Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 15 - 15. Confrontation

Chapter 15 - 15. Confrontation

Dayang Lucia pandang anak muda yang sedang bermalas dekat atas sofa dengan buku dekat tangan tu Bersama renungan kesal. Dah beberapa hari dia cuba pujuk tuan puterinya ini lakukan sesuatu untuk tugasan yang diberikan raja. Tapi sikit pun tak di pedulikan. Sudahla tinggal beberapa hari saja sebelum hari pertandingan bermula, anak gadis ini sikit pun tak tunjuk sebarang reaksi untuk lakukan sesuatu mengenai hal itu.

"Tuanku...saya bukan nak bersikap kurang ajar tapi sampai bila tuanku hendak begini?Puteri lain semua dah dapat menu dan juga apa yang mereka hendak sediakan hari sabtu nanti. Tuan puteri baring sepanjang masa macam ni, baca satu buku ke satu buku yang lain."

Tangan itu naik memetik buah anggur dalam tray dekat meja depan sofa lalu di masukka ke dalam mulutnya. "Tak apa...lagipun saya bukan lawan empat orang puteri tu. Dan saya tak pandai masak okay. Nanti kan kalau saya cuba masak, mahu terbakar satu istana ni nanti.."seloroh Adalina dari balik buku yang ditegakkan atas dadanya.

Dayang Lucia melepaskan hela nafas tak percaya. Cepat betul Adalina berputus asa. Tak cuba lagi mana la tahu. "Kalau begitu tuan puteri nak saya berikan satu rahsia?"pancingnya yang cuba Tarik perhatian Adalina.

Adalina turunkan buku dari dadanya. Mendedahkan wajah tanpa sebarang solekan dan berkaca mata bulat jarak dekat di muka itu. "Rahsia apa?Scandal putera mahkota eh?"soal dia ingin tahu. Mana la tahu kan dia boleh gunakan alasan ni untuk keluar dari sini secepatnya.

Dayang Lucia sedaya upaya kawal diri dari tersenyum senang lepas taktiknya Berjaya. "Makanan kegemaran putera mahkota."jawabnya selepas itu.

Adalina buat muka kecewa lepas dengar."Haih...apa la. Ingatkan apa tadi. Tak nak la. Simpan je rahsia tu."cemberutnya serta merta lepas dengar. Entah apa-apa, ingat dia ni kisah ke apa-opp...sekejap! Dari dia tahu apa makanan kesukaan lelaki tu, baik dia tahu apa yang Addison tak suka. Kan lagi bagus macam tu. Buat lelaki tu tak pilih hidangan dia. "Sekejap."ujarnya semasa turunkan buku semula ke dada. Dia pandang Dayang Lucia dengan senyuman muslihatnya.

"Ya..."sambut Dayang Lucia dengan bersemangat.

"Awak nak saya memasak kan?"tanya Adalina dengan sengih penuh maksudnya.

"Ya...betul tu."angguk Dayang Lucia dengan teruja. Akhirnya! Tuan puterinya mahu juga selesaikan tugasan ni.

Adalina bangun dari baringnya di sofa lalu bersila dekat atas tu sambil tutup buku tebalnya. Setelah dia duduk, dia pandang Dayang Lucia yang kelihatan bersemangat sekali renungannya."Kalau macam tu beritahu saya apakah makanan yang paling Addison bencikan.."

Air muka Dayang Lucia kemudiannya jatuh kepada tergamam. Terkejut dia bila dengar. "Hah?Makanan bukan kesukaan putera mahkota?Ke-kenapa tuan puteri bertanya tentang hal itu pula?"soalnya.

"Well...awak nak saya masakkan. So saya akan masak. Tapi tak bermakna saya akan masakkan makanan yang buat dia happy..."kata Adalina lagi dengan bersahaja.

Dayang Lucia pandang kecewa. Renungan bersemangat dia bertukar menjadi mendung tidak bersemangat. Haih...susah betul la nak faham Adalina ni. Orang lain berebut hendakkan perhatian putera mahkota, dan anak ni boleh pulak mahu dibenci? "Perlu ke tuan puteri buat begitu?"soalnya teragak-agak.

"Awak nak saya masak ke tidak sebenarnya ni?"tanya Adalina lagi dengan nada jengkel. Banyak soal betul. Beritahu je pun susah. "kalau awak tak nak beritahu saya akan tanya pada anak lelaki awak sendiri."ajunya sewaktu membuka buku semula dan selak ke muka surat yang dia tangguh tadi.

Dayang Lucia menggeleng kepala tak percaya.

Ramai-ramai puteri yang dia pernah temui, ini la kali pertama dia temui puteri seperti Adalina ni. Yalah mana ada puteri lain berpakaian ala kadar macam dekat rumah sendiri macam ni. Sudah la bersahaja dan selambat tak kisah. Cakap pula main lepas tak ada lapiknya. "Tapi tuan puteri sa-"

Knock!

Knock!

Bunyi ketukan pintu membuatkan Dayang Lucia palingkan kepala ke arah pintu sedara automatik. Dia pandang Adalina yang sudah kembali membaca buku itu sekilas sebelum bergerak ke arah pintu dengan segera. Sesampai saja dia di pintu itu, pemegang bentuk 's' dipegang lalu daun pintu itu di Tarik ke dalam dengannya.

Terbuka saja pintu itu, Puteri Dania berdiri di situ dengan penampilan anggun dan cantiknya. "Selamat siang."senyumnya pada Dayang Lucia.

Kening Dayang Lucia terangkat tinggi kerana terpegun dengan kecantikan Puteri Dania. "Selamat siang tuan puteri Dania. Ya...boleh saya bantu?"

"Saya perlu berjumpa dengan Puteri Adalina."maklum Puteri Dania.

Adalina dekat dalam bilik dah memanjang leher sebaik dengar nama Dania timbul. Perempuan tu?Haish!Nak apa pulak lagi ni?Tanpa berlengah dia lompat bangun dari sofa tu.

Dayang Lucia buka pintu itu luas-luas. "Sudah tentu sila-"baru saja dia nak habiskan kata-katanya tidak semena, satu tolakan terasa di bahunya hingga buatkan dia terundur ke tepi dengan mengejut. Dan Adalina sudahpun berdiri di situ dengan tangan menghadang laluan masuk.

"Tak boleh!"tegah Adalina sambil memandang Puteri Dania dengan perangai samsengnya. "Kau nak apa?"balas Adalina pada Dania serta merta.

Puteri Dania pandang Adalina dengan bibir terketap nipis. Kecik besar dia pandang perempuan depannya. "Dayang Lucia...boleh awak tinggalkan kami sekejap?"tanya dia tanpa alihkan matanya dari Adalina.

"Ba-"

"No...you stay here Lucia."potong Adalina serta merta. "Orang yang patut pergi dari sini adalah dia."katanya dengan nada berlagak semasa memandang Dania.

Malas nak bertolak ansur dengan Adalina, Dania tolak Adalina ke dalam bilik tu sampai buatkan Adalina jatuh terduduk lantas dia tolak Dayang Lucia keluar dari bilik tu sebelum tutup pintu bilik tersebut dengan kasar.

"Auw!"aduh Adalina dengan kuat sebaik punggung dia mencium lantai.

Dania bongkok mendapatkan Adalina, dia cekau kolar t-shirt biru cair Adalina lalu paksa Adalina bangun dari lantai tu dengan mimik muka marah.

"Hei! Apa ni! Kau nak cari pasal dengan aku ke!"gelut Adalina sambil pegang tangan tu dan cuba di Tarik jauh dari kolar bajunya.

Dania goncang badan tu dengan bengang. "Sampai bila kau nak buat perangai tak guna kau ni Adalina!"

"Ahh! Lepas! Lepaskan aku la perempuan gila!"jerit Adalina sambil menolak bahu dan muka tu supaya jauh dari dia.

Dania yang sedaya upaya bergelut untuk tidak sakiti Adalina terpaksa jugak buat begini. Dia angkat tangan kanan dia lalu tampar pipi tu.

PANG!

Terus senyap.

Adalina yang di tampar cepat-cepat bawa tangan ke pipi lalu pandang ke Dania dengan mata terbutang luas. Deru nafasnya naik turun kencang dengan berang.

Dania pandang serba salah ke Adalina sebelum melepaskan renggusan kasar. "Kau yang mintak. Aku cuba cakap baik-baik dengan kau."

"Baik kepala bana kau! Kau tiba-tiba terjah masuk bilik aku, tolak aku, cekik aku lepas tu tampar. Itu kau kata elok?"dengking Adalina dengan berang.

Tanpa berkata apa-apa Dania hanya pandang Adalina dengan kening mencerlung sebelum mata tu perlahan-lahan kemerahan dan mengumpulkan air mata. "Yang patutnya marah sekarang aku tahu tak. Sampai hati kau! Sampai hati kau buat-buat tak kenal aku...memangnya aku ni kawan kau atau mahkluk halimunan je!"dengking dia pula. Seminggu. Seminggu dia diamkan diri dan tunggu Adalina cari atau tegur dia tapi tidak. Kawan hati batunya ini sikit pun tak peduli

Elok Adalina berkerut kening tak puas hati, dia pandang Dania dengan wajah terkejutnya.

"Sudah la kau senyap macam tu je lepas grad...tak call tak mesej. Tak cakap apa-apa pun tentang diri kau. Kemudian masa kita jumpa kau pandang tidak tegur aku lagi la tidak. Kita ni kawan ke tak sebenarnya?"

Adalina diam tidak berkata apa-apa. Dia pandang serba salah ke Dania. Bukannya dia sengaja. Dia cuma tak nak reputasi Dania ikut terjejas dengan khabar angin tak elok dia. Lagipun masa hari graduasi hari tu bonda Dania temui dia secara private dan beri amaran kepada dia supaya jauhkan diri dari Dania. Nak tak nak dia terpaksa la akur dengan titah tu.

"Aku ada banyak nak cerita dekat kau...aku nak cerita pasal aku tercalon sebagai pilihan putera mahkota, nak tanya kau sama ada kau terpilih atau tidak, betul ke apa yang berita sebarkan pasal kau...tapi kau. Shut down aku macam tu je"luah Dania lagi.

Tak nak menangis dekat situ, Adalina silangkan tangannya ke dada lalu pasang muka berlagaknya. "Kau nak apa datang sini. Kalau kau nak berdrama dan menangis depan aku baik kau keluar.Aku ada banyak benda nak buat. "katanya dengan nada tak suka.

Dania mencebik bibir tak puas hati lalu keluarkan sesuatu dari poket dress yang di pakai sebelum di sua ke Adalina. "Ini...kau tak ambil sampul pada hari tu."dia menyua sepucuk sampul berwarna hijau lumut ke Adalina.

Mata Adalina pandang sampul tu lalu ke Dania semula. "Ada aku suruh ke?"tanya dia.

"Ambik je la. Kau tak payah tunjuk perangai bitches kau dekat aku.."marah Dania.

Adalina tak ambil. Dia hanya diam di situ pandang tak puas hati ke Dania.

Oleh kerana Adalina tidak mahu ambik, Dania pun letakkan sampul tu di celah tangan Adalina yang bersilang tu dengan kasar. "Lakukan yang terbaik. Walaupun kau tak suka, aku harap sangat kau yang terpilih nanti.."ujarnya sambil tu.

Adalina diam membatu di situ. Dia pandang Dania dengan kening mencerlung acah-acah marahnya. "Kenapa kau buat semua ni?Kau sedar kita ni pesaing?"tanya dia. "Kau tak patut berbaik dengan musuh kau sendiri.." ujarnya dengan nada mendatar.

"Kau bukan musuh aku, kau kawan aku. Yang anggap aku adalah musuh sekarang ialah kau. Perempuan tak guna."gerutu Dania sebelum berpaling dari situ dan gerak ke arah pintu.

Adalina perhatikan langkah Dania dengan renungan terkilan sebelum tunduk mencapai sampul tadi lalu dibuka. Dia lihat di dalam sampul itu terdapat sepucuk kertas seakan surat dan beberapa keping helai wang. Tidak peduli dengan semua itu, Adalina berpaling dari situ lalu lempar sampul itu di atas meja dan kembali baring di sofa.

Test ke apa, bukan masalah dia untuk peningkan kepala mengenainya. Siapa yang nak kahwin sangat tu. Pandai-pandai la dia orang!

Tangannya di bawa naik ke atas mata dengan marah.