Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 9 - 09. The Meeting

Chapter 9 - 09. The Meeting

Selepas menunggu sejam kemudian, baki keempat-empat puteri yang lain tiba tidak lama selepas itu.

Sama seperti Adalina, mereka semua cantik-cantik belaka.

Nak di bandingkan Adalina dengan mereka berempat, bezanya Adalina yang paling muda di situ. Average usia mereka berempat di sekitar 20 tahun ke atas. Masing-masing datang dengan buah tangan, kain sutera la, set barang kemas la, kereta la, apa la.

Adalina seorang saja yang datang lengang kangkung dan muka tak bersalahnya. Tak lupa perangai sassy menyakitkan hatinya.

Setelah itu, kelima-lima mereka ditempatkan di balairung seri, iaitu dewan menghadap raja dan ratu oleh para dayang di situ.

Dekat 15 minit mereka tunggu ketibaan raja dan ratu serta putera mahkota di situ. Nak hilangkan bosan punya pasal keempat-empat puteri di situ, aim Adalina memandangkan antara mereka berempat, Adalina paling popular di sini. Mana-mana ada mukanya.

"So?Apa playgirl kita buat dekat sini?Dah bosan try semua jejaka dekat luar sana, sekarang nak try putera mahkota negara pulak?"seloroh Puteri Felia dari Negeri Hvya, 25 tahun, seorang aktivis, berkulit putih, berambut ikat mayang berwarna perang karat.

"Ahaha...apa ni Felia, tak baik cakap macam tu. Dia masih muda, apa salahnya. Ya tak Puteri Adalina?"sampuk Puteri Camelia dari Negeri Emrys, 27 tahun, seorang model berjaya dan memiliki brand sendiri, tinggi, kurus berwajah runcing berhidung mancung berambut pendek bob cut warna hitam.

Adalina pandang dua puteri yang duduk di hadapannya. Seorang berambut karat, seorang berkepala helmet. Elok la...sepadan sangat! Seperti pasangan duo spongebob dan patrick star. Sama-sama dungu sama-sama lembab!

Dia pun sandarkan kepalan penumbuknya ke pipi lalu berkata. "Kenapa?Rasa insecure ke kalau aku ada dekat sini? Takut yang tuan puteri berdua tak dapat nak ambil hati putera mahkota kerana aku lebih baik dari kau orang?"balas Adalina sambal kedip-kedipkan matanya cuba nak jengkelkan dua orang depannya.

Puteri Felia menjegil mata marah. Dia duduk tegak dari sandarnya dan buka mulut untuk berkata, namun suara lain terlebih dahulu menyampuk.

Adalina berdengus hendak ketawa bila Nampak reaksi Felia. Pantang dicabar betul princess seorang ni.

"Felia...jangan buang masa awak pada puteri picisan seperti dia ni. Eloknya awak kawal diri awak supaya tidak naik marah di sini dan malukan diri sendiri. Sebab puteri Adalina tak layak terima perhatian kita."ujar Puteri Andalusia dari Negeri Boungenvilia, 29 tahun, seorang peguam pendakwaraya, berambut panjang ikal mayang warna hitam, bertubuh pejal dan berisi sedikit daripada yang lain dan berwajah garang namun cantik di pandang.

Adalina turunkan tangan dari pipi lalu kerutkan kening semasa palingkan kepala ke kanan kerusi. Ni lagi seorang!Grr! "Oh ya ke. Sama la dengan aku sebab buang masa dengan barbie-barbie macam kau orang yang make up berinci tebal foundation dan bulu mata palsu kau orang tu."balas Adalina yang tidak mahu mengalah.

Puteri Andalusia ternganga tak percaya sambil melepaskan dengusan kecilnya lepas dengar.

"Serius tak faham, kenapa Raja Genovia pelawa puteri murahan seperti kamu menjadi calon menantu baginda. Memangnya tiada puteri lain apa yang boleh di pilih."cebik Puteri Camelia.

Adalina pandang Puteri Camelia dengan renungan mencarutnya. "Kalau aku puteri murahan kau tu puteri apa?Puteri terlebih pembedahan plastik?Ke Princess of the Botox."cebiknya dengan sengih sinis mencabar. Balas la. Dia dah tahu semuanya tentang mereka la!

Puteri Camelia bergerak hendak berdiri dari situ dan melawan kata Adalina. Namun puteri keempat bersuara.

"Sudahla tu kalian semua. Jangan nak bertekak."tegas Puteri Dania dari Negeri Angelus, 21 tahun, berambut toncang, berbulu mata hitam lagikan lentik, bermata bulat dan berkulit kuning langsat. Dan sangat cantik.

Mereka semua di situ palingkan kepala ke anak raja dari negara jiran Genovia itu dengan muka bengang masing-masing.

Adalina palingkan kepala ke Puteri Dania lalu beri renungan tak berminat.

Sementara Puteri Dania pandang Adalina dengan renungan yang tidak dapat ditafsirkan.

Bersama jelingan menyampah, Adalina kemudian tarik sengih meleretnya tak lama selepas itu. Nampaknya dia ada pesaing yang mana tidak suka akannya di sini. Itu bermakna kemungkinan besar dia sama sekali tiada peluang. But it okay. Lagi dia suka! Cepat dia tersingkir cepat dia berhambus dari sini.

KEDEBANG!

Pintu gerbang balairung seri itu terbuka dengan kuat secara tiba-tiba.

Dengan serentak semua kepala yang ada di situ dengan serentak palingkan kepala ke arah itu.

"Dimaklumkan, kehadiran Raja Josiah, Ratu Annatasia dan Putera Mahkota Addison ke balairung seri." suara seorang lelaki melaung bergema dalam ruangan tu.

Laungan itu buatkan keempat-empat mereka di situ bangun lantas menghadapkan badan mereka pada tiga beranak yang berjalan masuk itu.

Kecuali Adalina. Dia hanya duduk di situ dengan tangan bersilang di dada dan kaki kanan di silang atas lutut kiri. Pandangnnya terarah ke Puteri Felia. Tidak peduli untuk beri hormat.

Keempat-empat mereka di situ lemparkan senyuman lebar dan semanis yang mungkin pada ketiga-tiga orang itu, tapi tidak Adalina.

Raja dan Ratu yang nampak tersenyum senang melihatkan para puteri yang cantik-cantik disitu. Bangga kerana telah melakukan keputusan yang tepat dengan memilih wakil dari negeri yang terkenal dengan puteri yang cantik. Namun senyuman mereka jatuh setelah melihat puteri yang seorang itu.

Sementara perhatian empat puteri terarah pada lelaki yang mengenakan sut uniform seperti tentera berwarna biru keemasan yang sedang ambil tempat di kerusi yang di tetapkan, Adalina yang duduk dekat situ kerling ke Raja Josiah yang ambil tempat di atas balairung lalu di apit dengan ratu. Dua orang pasangan yang yang telah tempatkan dia di kedudukan ini. Dia tertanya-tanya jugak, apa yang ada dalam kepala otak mereka? Kenapa mereka masih pilih dia walaupun banyak khabar angin yang tak baik telah tersebar mengenai dirinya.

Memangnya dua laki bini ini mahukan tekanan darah naik apa?

"Baiklah...memandangkan semua ada di sini, boleh kita mulakan majlis adat istiadat menghadap?"aju Raja Josiah sambil melirik kelima-lima mereka di situ dengan renungan mesranya.

Keempat-empat puteri yang berdiri tadi kembali duduk dengan sopan santun lalu focus ke Raja Josiah.

Sedang dia perhatikan Raja Josiah, Adalina gerakkan matanya bila perasan dirinya di perhatikan. Dan bila dia alihkan mata ke kiri kerusi tahkta, matanya terkunci dengan sepasang mata kelabu. Si pervert tu lagi!Tak sayang mata agaknya. Sibuk pandang dia dah kenapa!

Addison tersenyum nipis sewaktu Adalina memandangnya.

Buat beberapa saat mereka berdua saling membalas renungan sehinggala suara Raja Josiah bergema dalam ruangan itu menyentak fokus Adalina dan buatkan dia pandang semula ke Raja Josiah.

"Terlebih dahulu, beta akan mulakan dengan sesi suai kenal diri kamu pada kami."kata Raja Josiah memberi titah sambil melirik ke arah calon-calon isteri anak lelakinya.

Ratu Annatasia pandang dengan renungan penuh semangat. Dapatkah puteri-puteri di sini terpilih menjadi bakal ratu negara ini?