Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 21 - 21. The Fact

Chapter 21 - 21. The Fact

Berita mengenai Puteri Dania keluar Bersama Putera Mahkota tersebar di seluruh istana dua hari selepas keputusan di maklumkan. Banyak gossip yang telah tersebar. Mengatakan bahawa Putera Mahkota bawa Puteri Dania keluar makan, tonton wayang, keluar berjalan-jalan di sebuat taman terkenal, belikan hadiah, tengok bunga api di atas kapal dan beberapa lagi cerita yang menarik.

Ada jugak beritahu dua orang itu kelihatan sepadan dan sebagainya la.

Ada yang happy

Ada yang dengki

But mostly ada yang tak peduli.

Tersengguk-sengguk sebab tak cukup tidur, Adalina dekat meja makan langsung tak boleh nak bukak mata sebab terlampau penat dan mamai gara-gara tak tidur sampai ke subuh tadi. Khusyuk sangat buat research dan siapkan tesis.

Bersama keluhan letih, Adalina sandarkan kepalanya ke belakang sebelum berkerut kening tak selesa.

"Lama lagi ke nak tunggu ni?"rengeknya. Mereka tak boleh makan selagi Raja, Ratu dan Putera Mahkota tidak hadirkan diri lagi ke ruang makan tu. Ingatkan dia paling lewat, rupanya ada yang lagi lewat dari dia.

Puteri Andalusia pandang ke sebelahnya dengan kening berkerut. "Apa kamu telah lakukan sepanjang malam tadi Adalina?"

"Siapkan tesis."jawab Adalina sebelum buka mata kemerahan mengantuknya dengan susah payah.

"Siapkan tesis?Kamu masih sambung belajar lagi?"tanya Puteri Camelia.

Adalina menggeleng kepala. Dia topangkan kepala dengan tangan kanan yang di sikukan atas meja lalu memejam mata.

"Nope.Aku jual tesis.."sebutnya dengan nada mengantuk.

"Pada siapa?"

"Student la siapa lagi. Kalau siapa yang ambil subjek tambahan atau repeat semester, aku tolong dia orang dapatkan markah lebih dengan sediakan tesis akhir untuk dia orang..."jelas Adalina dengan nada seperti orang mabuk, sedangkan dia tak mabuk pun.

"Kenapa kamu buat semua tu?"tanya Puteri Felia pula.

Masa inila kepala Adalina terjatuh atas meja dan dia pejam mata tak larat nak angkat kepala. Sumpah mata dia berat sangat."Cari duit..sekarang kan susah nak cari kerja...duit pula keluar macam air...kenala aku buat semua tu.."gumamnya dengan mamai.

Puteri Camelia berdengus tak percaya. "Miskin sangat ke negeri kamu tu sampaikan duit pun kena cari sendiri?Kamu kan tuan puteri minta saja la duit dari ayahanda kamu."selorohnya.

Puteri Dania yang dengar hanya diam memerhati Adalina dari seberang meja.

Adalina diam buat seketika. Hanya dengkuran lembut saja yang keluar dari mulut tu. Buat beberapa ketika mereka semua sangkakan Adalina sudah terlena, sampaikan satu masa, Adalina bersuara semula.

"Duit yang raja pegang itu adalah duit rakyat. Duit tu digunakan untuk kepentingan negeri bukan persendirian. Kau orang dah ada kerjaya masing-masing, boleh la cakap. Aku tak nak makan duit rakyat yang dia orang dah cari dengan jerih perit semata nak bayar cukai kepada kerajaan macam tu je."jelas Adalina dengan nada perlahan tapi cukup kuat untuk semua di situ dengar.

Puteri Camelia, Andalusia, Felia dan Dania masing-masing beri reaksi yang sama.

Mereka tergamam. Tidak menyangka akan jawapan itu. Dulu mereka guna je tak pernah pun terfikir duit rakyat ke apa. Asal dapat belanja dan travel sana sini puas dah.

"Puteri tu hanya la title atas identity aku, kenyataannya, aku still manusia biasa." perlahan-lahan Adalina buka mata lalu angkat kepala dia dari meja tu sebelum sandar ke belakang. Mengantuknya la. Kalau la dia boleh balik ke bilik dan tidur sekarang. Mesti heaven. "Aku nak, usaha sendiri."sambungnya.

"Kalau macam tu, kenapa tak cuba cari kerja yang lebih baik dari ni.."soal Puteri Dania buat julung kalinya mahu bersuara.

Adalina tersengih, dia pandang letih ke Puteri Dania. "Kau rasa mahu ke orang ambil puteri mahkota yang bermasalah dan suka berfoya-foya bekerja dalam company dia orang macam aku ni?" selorohnya. "Trust me. I has try...but everthing not working."

"Kalau macam tu guna je la pintu belakang tak pun suap orang atasan supaya terima kamu kerja di syarikat mereka."aju Puteri Camelia dengan berani.

Adalina ketawa mamai-mamai. "Apa?Pintu belakang?Rasuah...ahahah...hei. duit pun tak ada tang mana nak rasuah. Lagipun kau ingat guna duit boleh selesaikan semuanya ke huh? Guna duit boleh dapat semua? Memang tak la. Aku nak orang terima aku sebab bakat dan usaha aku. Bukan sebab siapa aku. Kalau la macam ni mentaliti orang kaya sekarang, rosak la jawabnya. Haih...menghampakan betul."geleng Adalina.

Mereka terdiam, semua dekat situ pandang muka Adalina. Selama ni mereka fikir Adalina hanya seorang tuan puteri yang terlebih di manjakan. Suka bertukar ganti lelaki. Mana mereka tak percaya kalau banyak artikel dan video mengenainya tersebar dalam media massa. Tak tahu pulak Adalina ni lebih matang dari umurnya.

"My life not easy like you think...it complicated than that."Adalina termenung memandang gelas berkaki yang terisi dengan air kosong di depannya.

Sudah la terpaksa dipisahkan dengan abang sendiri.

Hidup pula di kawal dengan ibubapa kandung seperti objek.

Di suruh berpisah dengan kawan baik gara-gara imejnya.

Di tuduh seorang playgirl kerana blind date yang ditetapkan oleh ibunya.

Dan sekarang semua orang nak memusuhi dia sebab ingat dia boleh dapat semuanya guna harta negara.

"Aku nak keluar ambik angin. Kalau raja dan ratu tanya mana aku pergi, pandai-pandai la kau orang buat cerita."terhuyung hayang semasa berjalan, Adalina pegang apa saja yang di lintas untuk dapat sokongan sehingga la dia keluar dari ruang makan tu.

Puteri Andalusia kerling ke Puteri Felia yang sering mengatakan perkara yang menjengkelkan kepada Adalina.

Dan bila Puteri Felia sedar dirinya di perhatikan, dia pandang ke Puteri Andalusia dengan kening berkerut. "Kenapa?"soalnya.

"Kamu selalu katakan hal yang tak sepatutnya tentang dia kan."ujar Puteri Andalusia.

"Kenapa saya pulak,,,tuan puteri pun sama jugak."bidas Puteri Felia.

Puteri Camelia berdengus. "Tak payah bertekak, kita bertiga sama saja."

"Tapi tak ke rasa dia cuma berlakon je cakap macam tu?Nak tagih simpati kita?"seloroh Puteri Felia selepas itu dengan nada curiganya. Dia tak tahu pulak, Adalina pun senasib dia. Ingatkan hidup dia teruk, rupanya ada yang lagi teruk dari dia.

Puteri Dania jeling tak puas hati ke Puteri Felia. "Nampak ke dia cuba tagih simpati.Kan dia cuma jawab apa yang awak semua tanyakan pada dia. Boleh tak berhenti buat spekulasi tak berasa macam tu!"tegurnya dengan kening berkerut.

Puteri Felia mencebik. "Kamu diam. Jangan nak tunjuk berlagak ya. Mentang-mentang dah menang. Putera mahkota dah keluar Bersama...boleh tunjuk bagus dekat sini. Ingat sikit itu baru pusingan pertama. Pusing kedua belum tentu lagi yang menangnya kamu juga." detusnya dengan menyampah.

Puteri Dania tidak membalas, dia hanya pandang kesal ke Puteri Felia. Date la sangat!

Putera Mahkota tak hadir pun masa hari date mereka tu pun.

Dia hanya keluar sendirian sepanjang hari tu. Lelaki tu tak munculkan diri atau mohon maaf padannya. Happy tang mana! Buat sakit hati je! Kalau dia tahu la yang putera mahkota tak hadir. Lama dah dia on the phone dengan teman lelakinya dalam bilik semalaman tak keluar-keluar.

Kalau tak jadi beritahu la tak jadi. Jangan la jadikan dia tunggul dekat semua tempat tu macam orang tak ada life. Haish!