Hujan turun petang tu.
Tanah yang mulanya kering, kini berlecak dengan lopak air.
Buatkan perjalanan untuk Utama menuju ke Istana Genovia pada hari itu agak sedikit lambat dari jadual sebenar.
Disebabkan air hujan lebat menghentak permukaan cermin kereta, pemandu yang membawa kenderaan sebolehnya memandu dengan berhati-hati selama tiga jam pemanduan tanpa henti itu.
Sementara yang duduk di tempat duduk belakang hanya buat muka tak kisah. Sikit pun tak peduli sekiranya mereka terlewat atau tidak dapat hadirkan diri ikut masa yang di tetapkan. Malah sempat lagi pejamkan mata mendengar lagu melalui air pod yang di pakai pada kedua-dua belah telinga.
Flashback....
"Nah...aku dah preparekan kau semua maklumat tentang rahsia keluarga Genovia. Kau gunakannya untuk elakkan diri dari terpilih."serah Kian sebuah telefon skrin sentuh ke atas tangannya.
"Rahsia?Dari mana kau dapat semua ni?"tanya dia sambil pandang skrin telefon di tangannya. Sepupunya study medic ke hacker?
Kian seluk tangan ke dalam poket seluar. "Tak ada apa-apa lah.Rahsia tu bukan apa sangat. Ianya tentang apa yang Raja dan Ratu suka dan tak suka. Kegemaran, aktiviti harian dia orang, tempat selalu dia orang pergi...dan juga tentang semua puteri-puteri yang bakal jadi pesaing kau."
"Hah?Pasal dia orang pun ada?Habis tu putera mahkota punya rahsia?"Adalina buat muka kecewa lepas dengar.
"kalau pasal putera mahkota, kau kena cari sendiri. Aku tak boleh nak berikannya sebab terlalu private.."
Berdecit tak percaya dia lepas dengar. "Yang aku nak elakkan diri sekarang adalah putera mahkota bukannya laki bini tu atau barbie-barbie tu.."cebik Adalina.
"Don't worry, lambat laun kau akan tahu semua kelemahan putera mahkota bila kau dah sampai dekat sana. Apa-apa hal roger dekat aku."Kian tepuk bahu Adalina memberi semangat.
End of flahsback
Sesampai saja limousin hitam itu di depan pintu masuk, pemandu kereta keluar dari situ. Bersama payung, dia jalan keliling kereta sehingga la tiba di pintu belakang penumpang untuk menyambut penumpangnya. Dibuka saja pintu itu, dia payungkan atas pintu itu lalu melaung.
"Tuan Puteri Adalina...kita sudahpun tiba di destinasi."maklum driver itu pada orang yang masih memejam mata itu. Dekat beberapa ketika pengawal tu perhatikan Adalina. Menunggu wanita ini buka mata. Namun tidak terbuka. Mahu tak mahu dia kena jugak bersuara semula. "Tu-"sebutnya terhenti lepas mata tu terbuka.
Perlahan-lahan Adalina buka matanya lalu termenung memandang ke depan. Dia ambil masa beberapa saat sebelum palingkan kepala ke kanan lantas dongak memandang ke atas di mana driver bertugas sedang bongkok memandangnya. Dia bagi muka bengang ke driver tu.
Driver itu berikan senyuman seikhlas yang boleh kepada Adalina selepas di pandangnya. "Mari kita masuk."pelawanya sekali lagi.
Adalina jeling ke pemandunya sambil menanggalkan air pod dari telinga lalu di masukkan ke dalam clutch kecilnya sebelum tunduk mengeluarkan kaki dari kereta lalu gerak untuk berdiri di depan pemandunya.
Pemandu itu gerak ke tepi untuk elakkan dirinya dari menghalang laluan Adalina lalu berdiri di belakang wanita itu sewaktu Adalina mula maju ke depan ke pintu masuk istana. Sambil itu dia tutup pintu kereta lalu payungkan Adalina.
Kasut tumit rata berwarna hitam berkilat itu pijak lantai yang basah dengan air hujan dengan derap yang perlahan. Sikit pun tidak memercikkan air hujan di situ.
Bersama derap langkah yakin dan mendabik dada, Adalina masuk memijak anak tangga satu persatu sehingga la tiba di depan pintu gerbang istana tersebut.
Pemandu tadi kemudiannya tinggalkan Adalina lepas Adalina selamat tiba di tempat berbumbung lalu gerak dapatkan limousin semula untuk di parkir tempat yang sepatutnya.
Pengawal yang berkawal depan pintu itu pula terus buka pintu untuk Adalina lepas kenalpasti siapakah yang menghampiri mereka itu.
Tanpa berhenti sekejap, Adalina terus masuk ke ruangan tersebut setelah pintu terbuka.
Here she come!
Awal-awal lagi dah tempah tiket untuk dapat bahana kan!
Siap sedia.
Neraka datang menyinggah.
Dengan langkah bersahaja tak kisahnya, Adalina jejak kaki ke lobi Utama istana. Walaupun Adalina tahu dia sudahpun lewat sejam sejak majlis istiadat menghadap bermula sikit pun tak ada reaksi takut atau kisah di mukanya.
Masuk saja ke ruang tengah istana, Adalina di sambut dengan lima orang butler berpakaian sut hitam dan berblazer hitam berdiri dekat situ seperti pasukan berkawad. Mereka terus beri tunduk hormat pada Adalina lepas tu.
"Selamat datang Tuan Puteri Adalina."ucap mereka dengan serentak.
Adalina silangkan tangannya ke dada sewaktu memandang mereka. Baik betul layanan orang istana ni. Siap sanggup tunggu kedatangannya ke sini walaupun dia lewat sejam. "Adakah saya perlu keluar dari sini semula memandangkan saya telah lewat?"soalnya setelah itu.
Kelima-lima butler itu berdiri tegak lalu pandang wanita cantik yang mengenakan dress warna baby blue paras lutut dan berberet putih, rambut hitam berkilat itu di sanggul senget dengan kemas ke kanan. Solekan di wajah pula tidak lah tebal. Hanya gincu nude pink terpalit di bibir itu.
"Tidak. Tuanku adalah calon pertama yang tiba ke sini."ujar butler lelaki pertama yang berdiri di barisan paling hadapan.
Kepala Adalina terus terlentok ke kanan lepas dengar. Keningnya berkerut. Orang pertama? What the hell! Rasanya waktu istiadat menghadap Raja, Ratu dan Putera Mahkota diadakan jam 1 petang tadi. Dan sekarang sudahpun masuk jam 4 petang. "Apa maksud kamu?"soalnya dengan kening mencerun. Tak mungkin dia orang pertama! Susah payah dia lengahkan perjalanan mereka tadi dengan guna jalan yang lebih jauh dari biasa untuk ke sini!
Kemudian apa?
Dia orang pertama?
Sh*t betul!
"Disebabkan cuaca tidak mengizinkan, empat orang puteri yang dalam perjalanan untuk ke sini telah tersadai di kesesakan lalu lintas kerana keadaan agak tidak selamat buat mereka untuk teruskan perjalanan."jelas butler yang sama sekali lagi.
Adalina yang dekat situ buat muka macam baru kalah dari peperangan. Baru dia nak rosakkan imej dia. Akhirnya dia jugak yang sampai dulu!Berasa berang dengan apa yang dia dengar, Adalina lepaskan keluhan jengkelnya lalu palingkan kepala ke arah lain.
Haish! Sia-sia betul.