Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 13 - 13. Paku dulang paku serpih Nak mengata orang jangan melebih

Chapter 13 - 13. Paku dulang paku serpih Nak mengata orang jangan melebih

"Kau tahu aku dengar Dayang Lucia yang kena jaga puteri Adalina paling menyusahkan tu?"

"Iya?Kesian la Dayang Lucia nanti. Mesti dia kena dera cukup-cukup nanti dengan tuan puteri tu."

"Huh?Dera?Jahat sangat ke dia?"

"Itulah...aku dengar dia adalah puteri paling bermasalah dalam negeri dia. Tak cukup dengan cerita keluar dengan lelaki keliling pinggang dan bersilih ganti macam salin baju, aku dengar dia suka susahkan para pekerja dekat istananya."

"Hish...kau ni ya-ya je. Entah betul entah tidak...tak baik tahu tak cakap tanpa bukti. "

"Wei...apa yang tak betulnya. Dah keluar macam-macam artikel siap dengan video lagi tu. Tak percaya try la tengok sendiri."

Sedang orang dapur sibuk bergosip, tuan punya nama sudahpun berdiri dekat depan pintu masuk dapur sejak perbualan itu bermula.

Adalina niatnya mahu ke dapur kerana nak cari makanan memandangkan dia tak sarapan sejak awal pagi. Waktu makan tengah hari tadi dia terlena sampai la ke petang. Lepas tu, dia tak turun makan malam sama dengan puteri-puteri yang lain  sebab dia tahu yang dia akan bertekak kalau berhadapan dengan mereka. Seorang daripada mereka mesti nak jengkelkan dia. Jadi dia lepak la dalam bilik scroll media social tengok itu dan ini. Dan bila dia bangun saja dari katil dah jam 9 malam rupanya.

Oleh kerana tidak mahu menyusahkan Dayang Lucia dengan meminta makanan dari wanita itu, Adalina ambil keputusan untuk turun ke dapur istana sendiri.

Oleh kerana infrstruktur istana ni tak jauh beza dengan istana lamanya, Adalina sikit pun tidak ambil masa yang lama untuk tahu dimana keberadaan dapur. Nama pun orang gua, duduk lama dalam istana ni boleh ajar dia untuk tahu selok belok dalaman istana. Jadi nak cari dapur ni benda kecil buat Adalina.

Tapi silap dia la, masa keluar bilik tadi mungkin langkah kiri. Sebab sampai-sampai je dekat sini, orang tengah sedap mengutuk pasal dia.

Bukannya dia terasa, malah tak kisah sebenarnya. Cuma, yalah, kenapa ya orang suka kutuk dia masa dia cuba nak makan. Tidak parents dia, orang sekeliling, tidak orang sana, orang istana Genovia. Benci sangat ke mereka ni kepada dia.

Yes. Memang Adalina major dalam psikologi, tapi tak bermakna psikologi dia boleh imun dengan cemuhan orang lain. Dia pun manusia jugak. Ada hati ada fikiran yang boleh faham semua kutukan tu.

Sambil sandar dekat dinding, Adalina pandang ke depan lalu silangkan tangan ke dada untuk dengar lebih lanjut perbualan staf dapur tu.

"Dia anak tunggal kan?"

"Entah la..ada dengar dia sebenarnya ada adik beradik lain, tapi tak sure betul ke tak."

"No wonder la perangai macam Budak terlebih manja. Masa aku tengok dia kali pertama, aku dah tahu dia tu cuma bawak masalah."

"Betul tu, aku dengar cerita dari Bendahara Loui Puteri Adalina tu hanya buatkan darah dia menggelegak dengan perangai bossy dan sassy dia tu. Banyak kali Bendahara Loui control emosi dia setiap kali bertembung dengan Adalina."

"Ahahah...kau ni tak baik tau cakap macam tu. Nanti kau dapat anak kau manjakan dia jugak."

"Tapi serius talk, apa yang Raja Josiah dan Ratu Anna fikirkan sampai mahu pilih Puteri Adalina sebagai calon isteri anak mereka. Yalah sudah la muda, macam tak matang pun ada. Banyak bercakap lagi tu, kalau apa yang keluar dari mulut tu tak menjengkelkan tak apa jugak. Ini tidak, ada saja yang nak dijengkelkan pada puteri-puteri lain."

Adalina dekat tepi dinding tu tersenyum sendiri lepas dengar. See, jelas-jelas semua orang tahu macam mana dia, tapi kenapa raja dan ratu tetap pilih dia? Dia pun nak tahu jugak!

Memandangkan topik perbualan mereka semakin menarik untuk di dengar, dia tolak badannya dari dinding lalu berjalan masuk ke ruang dapur itu.

"Aurgh...laparnya perut..."sapa Adalina serta merta dengan lakonan bersahajanya.

Suara itu buatkan semua staf lelaki dan wanita yang berdiri dekat sekeliling island table di situ melompat terkejut. Masing-masing pasang muka cuak lepas palingkan kepala ke Adalina. Ada yang pegang dada ada yang membutang mata. Ada juga yang telan air liur dengan susah payah.

Melihatkan reaksi mereka seperti pencuri baru tertangkap, Adalina tersenyum seperti mahu ketawa. "Sorry kalau saya buat awak semua terkejut...did I bother you?"renungan penuh maksud terarah pada setiap wajah di situ. Ini la manusia, cakap belakang berani, bila berdepan tahu pulak nak menikus!

"Tuan Puteri Adalina...apa tuan puteri buat di sini malam begini?"soal maid dapur terlebih dahulu.

Mata Adalina kerling sekeliling dapur yang sudahpun kemas dan licin yang berkilat sekilas pandang sebelum pandang mereka semula. Dah kemas dapur eh? "Saja..cuci mata."jawabnya sewaktu jalan mendekati kumpulan staf depannya. Tak apa. Dia akan kotorkan balik untuk mereka.

Dan ibarat seperti magnet berlainan kutub, mereka dengan serentak undur jauhkan diri setiap kali Adalina selangkah mendekati mereka.

"Kenapa?"tanya Adalina lepas nampak mereka semua beri reaksi begitu. Dia tersengih. "I not gonna eat you..."ujarnya dengan sengih meleret mahu ketawa. Kelakar la dia orang ni. Tadi bukan main lagi seronok mengutuk dia...tunjuk la berani yang sama macam tadi.

Semua dekat situ dengan mata terbutang luas dan mulut terketap rapat menelan air liur masing-masing. Terkejut sangat. Dan mereka takut kalau-kalau Adalina dengar perbualan mereka tadi. Kalau dengar mati la mereka!

"Tadi bukan main lagi bersemangat kau orang cerita pasal aku macam hari esok tiada...sekarang kenapa takut pulak?" tanya Adalina sambil melentokkan kepala ke kanan.

Baru la mata mereka terbeliak luas. Ada yang rahang jatuh ternganga, ada yang menahan nafas menekup mulut, ada juga yang terus melutut dekat lantai sambil buat tangan merayu.

"Maafkan kami tuanku."ucap mereka dengan tergesa-gesa sambil melutut di atas lantai berjubin tu.

Dengan renungan dingin tiada perasaan, Adalina tundukkan pandangannya ke bawah. Itu la kata pepatah berpesan, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. "Kau orang nak aku maafkan kau orang?" kening kanan di jungkit sama sambil bertanya.

Mereka dongak ke atas lalu memandang Adalina dengan kening berkerut takut. Apa la nasib mereka nanti.

"Boleh je..."jawab Adalina sebelum angkat tangan kanannya lalu membelek kukunya yang bersih tidak terpalit dengan sebarang kuitik. Sambil dia tilik kukunya sambil tu dia berkata. "Tapi dengan satu syarat. Kau orang jadi kuli aku sepanjang masa aku dekat sini."dia pandang ke mereka setelah itu.

Semua dekat situ menahan nafas terkejut. Namun tak lama selepas itu mereka jatuhkan kepala ke bawah mengalah. Mengaku yang semua yang terjadi ini kerana salah mereka, tiada sesiapa pun berani hendak bersuara mahupun membantah. Macam mana lah boleh jadi begini?Haih.

"Kenapa?Tak nak?"soal Adalina lagi lepas mereka tak membalas soalannya. Lalu Adalina membuat muka. "Kalau kau orang tak nak, prepare yourself then cause I gonna make you suffer till you beg for me to stop."Adalina turunkan tangannya ke sisi selepas itu. Nak sangat dia dera kan!

Tersentak dengan ugutan tersebut mereka terus jatuhkan bahu tiada semangat. "Baik tuanku." dengan patuh mereka tundukkan kepala tanda submit pada Adalina.

Dengan senyuman bangga di bibir Adalina kemudiannya pandang sekeliling dapur tu. Okay, time for punishment. Seronok sangat bergosip tentang dia tadi kan. "Aku lapar. Masakkan aku something. Cepat. Kalau kau orang lambat, jangan salahkan aku kalau ada apa-apa berlaku pada kau orang malam ni." arah dia sebelum jilat bawah bibir sebab lapar.

Tanpa membuang masa, semua yang ada di situ mula bergerak ke sana sini melakukan sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa dalam dapur tu.

Adalina dekat situ perhatikan dia orang semua dengan renungan jahat tak pedulinya. Nak sangat dia nampak jahatkan. So why not dia berikan apa yang mereka kutukan sangat pasal dia tadi.

Yalah, kadang-kadang manusia ni kena rasa ubat mereka sendiri. Biar dia orang tahu macam mana rasanya.

Padan muka.