Adalina gerak hendak berpaling semula ke arah pintu keluar selepas itu. Tak nak dia bagi persepsi baik pada orang dekat sini. Alang-alang imej dia dah buruk baiknya dia burukkan lagi supaya dia tidak di terima menjadi calon isteri kepada putera mahkota tua 10 tahun dari dia tu.
Baru saja kakinya bergerak dua langkah hendak maju ke depan, pintu gerbang terbuka sekali lagi, dan seseorang dalam keadaan basah kuyup berjalan masuk.
Terus menahan nafas terkejut Adalina saat melihatnya. Sewaktu lelaki itu berjalan masuk, jantungnya hampir hendak berhenti berdetak.
My goodness, he gorgeous!
Adalina pandang lelaki yang sedang menanggalkan kot dari badan lalu melarikan jari jemari ke rambut untuk buang air hujan yang menimpa permukaan rambut tu. Rambut hitam tu dikuak ke belakang jari jemari runcing tu sehingga mendedahkan dahi luas dan licin tanpa cela. Kemeja putih yang dijahit ikut susuk badan lampai dan sasa itu menonjolkan bahu bidang dan dada sasanya.
Memang tak boleh nak dinafikan, this man drop dead hot as hell!
Ketika Adalina dalam keadaan terpana di situ, kumpulan butler yang berdiri dekat belakangnya bersuara."Selamat pulang putera mahkota."sambut semua yang ada di situ dengan serentak.
Adalina sentakkan kepala ke lima-lima butler tadi. Mereka sedang memberi tunduk 90 darjah kepada lelaki yang sedang berjalan masuk itu. Lantas Adalina pun kembali palingkan kepala mahu pandang ke depan semula. Namun tidak di jangka, hampir saja mukanya bertemu dengan dada yang sudah basah dengan kemeja tu.
Secara refleks, Adalina undur ke belakang dengan mata terbutangnya sambil memandang lelaki di depannya yang entah bila sudahpun berdiri rapat di depannya. Jantungnya berdegup laju sampai buatkan rasa bahang mula menyirap naik dari leher ke telinganya.
What the heck!
Terkejut dia!
Lelaki depan Adalina tilik Adalina dengan mata berwarna kelabunya buat seketika. Lalu hujung bibirnya terangkat sedikit seperti mengejek.
Adalina buat muka. Dah apahal pandang dia macam ni! "Can I help you?"soalnya dengan nada sinis. Kening kirinya di jungkit.
"I doubt you can help me with anything.." seloroh lelaki itu. Nadanya dalam dan kaya dengan aura, terisi dengan accent ala-ala dirajanya.
Namun semua itu tidak dapat menghentikan rasa jengkel yang sedang meluap-luap dalam diri Adalina. Dia boleh rasakan superiority melalui penampilan yang di tonjolkan dengan lelaki depannya. "Kalau macam tu mata tu pandang tempat lain dan berhenti tilik saya macam saya ni subjek untuk awak judge boleh tak! " desisnya dengan nada perlahan namun penuh dengan amaran.
Tidak semena lelaki depan Adalina tersenyum lalu ketawa kecil. Wajah seriusnya berubah menjadi mesra. "Chill down princess. I'm just joking. You should not be to serious." selorohnya dengan nada mesra bersahaja sewaktu seluk tangan ke dalam poket seluar.
Adalina buat muka tak suka. Dia cuba nak bersuara, namun satu tangan dengan tuala muncul dari tepi lelaki tu menghalang niatnya.
"Tuanku mahu mandian air panas dan sup panas?"aju dayang wanita yang berdiri di antara mereka berdua waktu itu sambil pandang dengan penuh minat pada putera mahkotanya.
Sambil capai tuala putih itu, lelaki depan Adalina senyum sampai menampakkan lekukan lesung pipitnya lalu kesat rambut yang basah dengan tuala itu. "Sure...terima kasih Nadia." jawabnya.
Adalina yang dengar suara mesra lelaki depannya menjuling mata menyampah lalu palingkan kepala ke arah lain. Ini ke lelaki yang semua orang sibuk gosipkan!Tak Nampak macam lelaki 31 tahun pun. Muka babyface macam sebaya dia je.
"Baik tuanku."tunduk dayang itu sebelum beredar dari situ.
Putera mahkota kembali palingkan ke Adalina dengan senyuman mesranya. "Kita stop dekat mana tadi?"tanya dia pada Adalina.
Adalina palingkan kepala lalu pandang ke depannya dengan renungan tak pedulinya.
"Ah...ya. Rasanya awak dah tahu siapa saya bukan?"senyum lelaki itu lagi.
Adalina yang tengok sejak tadi mula merinding jengkel. Tak sakit ke otot muka tu asyik tersenyum je. Buat sakit mata betul! Tahu la handsome. "Perlu ke?"balasnya dengan nada tak suka.
Berlagak!
Memang sah la dia tahu. Di tanya lagi buat apa. Asal ingat dia ni dungu sangat apa sampai tak tahu siapa lelaki depannya ni!
Addison Frazier, 31 tahun. Bakal pewaris takhta negara ni a.k.a lelaki perasan bagus! Yang mana menjadi kegilaan semua wanita dalam negara ni. Pendek cerita, kesemua populasi wanita dalam negara ini ada dalam tangan lelaki ni.
"Ahaha..."tidak semena Addison ketawa. "Siapa sangka, di balik tubuh genit berwajah bulat dan kelihatan comel ni tersembunyi peribadi feisty yang menakutkan ya?" selorohnya.
Adalina yang dengar sudah berkerut kening. Cakap apa?Feisty? "You dunno me."katanya di balik ketapan gigi.
Sambil tarik sengih mengancamnya, Addison dekatkan mukanya ke Adalina. Yang mana tak buatkan Adalina untuk undurkan kepala jauhkan diri. Malah Adalina lawan. Dia hanya tetap di situ sehingga la hidung Addison hampir hendak menyentuh cuping telinganya. Lantas lelaki itu berbisik.
"It okay, kita ada banyak masa untuk berkenalan nanti. Tak begitu Puteri Mahkota Negeri Ronia, Adalina Bloom."sebut Addison sebelum jauhkan mukanya dari telinga Adalina lalu jalan melepasi Adalina begitu saja.
Adalina yang di tinggalkan hanya mampu melepaskan dengusan tak percaya dengan muka sedang jengkelnya. Cuba untuk elakkan diri dari menjerit dekat situ sebab hilang sabar, Adalina hanya mampu pejam mata dan gigit bawah bibir sekuat hatinya!
This gonna be a very long journey for her!
Urghh!