terus Adalina beri jelingan ke Jason. "So kau lebih percayakan kata orang lain dibandingkan kata-kata ibu kau sendiri?Tsk..tsk."Adalina mengetik lidahnya." Kesian. Anak jenis apa kau ni sampai tak boleh nak percayakan ibu sendiri. Kalau aku nak seksa dia. Lama dah dia tak ada dekat sini.."getusnya dengan nada perlahan. "Fikir sikit sebelum bercakap tu." tanpa menunggu Jason buka pintu untuk dia, Adalina tampar tangan Jason ke bawah lalu buka pintu itu sendiri untuk dia sendiri.
Terketap gigi Jason masa Adalina tampar tangan dia macam tu. Dasar manusia tak ada perasaan betul! Menjengkelkan!Dia pandang saja langkah Adalina sehingga pintu di depannya tertutup. Setelah itu dia berdiri berkawal tepi pintu itu sebagai langkah berjaga-jaga.