Jam di dinding sudah masuk 10 malam. Seluruh kawasan Istana Genovia sudah pun sunyi sepi. Yang hanya kedengaran bunyi cengkerik dan unggas malam yang bernyanyi di celah hutan.
Di sekeliling bangunan istana terdapatnya para pengawal istana yang jalan mundar mandir menjaga keselamatan di tempat itu dengan baton hitam di tangan masing-masing.
Tidak jauh dari situ, di jendela sebelah kanan tingkat tiga, kelihatan bayang dua orang jalan melentasi koridor di dalam bangunan sayap kanan bangunan istana itu.
Dalam kemalapan koridor yang tidak berlampu terang, dua bayang satu lelaki dan satu perempuan berdiri di situ sedang bergelut. Seorang mahu lepaskan diri dan tolak orang yang satu lagi. Seorang lagi cuba dekati orang yang sedang bergelut.
"Tuan puteri jangan macam ni.."
"Saya rindukan awak"
"Kalau orang Nampak kita boleh dalam masalah.."
"Tapi saya mahukan awakplease. Izinkan saya peluk awak."
"Tuan puteri sedar tak apa yang tuan puteri buat nI!"desis si lelaki dengan keras.
"Saya tak peduli! Apa yang saya tahu akhirnya saya dapat temui awak...awak tak tahu betapa rindunya saya terhadap awak"bisik si tuan puteri dengan lirih. "Bonda saya berkeras supaya saya berkahwin. Saya tak mahu. Saya mahukan awak jadi suami saya. Bukan orang lain.."
"Tuan puteri tahu semua itu takkan terjadi dengan perbezaan darjat kita. Bonda tuan puteri pasti akan bantah hubungan kita. Berapa kali kita nak bincang hal ni?"luah si lelaki dengan nada terdesak namun kedengaran lirih.
Suara tanggisan keluar dari bayang si tuan puteri. "Kalau macam tu kita kahwin lari. Saya tak sanggup hidup dalam kekangan mereka. Awak di pisahkan dari saya...awak tahu tak apa saya telah buat demi ke sini untuk temui awak"tanggis di tuan puteri dengan sedih.
Si lelaki hanya tertunduk pandang ke bawah sambal mengepal penumbuk.
"Enam bulan kita terpisah, awak tak rasa apa-apa ke?Awak dah tak sayangkan saya lagi ke?"soal si tuan puteri dengan suara menangisnya.
"Sekalipun saya katakan yang saya rindukan tuan puteri, apa perbezaannya. Hubungan kita tempat hubungan terlarang dan takkan dapat Bersama. Lagipula tuan puteri kini sudah menjadi calon isteri untuk putera mahkota. Apa lagi yang saya boleh lakukan"luah si lelaki dengan marah namun perlahan.
Suara esakkan itu semakin menjadi-jadi dari puteri tu.
"Saya tak nak jadi pasangan dia. Datang gunakan alasan tu untuk Bersama dengan awak"marah tuan puteri itu dengan berang di depan si lelaki.
Clap!
Clap!
Clap!
Tak pasal-pasal bunyi tepukan tangan kedengaran selepas si puteri lemparkan tantrumnya sebentar tadi.
Dengan mata terbutang luas, kedua-dua pasangan itu palingkan kepala ke kiri mereka lalu terpandang orang yang mengenakan hoodie baby blue berdiri di situ sambil menggigit satu tiub aiskrim di dalam mulut.
"Puteri Adalina"sebut si lelaki dengan muka dumbfoundednya.
"Kamu!"sebut si puteri dengan kening berkerut.
Adalina hanya buat muka selamba sambil lambai tangan ke mereka berdua sewaktu alihkan tiub aiskrim dari mulutnya. DIa baru sahaja selesai makan, on the way nak balik dia makan sikit aiskrim sebagai pencuci mulut. Sedap punya nikmati aisrkrim terdengar pulak orang bergaduh."Uhm. Hai?" sapanya pada mereka berdua. "Apa Bendahara Loui dengan Puteri Andalusia buat dekat sini berdua?Malam-malam macam ni lagi tu?"tanya dia sebelum bawa semula tiub aiskrim ke dalam mulutnya.
Puteri Andalusia cepat-cepat seka air mata dari pipi.
Sementara Bendahara Loui seluk tangan kanan ke dalam poket seluar tangan kiri garu belakang tengkuk.
"Yang kamu ni buat apa merayau malam-malam macam ni"tanya Puteri Andalusia pula.
Adalina kedip-kedipkan mata dia ke Puteria Andalusia. Alah, makcik seorang ni. Tak dengar ke dia yang tanya dulu. Sibuk tanya dia balik apahal. "What ever. Apa sekalipun isu kau orang berdua bukan urusan aku. Sekarang boleh ke tepi tak?"tanya dia sambil lambai tangan menghalau mereka berdua yang sedang menghadang laluan Utama untuk ke biliknya.
Puteri Andalusia pandang ke Bendahara Loui. Beri isyarat rahsia kepada kekasih rahsianya supaya lakukan sesuatu.
Serta merta Bendahara Loui Nampak akan renungan itu mengangguk faham.
Adalina yang perasan akan dua orang di depannya saling merenungan antara satu sama lain menjuling mata menyampah. Nak sweet bagai la pulak! Dah bersemut dah ni ha!
Bendahara Loui palingkan kepala lalu memandang Adalina."Tuan puteri dengar apa yang berlaku sebentar tadi?"tanya dia selepas itu.
Adalina buat muka bosan. Sah-sah la dia dengar. Suara tu kuat sampai hujung ke hujung boleh dengar. Mujur la dekat koridor tadi hanya dia saja yang ada. Kalau dayang atau orang lain, mahunya tak ke masalah je nanti!
"Kenapa tanya?"soalnya dengan kening berkerut dari balik tiub aiskrim yang sedang di gigitnya.
"Awas ya.."Puteri Andalusia beri jari pada Adalina dengan renungan penuh amarannya. "Kalau hal ini tersebar, siap!"tegasnya.
Adalina berdecit tak percaya sebelum Tarik tiub aiskrim dari mulutnya lalu menampar jari tu jauh dari muka dia. "Macam yang aku beritahu kau tadi. I don't give a f*ck about issue that you have okay! Now piss off!"dia tolak Puteri Andalusia ke tepi dengan kasar lalu jalan melepasi mereka berdua begitu sahaja. Menyemak betul! Macam dah tak ada tempat lain apa nak berdrama.
Tolakan itu buatkan Puteri Andalusia hampir hendak terjatuh. Namun tubuh itu sempat di sambut oleh Bendahara Loui sejurus itu.
"Tuan puteri tak apa-apa?"soal Loui dengan risau lepas tengok Adalina tolak kekasihnya macam tu saja.
Puteri Andalusia pegang tangan Loui yang ada di lengannya sebelum dongak memandang lelaki itu dengan kening berkerut risau. "Macam mana ni?"tanya dia.
"Jangan risau...saya akan perhatikan dia. Sekiranya dia cuba-cuba katakan yang tak sepatutnya tentang tuan puteri, saya akan uruskannya."jawab Bendahara Loui sambil gosok belakang badan tu.
Puteri Andalusia pandang ke arah jalan dimana Adalina menghilang tadi dengan perasaan gundah gulananya. Apa la puteri si mulut murai tu akan katakan nanti!