Lepas sesi makan tadi, mereka berlima di suruh untuk berkumpul untuk terima tugasan pertama mereka. Di depan mereka berdirinya bendahara raja yang bertanggungjawab menyampaikan tugasan mereka. Dan selepas mendengarnya, ianya tidak menerima sambutan yang baik.
Terutama sekali Adalina.
"Apa?"soal Adalina dengan muka tercengang dia. "Memasak?"ulangnya lepas dengar apa yang dimaklumkan oleh Bendahara Loui depannya. Buat pertama kali ini adalah perkara paling merepek yang dia pernah dengar dalam seumur hidupnya!
"Ya tuanku. Memasak. Menurut Ratu, air tangan seorang isteri adalah senjata dalam rumah tangga .Jadi ujian pertama yang tuan puteri berlima perlu selesaikan ialah cipta sebuah menu. Sediakannya pada hari yang di tetapkan. Setelah itu Putera Mahkota dan Ratu sendiri yang akan lakukan uji rasa. Sewaktu dia test, masakan itu annoyoumus. Baginda tidak tahu siapa yang menyediakannya. Sekiranya baginda berminat dengan masakan itu, maka penyedia hidangan itu adalah pemenangnya."
Empat orang puteri di situ dengan tertib menerima tugasan itu bersama tangan depan perut, sementara Adalina seorang saja yang bercekak pinggang dekat situ.
"Memangnya tak ada tukang masak apa nak buat semua kerja tu?Pertama kali saya dengar tuan puteri kena memasak. Ingat saya ni kuli dia apa nak tolong masak bagai. Ihh..tak ada kerja betul."bantah Adalina dengan sassy.
Bendahara raja hanya dengar dan perhatikan tingkah Adalina sewaktu wanita itu membebel dengan sendiri. Agak-agaknya kalau dia sumbat mulut ni dengan kasut kena penjara tak?
"Kenapa?Awak tak pandai memasak ke Adalina?" soal Puteri Felia dekat sebelah kanan Adalina.
"Ahahah...takkan la..."ketawa Puteri Andalusia. "Mungkin sebab bonda dia tiada masa untuk diluangkan dengan dia sampai memasak pun dia tak sempat nak ajarkan.."
Kepala Adalina berpaling laju ke Felia dan Andalusia. Keningnya mencerun tak suka. "Kau diam, aku tak cakap dengan kau kan. Boleh tak berhenti menyampuk setiap kali aku bercakap. Tak di ajar ke dekat istana. Bila orang bercakap dengan orang lain jangan cuba menyampuk melainkan bila di tanya??"kan dah kena!
Puteri Camelia masuk campur. "Hei...kalau ya pun Bahasa tu tak boleh ke guna yang elok. Ingat sikit kami ni lebih tua dari kamu tahu tak."tegurnya dengan tegas.
Adalina palingkan kepala ke Camelia dengan sengih mengejek. "Memangnya bangga kalau jadi tua?"soal dia dengan nada menjengkelkan. "Dasar makcik!"getusnya dengan kening berkerut. Suka hati je nak mengutuk bonda dia!
"Apa kau cakap?"marah Puteri Felia yang sedia nak menerkam Adalina.
Puteri Dania yang sememangnya seorang yang tenang dan collected hanya diam tidak masuk campur akan perbalahan empat orang di sebelahnya. Dia pandang bendahara raja di depannya lalu bertanya. "Adakah kami di beri had atau syarat dalam penyediaan menu ini?Seperti bahan yang di gunakan, kos yang dikeluarkan?Langkah berjaga-jaga dalam penyediaan?Seperti itu?"soalnya.
Bendahara raja yang dengar tersenyum senang. Akhirnya. Ada juga seseorang yang bersikap matang dan tidak bertekak seperti mereka yang lain. "Ada tuanku. Ianya ada di dalam lima sampul yang saya letakkan dalam dulang ni. Tuan puteri hanya perlu pilih salah satunya dan gunakan arahan yang diberitahu di dalam suratnya."jelasnya.
Empat orang itu berhenti bertekak serta merta lepas dengar Puteri Dania bertanya. Fokus mereka terarah pada dulang perak yang dipegang oleh bendahara depan mereka.
"Apa yang ada di dalam sampul tu?"tanya Puteri Andalusia pula.
"Wang. Ianya adalah wang yang bakal tuan puteri gunakan untuk membeli bahan masakan tu. Dan tidak dibenarkan menggunakan wang lain selain wang yang diberikan. Sekiranya tuan puteri di dapati melanggar peraturan yang ditetapkan, tuan puteri serta merta bakal di lucutkan dari pencalonan."
Adalina yang tak nak dengar apa-apa lagi terus pergi dari situ dengan langkah marahnya. Memang tak dia nak memasak.
Puteri Dania pandang masa Adalina pergi dari situ. Dia perhatikan langkah marah Adalina buat seketika sebelum pandang ke bendahara itu. "Kalau begitu biar saya dahulu yang memilih sampulnya."ajunya setelah itu.
Setelah Puteri Dania capai dua sampul di dalam dulang tu, bendahara bertanya. "Kenapa ambil dua?"tanya dia.
Puteri Dania menjawab. "Untuk Adalina."
Bendahara itu mengangguk kepala sambil buat muka tak faham. Hairan dia dengan sikap baik hati Puteri Dania terhadap Puteri Adalina. Namun dia tidak beri sebarang komen mengenainya.
Kemudiannya, Puteri Camelia, Puteri Felia dan diikuti Puteri Andalusia pula yang capai sampul di situ.