Sejak ketibaannya ke Istana Genovia, dia telah di sambut dan di layan dengan seorang dayang wanita bernama Lucia. Beliau seorang wanita 45 tahun yang sangat baik dan peramah. Cara bercakap pun lemah lembut. Merupakan ibu tunggal untuk dua anak yang bertugas menjadi pengawal keselamatan istana dan tukang masak dalam istana yang sama. Dari awal sehingga la akhir, Lucia perlakukan dirinya dengan baik tanpa bias meskipun banyak khabar angin yang tak elok tersebar mengenai dirinya.
Menurut istiadat yang diadakan malam tadi, raja telah sertakan kriteria yang perlu ditepati untuk di pilih sebagai isteri anak mereka, a.k.a Putera Mahkota Addison.
Pertama mereka akan diberikan lima tugasan. Dan setiap tugasan tersebut perlu diselesaikan ikut masa yang diberikan, seperti seminggu, dua minggu atau beberapa hari. Dan siapa yang selesaikannya dengan baik akan dapat ganjaran iaitu dating bersama dengan Putera Mahkota sepanjang hari.
Kedua, mereka perlu ikut peraturan yang di tetapkan dalam Istana Genovia. Maksudnya tak boleh bawa adat atau segala peraturan lama istana masing-masing ke dalam tempat ini. Kalau di suruh buat itu mereka kena ikut macam tu. kalau di suruh berbuat begini mereka kena buat macam ni. Macam tu la. Kemudian, mereka di larang untuk keluar dari kawasan istana melainkan ada sebab yang kukuh seperti sakit atau perlu pulang semula ke negera masing-masing.
Ketiga, tidak dibenarkan membuat sebarang contact dengan putera mahkota melainkan untuk hari ganjaran saja.
Last but not least, tiada relation dengan mana-mana lelaki sepanjang masa mereka di dalam Istana Genovia. Dan sekiranya tertangkap, maka kelayakan mereka bakal di lucutkan serta merta.
Adalina Bloom, yang sememang tidak beri kisah dengan semua itu, sikit pun tak susahkan diri untuk fikirkan apa strateginya. Sebab rancangan dia simple saja. Iaitu, dia akan jadi puteri paling slow dan dungu dekat sini. Disamping dapat menJaga nama baik keluarga dan istana dia juga dapat elakkan diri dari jayakan setiap ujian yang diberikan.
Setelah bersiap, Adalina turun ke dewan makan untuk sarapan bersama dengan raja dan ratu memandangkan hari ini adalah hari pertama ujian bakal diberikan kepada mereka.
Pagi tu sepatutnya sesi makan pagi bermula jam 7 pagi, tapi Adalina turun lewat setengah jam kemudian. Bukan bangun lewat, tapi dia sengaja.
Padahal jam 6 pagi lagi dia dah bangun. Jogging sekejap ambil angin. kemudian mandi, lepas tu melengah-lengah sewaktu bersiap. Itu yang dia baru tiba dekat dewan makan ni.
Bersama muka tak tahu malunya, Adalina berjalan masuk ke ruangan yang mana sudahpun penuh dengan empat orang puteri, pasangan di raja dan putera mahkota sendiri. Berdiri saja dia di situ, semua orang palingkan kepala. Memandang Adalina seperti dia baru di tumbuhi dua lagi kepala.
Mana tidaknya, orang lain pakao cantik-cantik dan kelihatan sejuk mata memandang, Adalina di situ berpakaian seperti ratu punkhead.
Dengan dress gothic hitam putih, berjaring hitam pada lengan. High knee sock terpasang di kedua-dua belah kaki. Celak dan eyeliner hitam pekat dipalit di kedua-dua mata. Tak lupa, gincu hitam turut dioles ke bibirnya.
Terkejut dengan apa yang dilihat, dua dari mereka di situ tersembur keluar makanan mereka.
"Maafkan saya."ucap Adalina dengan bersahaja. "Saya terlewat bangun tadi."tipu Adalina sewaktu pandang Raja Josiah dan Ratu Annatasia.
Jelas-jelas dekat wajah Raja Josiah dan Ratu Annatasia reaksi 'WTF' mereka hanya diam memberi renungan judging mereka pada Adalina.
Sementara dayang dan butler yang ada di situ ternganga dan membutangkan mata.
Puteri yang lain, kelihatan anggun dengan pakaian masing-masing di situ tarik sengih senang. Nampaknya akan ada yang bakal di hantar pulang sekejap lagi ni.
"Maaf...bukan hendak menghina, tapi tuan puteri, apa yang tuan puteri pakaikan ni?"tanya Ratu Annatasia dengan muka kengerian.
Adalina tunduk memandang dirinya lalu ke arah mereka. "Kenapa?"tanya dia sambil buat muka blur.
"Tidak mengapa. Tuan puteri pasti terlampau penat kerana perjalanan yang jauh dan jalani hari Panjang di sini lewat petang semalam kan."balas Putera Addison.
Mata Adalina tersentak ke lelaki segak yang ada di seberang meja makan.
Putera Addison tarik sengih meleretnya setelah Adalina memandang tepat ke arahnya.
Dalam hati Adalina dah siap nak sumpah seranah. Memangnya dia bercakap dengan siapa sekarang ni? Yang nak menyampuk tu kenapa! Dia pandang ke arah Addison yang duduk di sebelah Puteri Felia. "Ah..ya." balasnya mahu tak mahu.
Ratu Annatasia yang termakan akan kata-kata Addison kemudiannya pun bersuara. "Jika begitu ambil la tempat kamu tuan puteri Adalina."ajunya sambil tunjukkan tangan ke kerusi kosong yang ada di hujung baris sebelah kanan meja.
"Baik. Terima kasih tuanku."tunduk Adalina sebagai hormat sebelum berjalan ke arah kerusi tadi.
Sampai saja Adalina di kerusi itu, seorang butler tarikkan kerusi ke belakang untuk dia. Terkejut dengan layanan yang diberikan, Adalina beri anggukan kecil lalu duduk di situ selesakan diri. Dan setelah itu baru la sarapannya di hidangkan depannya.
Punya la semangat dia nak makan, sekali tu makanan yang di hidangkan berasaskan gandum la pulak.
Selera Adalina terus mati. Telan air liur saja dia boleh buat. Yalah dia alergik pada apa sahaja sumber makanan yang berasaskan gandum. Kalau dia makan, dia akan dapat side efek seperti kulit kemerahan, benjol kecil di seluruh badan dan kalau teruk tekak dia akan bengkak diikuti konkusi.
Adalina alihkan perhatian dia dari makanan di situ lalu palingkan kepala ke Raja Josiah."So...saya dengar tuanku akan berikan tugasan pertama pada hari ni?Adakah ia telah di maklumkan?"soalnya dengan bersahaja.
Mereka dekat situ pandang terkejut dengan sikap selamba badak Adalina.
Raja Josiah yang dengar pandang ke Adalina dengan kening terangkat lalu tersenyum. "Belum lagi. Kami baru saja mula makan." jawabnya.
"Oh...ya ke."Haih..ingat lama dah makan. So dia kena tunggu dekat sini sampai semua habis makan atau apa? "Adakah kerana kelewatan saya tuanku tidak maklumkannya lagi?"soal Adalina lagi yang sedaya upaya mengelak untuk tidak makan.
Puteri Analusia yang duduk dekat sebelah Adalina dah buat muka tak suka dengan perangai Adalina. Memangnya sengaja nak cari perhatian apa. Tak belajar ke masa makan tak boleh bercakap. Yang banyak tanya dah kenapa!
Kini Ratu Annatasia pula yang bersuara. "Tidak tuan puteri Adalina. Kami kalau boleh makan sehingga habis baru berbincang. Sekiranya tuan puteri tidak kisah, apa kata kita makan terlebih dahulu sebelum berbincang mengenai tugasannya."
Adalina telan air liur lepas tu. Dia pandang pinggannya dengan was-was. Memang tak la dia nak makan.
Puteri Camelia yang duduk di seberang meja menghadap Adalina perasan akan reaksi itu terus ambil kesempatan. "Kenapa tak makan?Ke makanan dekat sini tak sesedap makanan dekat istana awak Adalina?"tanya dia dengan nada baik dan selemah lembut yang bolehnya.
Adalia angkat matanya ke Puteri Camelia serta merta. Dia buat muka. Hak-alah, yang menyibuk nak bertanya jugak kenapa! Ada yang kena maki dengan dia kejap lagi ni. "Maaf, adakah selera makan saya menganggu konsentrasi awak wahai tuan puteri Camelia yang baik hati lagikan prihatin?"soal dia dengan senyuman mesra olok-oloknya.
Raja Josiah yang memerhati sejak tadi ambil keputusan untuk bersuara. "Sudah cukup. Sini meja makan. Bukan tempat untuk bertekak. Sekiranya Tuan Puteri Adalina tidak mahu makan atau perlu tukar hidangan beritahu. Dan jika Puteri Camelia ambil berat mengenai Puteri Adalina, apakata kamu berdua sambung perbualan tu selepas sesi makan kita?" katanya.
Kepala Puteri Camelia tertunduk malu."Maaf tuanku."ucapnya.
Sementara Adalina hanya duduk dekat situ sandar ke belakang tiada mood. Haish!
Tanpa disedari Putera Addison yang ada di seberang meja hujung berdekatan dengan Raja Josiah saksikan semua itu dengan minat.