Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 6 - 06. Kerana Sayang Badan Binasa

Chapter 6 - 06. Kerana Sayang Badan Binasa

Enam orang dayang berdiri di sekeliling ruangan dimana dua beranak yang mengenakan pakaian biasa untuk berkebun berdiri dekat depan meja kaca.

Meja dimana beberapa pasu, tanah baja, dan peralatan bercucuk tanam berada. Mereka tahu kalau dua beranak ini ada bersama, pasti ada perbualan serius yang bakal terjadi di antara mereka nanti. Dan semua di situ turut tahu semua ini takkan berakhir dengan baik.

"Bagaimana persiapan kamu?Sudah siap semuanya?"soal Permaisuri Fiona kepada Adalina sewaktu tunduk membelek tumbuhan renek yang dia tanam.

Adalina tidak menjawab. Dia hanya diam termenung menggodek tanah dengan pencakar di tangannya. Dia ada dekat sini pun bukan di atas kerelaan dia. Tapi dipaksa. Itu yang malas nak bercakap ni.

Permaisuri Fiona angkat kepala bila dia tak dengar apa-apa respon dari Adalina. Dia pegang pasu tu sambil palingkan kepala ke kanan. Tepi muka tu dipandangnya dengan kening berkerut. "Adalina, bonda bertanya pada kamu ni, kamu dengar tidak?"soalnya.

Adalina lepaskan keluhan panjang. Kalau dia jawab mereka akan bertekak kalau tidak dijawab lagi la bertekak.

Jadi apa gunanya.

Adalina pun palingkan kepalanya memandang bondanya .Masih tidak lagi mahu berkata apa-apa. Kalau bukan kerana sikap mengokong dan adat istiadat dalam istana ni, mesti Aiden masih bersama dengan mereka. Dan bondanya tidak akan bersikap seperti ini dengannya.

Yalah, bondanya sayang akan Aiden lebih dari dia. Sejak abangnya keluar dari istana, layanan bondanya lebih tegas dari sebelumnya.

"Adakah kamu cuba memberontak?"duga Permaisuri semasa hadapkan badan ke Adalina lepas nampak akan renungan serius dan mencerun Adalina. Renungan yang boleh buatkan sesiapa berasa intimidated. Tapi bukan dia!"Anakanda tahu renungan itu tidak berguna pada bonda?"ujarnya.

"Mana ada...dah memang macam ni cara anakanda pandang, nak buat macam mana lagi. " jawab Adalina dengan bersahaja.

"Adalina!"panggil Permaisuri sambil mencekak pinggang, Mujur la suaminya tiada di sini. Kalau tidak mahunya lelaki itu naik marah. "Apa nak jadi dengan kamu ni! Setiap kali bercakap pasti mahu melawan!"

Adalina menjuling mata menyampah lalu melepaskan keluhan letih. Mula dah. Dia letakkan pencakar dalam pasu dan mula menanggalkan sarung tangan dari tangannya lalu di campak ke meja dengan kasar. Bersuara salah, tak bersuara di marah. Mana satu sebenarnya yang betul ni?

"Kamu nak bonda ajar kamu bagaimana lagi supaya behave seperti seorang tuan puteri?Di mana kesopanan dan tatasusila kamu?Bonda besarkan kamu bukan untuk jadikan kamu kurang ajar seperti ini. Melawan dan memberontak untuk setiap kata orang tua kamu."bebel Permaisuri Fiona.

Dayang-dayang yang ada di situ sudah mula membuat muka risau dan berkerut kening sewaktu menyaksikan kejadian itu. Mata mereka gerak silih ganti memandang Permaisuri dan Puteri Mahkota mereka.

"Bonda tak perlu ajar anakanda apa-apa. Anakanda dah hafal semuanya. Situasinya sekarang orang yang patut belajar bukan la anakanda tapi bonda."balas Adalina sambil memandang tepat ke mata permaisuri di depannya. Kalau ayahandanya tiada di sini, dapat la dia katakan apa yang sebenar-benarnya dia simpan. Kalau tidak, mahunya dia mengangguk kepala setuju apa saja yang dikatakan oleh mereka seperti lembu di cucuk hidung.

Menjegil terus mata Permaisuri Fiona lepas dengar, hidungnya kembang kempis hendak mengamuk.

Dan sebelum membenarkan bondanya berkata, Adalina berkata lagi. "Bonda expect anakanda menjadi seorang puteri yang perfect. Ayahanda expect anakanda menjadi anak yang taat. Rakyat expect anakanda menjadi teladan yang baik. Lelaki expect anakanda menjadi wanita yang taat untuk mereka. Tapi pernah tak sesiapa tanya apa yang anakanda expect dari semua orang sekarang ni?"soal dia dengan kening berkerut.

Permaisuri Fiona terpempan. Mata terbutangnya kembali ke saiz asal, tangan yang berada di pinggang terus jatuh ke sisi.

"See...just like I thought. You...my beloved mother can't even understand me. Then you ask me to listen to you more than you listen to me?"kata Adalina sebelum berdengus tak percaya sambil menarik sengih sinis mengejek. "Ya...kalau bonda nak dengar. Ya. Anakanda dah siap pack barang dan semuanya. Dan jangan risau. Anakanda takkan hampakan bonda dan ayahanda seperti mana Aiden telah lakukan kepada keluarga kita hanya kerana dia tidak di beri pilihan untuk teruskan hidup semahunya. Sebab anakanda ni hanya sebuah objek untuk teruskan legasi kerajaan ayahanda dan bonda semata. Bukan anak kepada sepasang ibu bapa yang perlukan anak untuk jaga mereka sewaktu senang dan susah." ujarnya dengan lemah lembut.

Mulut Permaisuri Fiona terbuka tutup ingin mengatakan sesuatu, tetapi tiada satu pun yang keluar dari bibirnya.

Adalina pandang kecewa ke Permaisuri Fiona. Bonda dia tahu tak, mungkin ini kali terakhir mereka melihat dia dalam keadaan hidup. Mana tahu selepas dia jejak kaki dalam Istana Genovia sana, entah hidup atau mati dia sendiri tidak pasti. Sementara bondanya di sini dengan tidak sabar sekali mahu dia pergi dari sini.

Kelakar betul!

Kalau la bondanya tahu....

Berebut mahukan kedudukan sebagai calon isteri putera mahkota bukan la perkara yang mudah. Ianya ibarat peperangan. Dan dia tahu apa risikonya dia libatkan diri dalam idea dungu ni!

"Sekiranya tiada apa-apa, anakanda minta diri. Hendak berehat untuk perjalanan esok pagi ke Istana Genovia tu."pamitnya sebelum tunduk memberi hormat pada bondanya lalu berpaling dari situ tanpa menunggu sebarang balasan.

Permaisuri yang ditinggalkan hanya pandang terkilan belakang kepala Adalina sewaktu memerhati langkah anaknya pergi dari situ. Ikut perangai siapa la anak bertuah ni! Buat lemah jantung saja menghadap.